Assalamualaikkum wbt,
Selawat ke atas Muhammad swt serta sahabat2 baginda
Serta panjatkan syukur ke hadrat Ilahi dan
Salam Bahagia daripada saya :)
Mereka ke Utara , saya ke Selatan . Huhu . Inilah status
yang saya buat di facebook dan saya mempunyai bait-bait cemburu dengan mereka
pergi ke Perlis untuk menghadiri kenduri sahabat batch kami, Julizawati. Allah
izin, mungkin ini adalah terbaik untuk saya dan rakan2 lain yang tidak dapat
mengikuti konvoi ke kenduri Kak Ju . Maaf ye Kak Ju , kami hajat sangat nak ke
sana tapi Allah adalah sebaik2 perancang kan ? Moga Allah murahkan rezeki Kak
Ju dan suami, Barakallahulakuma~
Peluang Lain
Saya tidak berpeluang ke sana tapi Allah izin saya
berpeluang untuk berkhidmat di HiMEGA 2012 yang diadakan di Kolej Universiti
Islam Selangor, Bangi, Selangor pada 21-23 April 2012. Macam2 pergelutan yang
berlaku untuk ke sana tauu. Ayah saya dahlah susah nak beri keizinan ke sana
sini, tambah2 lagi luar negeri Kelantan tapi kali ini saya dapat keizinan
darinya kerana ayah saya tahu yang saya pergi ke sana secara beramai2 :D . Sabar
adalah wasilah saya dapat ke sana, Allah menghadiahkan peluang ini pada saya . Shahiratul
Amina pun juga pergi bersama saya. Kami pergi ke sana adalah sebagai pengiring
kononnya tapi bukan pengiring sangat pun, saja melawat sebab tambah2 lagi saya
amat rapat dengan batch ke-17 MATRI (perempuan) . Maka, saya ambil peluang ini
untuk berjumpa dengan mereka yang telah melalui susah senang bersama sewaktu
saya berada di Marhalah Khassah MATRI. Ya la, saya bukannya ada rakan2 sebatch
bersama cuma Iffah Hanna sahaja, jadi saya bersahabat dengan mereka J . Di sana, saya berjumpa dengan ramai orang,
lebih 200 rasanya. Seronok juga kenal dengan ramai orang tak kira kakak atau
adik. Ukhwah baru dibina di sana, serata Negara Malaysia saya ada kawan tau !
Reunion Kecil
Syahirah, Aqilah, Shahiratul Amina, Basyirah Ritzuan, Izzati
Bahran, Fatinah, Nabiha Ilya dan SAYA~ Mungkin tak seramai yang menghadiri
kenduri yang kira2 lebih 15 orang kan ? Tak apa kami berjumpa walaupun sebentar
amat bernilai, berkongsi pengalaman masing2 . Best juga dengar cerita masing2,
tambah2 lagi Nabiha sebagai jururawat yang berpengalaman macam2, kami rujuk dia
macam doctor tu ! Dia pun sedang praktikal kat satu klinik Ibu dan Anak
sekarang, jadi sesiapa nak pergi klinik, boleh laa contact Nabiha J. Syahirah, Fatinah,
Izzati , Basyirah sedang menghadapi
final exam. Moga berjaya ya! Aqilah dan
Sha cuti macam saya laa tapi sha dan saya lama lagi nak masuk U untuk kemasukan
ijazah bukan 9. Luangkan masa yang hanya beberapa jam dengan mereka amat
berharga. Maaf lah tak sempat bergambar kita berlapan orang. Selain itu, saya berjumpa sahabat2 saya JDK dan kakak2 JDK . Ramai !
Seronok . Izati Matnor, Akasyah, Salimah, Sabiha, Siti Atiqah, Adzkia, Imanina,
moga kita berjumpa lagi, Allah pasti akan memberi peluang untuk kita berjumpa
kan ? Berjumpa dan berpisah kerana-Nya .
Bidan Terjun
menjaga booth haluan siswa |
Kami ( saya dan sha ) ingat kami berlengah je di sana. Tak
sangka macam2 tugasan kami jalankan di sana. Mula2 fikir jaga booth Haluan
Siswa sahaja , Allah izin saya jadi urusetia dokumentasi mengantikan tempat
urusetia yang tidak berpeluang untuk meneruskan tugasan mereka atas hal2
tertentu . Agaklah segan, ya la saya ini bukannya biasa pergi program Haluan
Siswa anjur , selalu join yang MATRI anjur je (saya kan budak sekolah waktu tu
tak sesuai jadi ahli Haluan Siswa lagi). Selain itu, Kak Sah minta kami berdua
jadi urusetia pengangkutan memandangkan tenaga pengangkutan amat diperlukan.
Alhamdullilah kami berdua mempunyai lesen memandu, kalau tak, maaflah Kak Sah
tak dapat bantu. 3 in 1 kan ? Penat juga tapi seronok apabila melihat kerja2
dapat diselesai dengan baik. Macam2
pengalaman, sampai kami tersesat ke jalan Johor . Almaklumlah kami tak
kenal jalan di Selangor ini :D . Alhamdullilah ada Kak Ayuny dari KUIS yang
membantu. Kami hanya sekejap 2 saja masuk dewan bila ada masa free lah tapi
saya tak lepaskan peluang untuk mendengar Promosi Marhalah Khassah MATRI .
WAJIB tauuu !! Kerana saya adalah salah satu keluarannya dan saya tahu impak2
baiknya . Oleh itu, sesiapa yang mahu
menanya tentang Khassah, boleh tanya saya. Saya sedia membantu anda !
Geng Sewaktu Khassah
Batch 17 amat saya rapat. Bila jumpa, macam2 cerita la apa
la. Kami rapat sangat, saya pernah pesan pada mereka minta bawa kamera. Sewaktu
saya di Khassah, saya tak berpeluang nak bergambar dengan mereka, ada sekeping
je rasanya . Sakan la kami bergambar di sana. Merai kedatangan mereka. kadang2
saya menghilang sewaktu program berjalan, pasti mereka tanya di mana saya pergi,risau
benar yaa . Maaflah sepanjang program saya tak dapat bersama dengan korang. Nanti
kita gathering lagi tauu ~ Sekali tu saya ada makanan yang Kak Yong kasik tapi
saya tak sempat habiskan, kemudian saya berikan pada mereka . FUH ! Lesap aje .
Biasalah budak MATRI kalau nampak makanan , cepat aje.
Afiqah, Safiyah, Nailah, Masyithah, Syafiqah, Aisyah Yus, Naisah,
Atikah, Fadwa, Amirah, Najwa, Hajar, Anis, Maryam, Fathonah, Sophie, Mai, Hazi, Hazirah
Kamal, Sher, Izzah, Ruru, Nabihah, Areej, Nadhi, Reha, Khufiyah, Aimi, Faizah, Asma, Amalee, Chup, Nabilah
Jamri, June, Teha… ramai lagi saya tak mention . fuuhh . Baru perasan siapa tak
mai :’( Takpe nanti kita jumpa lain kali tauu . Mungkin itulah terbaik Allah
beri J
Thanks for everything , saya menghargai kalian sebagai sahabat di sisi saya .
Merekalah geng saya di MATRI tauu !
Apa yang saya dapat sepanjang hari tersebut, SABAR. Jika kita bersabar dalam sesuatu perkara, insyaAllah Allah akan menghadiahkan sesuatu yang kita tidak jangka nilai hadiah-Nya. Nilai sabar mahal kan ?
1 comment:
is aliya and me still look alike? >.<
~sfms
Post a Comment