Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah
Showing posts with label Peringatan.... Show all posts
Showing posts with label Peringatan.... Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Halaqah Cinta :)


i say...

bulatan gembira itu halaqah cinta...
bulatan gembira itu usrah yang membina iman dan akhlak...
bulatan gembira itu gathering ukhuwah...
bulatan gembira itu study circle...
bulatan gembira itu sharing terbaik segala suka duka...
bulatan gembira itu sangat sweet dan best...


yang akan tercapai,
cuma apabila kita hadirkan hati kita dalam bulatan gembira tersebut.
DAN bersedia untuk diproses menjadi hamba rabbani :)
apabila semuanya lillahi taala...



PESANAN PENAJA ^_^ :
jadi, macam mana dengan bulatan gembira kita sekarang???
membina iman? 
mengeratkan ukhuwah fillah? 
mendidik dan mengisi jiwa? 
mendorong kita untuk bergerak memperbaiki masyarakat? 

DAN yang paling penting, sampaikah kita dengan matlamat MARDHOTILLAH?


"Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah."
(kerana tarbiyah merupakan tunjang kepada penghayatan ruh pendidikan 
pembentukan keperibadian mukmin)


jom sama-sama kita usaha supaya bulatan gembira kita adalah halaqah muntijah (efektif)....
 ♥ ♥ ♥ 

Sunday, April 15, 2012

Ten Things We Waste

How much times that we had waste in our life?? 

Things that we waste:
  1. Our knowledge: Wasted by not taking action with it.
  2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity
  3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in hereafter.
  4. Our Hearts: Wasted because they are empty from love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.
  5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah and service of Allah.
  6. Our Love: Our love emotional is misdirected, not towards Allah but towards something/someone else.
  7. Our Time: Wasted, not used properly , to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.
  8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.
  9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in this world.
  10. Our Zikr: Wasted, because it does not effect us or our hearts.

~For us to ponder...Let's refresh our iman. Islah nafsaka wad'u ghairuka!

Saturday, March 3, 2012

...:::Bukan Cerita Cinta Biasa:::...


walaupun korang dah tengok video ini tapi tetap juga ingin dikongsikan...
moga ambil yang baik...



p/s: agak lambat 'post something' untuk blog 'batch' ini.

posted by: ~nurizbah~

Thursday, November 17, 2011

..:: RECHARGE ::..




Lamanya dah tinggalkan sekolah. Walaupun baru 2 tahun tapi tetap lama juga. Zaman sekolah dengan zaman IPT memang ‘totally’ berbeza. Sangat-sangat berbeza.

DEKAT SEKOLAH DULU:

Ada orang yang sentiasa ingatkan kita. Halaqah sentiasa ada. Masa untuk membaca ayat cinta-Nya(Al-Quran) banyak siap ditetapkan lagi hari Khamis untuk hafazan. Mathurat bagaikan satu kemestian tiap kali lepas solat Asar. Solat berjemaah. Azan sentiasa berkumandang bila tiba waktunya. Masa makan teratur.

TAPI SEKARANG DEKAT IPT:

Di sini kita yang kena sentiasa ingatkan diri sendiri. Halaqah pergi tapi masa-masa tertentu sahaja. Masa 24 jam macam tidak cukup sampaikan kita terlalai dan terlupa yang kita belum lagi membaca ayat-ayat cinta-Nya untuk hari itu. Masa untuk menghafal ayat-Nya lagilah entah bila. Mathurat asyik terlepas. Solat berjemaah macam hilang terus. Azan jarang-jarang kedengaran. Masa makan pun ikut bila ada masa lapang ataupun bila tiada kelas.

DAN BANYAK LAGILAH

Kadang-kadang jiwa ini terasa kekosongan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kekosongan, kegersangan yang kadang-kadang membuat kita terasa jauh dari-Nya. Tapi kita terlupa yang Allah amat dekat dengan kita. Lagi dekat dari urat darah kita atau dalam bahasa inggeris nya ‘closer than veins’. Itulah manusia. Ada masa kita jatuh, ada masa kita lalai, ada masa kita hanyut, ada masa kita rasa kuat. Iman pula ada pasang surutnya. Kegersangan hati lah punca kita melakukan dosa pun tidak terasa apa-apa. setiap penyakit yang timbul pada diri manusia itu, adalah berawal dari hati. Hati yang sakit akan mendorong mata, kaki, tangan berbuat perkara yang mendatangkan dosa dalam akaun amalan kita.






Sebab itulah kita kena ‘recharge’ kembali hati dan iman kita setiap masa. Macam mana nak ‘recharge’ hati? Antaranya dengan solat, zikir membaca Al-quran serta menghadiri majlis-majlis ilmu. Kadang-kadang kita juga boleh ‘recharge’ kembali dengan berada bersama-sama kawan yang mampu meingatkan kita pada-Nya.

P/s: ‘short post by me’….rindunya dekat MATRI, Sahibah seperjuangan, bila agaknya boleh berjumpa^^

Posted by: ~nurizbah~

Wednesday, October 5, 2011

.: PepeRiKsaaN:.

Pertama sekali di sini diri ini ingin mengucapkan TAHNIAH buat sahibah seperjuangan kami yang telah selamat melahirkan cahaya matanya yang pertama(‘Baby Girl’-mesti ‘cute’ sangat)…

Untuk ‘post’ kali ini memang ketandusan idea untuk mencoret sesuatu dalam blog ‘batch’ ini…tapi diri ini tetap memerah otak untuk mencari idea dan akhirnya memutuskan untuk mencoret tentang peperiksaan yang kalau boleh ingin dielak oleh sebahagian manusia yang bergelar pelajar…antara dialog yang selalu digunakan oleh sebahagian pelajar adalah seperti, “belajar bolehlah,tapi bila masuk bab kena ‘exam’ ni lemah sikit”(termasuk diri ini)

Tapi satu ayat yang dituturkan oleh ustaz dimana berbunyi sebegini, “korang tidak mahu peperiksaan bermaksud korang juga tak mahu menghadapi Hari Akhirat dimana saat itu juga satu peperiksaan ataupun penilaian untuk kita yang bergelar makhluk pada-NYA”…(lebih kurang sebegitu yang diri ini faham…ada sesetengah ayat itu di edit untuk membuatkan enak didengar sebab ustaz itu agak ‘sempoi’)

Terpana seketika diri ini…betul juga lah apa yang dikatakan oleh ustaz itu…rasa hati ini dipanah bertalu-talu kerana malu sendiri kerana tidak pernah menyedari perihal itu…



Hari Akhirat merupakan hari ujian untuk kita dimana semua persediaan yang kita lakukan semasa hidup di dunia akan dinilai pada hari itu dan keputusannya ada dua sahaja iaitu syurga atau neraka dan tiada di antaranya.

Jadi menjadi tugas kita untuk mencorak keputusan yang kita akan dapat(moga syurga lah buat kita). Memang dalam kehidupan kita ini kebanyakan hanya 2 pilihan sahaja yang diberikan. Sebagai contoh menjadi insan yang baik atau jahat. Menjadi tanggungjawab kita untuk menentukannya sendiri...apapun 'THE CHOICES IS IN YOUR HANDS"...^^

P/s: Moga perkongsian ini mampu menjadi ingatan untuk diri…walaupun ringkas tapi moga bermanfaat..

Posted by: ~nurizbah~

Saturday, September 3, 2011

kehidupan(dari yang lama ke baru)..^^


Alhamdulillah,, bersyukur ke hadrat ilahi,kerana kita semua masih berkesempatan menikmati bulan syawal yang penuh dengan keberkahan ini..semoga kita semua dapat meningkatkan iman dan taqwa kita pada bulan ini..(jangan lupa puasa sunat enam yer)..^^..

Alhamdulillah,semakin bertahun berlalu,semakin itulah banyak mehnah2 yang dihadapi oleh kita semua…insyaallah,seseorang yang menjaga hubungannya dengan Allah, mehnah2 tue dapat dihadapi dengan tenang..ujian yang Allah beri nie bukan pada kita saja, tp Allah tambahkan lagi ujian kita dengan kehidupan orang lain..maksudnya kat sini, kita, yang da ada fikrah, tarbiyah, takkan nak biarkan kehidupan kawan2 kita yang tak faham apa2 tue..jd, perbaiki diri dan ajak orang lain ok??

“Siswi-siswi sekalian..”!!!...sekarang nie, banyak sangat kehidupan baru yang akan tiba..ngee~apa kehidupan baru tue??ok,sekarang nie, ada yang nak meneruskan pembelajarannya dari ‘diploma’ ke ‘degree’, yang dari sem 3 nak ke sem 4, yang tak exam nak dekat exam, yang dr Malaysia nak ke luar negara, dan macam2 lagi…jd apa persiapan kita???takkan kita nak statik dan tak berubah2 dan nak teruskan kehidupan kita yang macam dulu?? Sekarang nie kita perlu kepada perubahan..perubahan yang macamana???mestilah perubahan yang semakin baik dan diredhai oleh Allah

Dulu diploma, datang kelas lewat, assigment tak hantar, datang kuliah, tidur, bersembang, hubungan ngan pensyarah,kawan2 tak jaga…program tak datang, halaqah selalu skip, hubungan ngan Allah ntah kemana, pengurusan ibadah tak terurus, masa dibuang sia2..takkan nak biar???jadi, semua tu kena ubah…

Sebelum exam, selalu main2 dalam pelajaran,bila last2 minit nak dekat exam baru kalut…kalut sampai demam22…baca,tak masuk juga…hmm.jd takkan nak biar juga??kata nak jd pelajar cemerlang..nak tolong islam, nak bangunkan islam, nak gentarkan musuh2 Allah, tp, bangun pagi nak ke kelas pun susah..kena ubah ..sebab orang islam ni kena selalu bersedia,.,tak kira lah bersedia yang macamana, tp memang kena bersedia dalam apa jua keadaan pun..bersedia nak belajar, bersedia nak solah, bersedia nak main, bersedia nak tidur,bersedia nak exam…nak tunggu musuh2 org islam da ada depan mata, baru kalut..tok seh2 gitu…ok??jadi kena ubah tue…^^

Nak share sesuatu nie, sebelum pakcik Rosdi Baharom bercuti, dia ada beri assignment berkaitan ngan tarbiyah, salah satu tarbiyah yang perlu kita titik beratkan ialah tarbiyah khulukiyyah iaitu tarbiyah berkaitan ngan akhlaq…apa yang nak share kt sini akhlaq kita mesti kena jaga sangat2..macam Rasulullah s.a.w., macamana ramai umat islam ramai masuk islam??hanya dengan akhlaq beliau jer..akhlaq beliau yang begitu mulia dan sangat2 tenang..subhanallah…jadi ,saya ingin berpesan pada semua sahibah2 dan juga pada diri saya untuk sama2 jaga akhlaq kita..semakin lama akhlaq kita semakin pudar…tak jaga dari segi pergaulan, dari segi pemakaian, dari segi percakapan, semua tue ambil ringan jer…bila kita dah berada di dalam suasana yang berbeza ngan suasana kita dulu, kita pun terikut2 ngan suasana yang ada…sepatutnya kita yang kena bina suasana tue..

Sibukkan diri kita ngan kerja2 islam..ianya amat membantu kita dalam peningkatan iman kita..peningkatan akhlaq kita..sesibuk mana pun kita dalam pelajaran, mesti libatkan diri kita dalam kerja2 islam..seimbang kan…tertarik dengan kata2 pak cik zaini, “Allah bagi fikrah kat kita sebab suruh kita buat kerja islam, bukan saja2 Allah bagi”…..(tersentak ketika itu)..jadi,memang kita nak kena ubah diri kita yang semakin lama semakin leka, lalai, lara, yang semakin terikut2 ngan arus jahiliyyah yang semakin hebat ni…takkan kita masih nak lena, nak malas22???jangan ikut sangat nafsu malas tue, pak cik rosdi cakap, malas tue adalah segala raja penyakit..dan ianya boleh berjangkit2 dalam seluruh kehidupan kita sehinggalah dalam ibdah kita. Jadi kita kena berhati2..

Kepada sahibah2 semua, insyaallah, sama2 kita perbaiki diri kita…post nie sebenarnya untuk diri ini juga….bila kita tulis sesuatu, ianya akan mengingatkan diri kita..insyaallah…..oklah..post kali ini tak berkaitan saper2 sama ada yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia, tapi, untuk manfaat bersama….semoga ALLAH redha….


ib_only coz Allah

~syu~

 

Template by BloggerCandy.com