~Tutuplah keaiban orang lain agar keaiban kita bisa tertutup~
Setiap umat
muslim adalah bersaudara. Mereka yang mengakui saudara dilarang menyusahkan
atau menzalimi sesama sendiri malah digalakkan supaya saling membantu apabila
dalam kesusahan. Mereka yang memberi kelapangan kepada saudaranya, maka Allah
akan memberi kelapangan kepada mereka yang membantu melapangkan hidupnya dari
pelbagai masalah.
Menurut Ibnu
Umar r.a, Rasulullah SAW berkata, “Seorang muslim itu adalah saudaranya bagi
muslim yang lain. Mereka tidak boleh menzalimi dan menyusahkan. Sesiapa yang
memenuhi hajat saudaranya, Allah akan penuhi hajatnya pula. Sesiapa yang
melapangkan sesuatu kesusahan kepada seorang muslim, Allah akan melapangkan
kesusahannya di akhirat nanti. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah
akan menutup aibnya di akhirat nanti”.
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Apa yang
berlaku pada hari ini, hadis di atas tidak dijadikan iktibar. Umat islam tanpa
memikirkan kesannya gemar membuka aib orang lain dan menyusahkan orang lain
asalkan diri sendiri mencapai kesenangan dan hajatnya tertunai. Bagi mereka
yang diaib atau disusahkan, sudah tentu berasa kecewa tetapi mereka digalakkan
supaya bersabar kerana ini merupakan satu ujian.
Oleh itu,
janganlah kita sewenang-wenangnya membuka keaiban orang lain. Fikirlah kesannya
yang pastinya akan membinasakan diri sendiri. Semoga ada iktibar dan pengajaran
buat sidang pembaca sekalian. Wallahu`alam.
1 comment:
kecik sngt namanya..alhamdulillah ana perasaan..mencari-cari sape yang post.=) Jzk khair atas perkongsian..
Post a Comment