Assalamualikum w.b.t. kepada sidang pembaca. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kita rafakkan kepada Allah s.w.t. kerana masih menganugerahkan kita nafas ini sekaligus memberikan kita satu lagi peluang untuk mempebahrui diri dan menjadi hamba yang lebih dekat kepada-Nya. Kadang-kadang apabila Allah anugerahkan nikmat nafas dan peluang ini setiap hari, kita hampir menjadi insan yang lupa kepada nikmat-Nya. Lupa akan nafas yang dipinjamkan dan lupa akan peluang waktu yang dianugerahkan. Marilah sama-sama kita cuba pertingkatkan diri dalam meraih kasih, cinta dan redha-Nya. Amat rugi peluang masa ini kita sia-siakan dan amat mengecewakan apabila kita pulang bertemu Allah kelak dengan tangan yang kosong sedangkan dia telah meminjamkan kita peluang masa selama hampir mungkin 20,30 hatta 80 tahun sekalipun.Sama-sama kita fikirkan sejenak supaya jiwa kita menjadi lebih peka dan hidup.
Entry kali ini sebenarnya saya berhajat berkongsi mengenai "Penyelesaian masalah melalui jalan taqwa". Tetapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah saya akan berkongsikan tajuk ini pada entry yang akan datang. Sebagai ganti, saya akan berkongsi beberapa hadith pendek yang boleh kita amalkan. Sebenarnya hadith2 ini merupakan keratan-keratan daripada hadith yang panjang. Sewaktu saya kecil-kecil dulu, dalam usia 9-10 tahun, apabila diadakan usrah keluarga, ayah saya akan membaca hadith2 pendek ini. Dan kami adik-beradik diwajibkan menghafal maksud hadith-hadith ini. Tetapi kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah kami adik-beradik menggunakan hadith tersebut sebagai hujah..Salah satu hadithnya "Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya." Setiap kali hendakkan sesuatu umpama berebut siaran tv mana yang hendak ditonton, hadith ini amat popular untuk saya dan adik-beradik lontarkan. Kenangan-kenangan lama yang membentuk saya menjadi insan hari ini..
Berbalik pada hadith yang ingin sya kongsikan.Saya akan kongsikan 5 hadith pendek..Mari sama-sama kita amalkan..
1) Rasulullah s.a.wbersabda ; Sesiapa yang berselawat padaku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim)
2) Sesiapa yang melepaskan kesukaran yang dihadapi oleh seseorang Muslim di dunia, Allah akan melepaskan daripada kesukaran pada hari kiamat.
(Muttafaq 'alayh)
3)Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.
(Muttafaq 'alayh)
4) Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikan, dikekang mulutnya pada hari kiamat dengan kekangan api neraka.
(Riwayat Tarmidzi)
5) Tiada 2 orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah.
(Riwayat Abu Dawud)
Semoga kita semua beroleh manfaat daripada hadith-hadith di atas. Mari kita cuba amalkan hadith-hadith ini dalam kehidupan seharian kita. Segala yang baik adalah hak mutlak Allah, segala yang buruk dari saya selaku insan yang lemah. Walaubagaimanapun, marilah sama-sama kita mengambil manfaat untuk menjadi insan yang lebih dekat kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment