Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, November 25, 2010

FB


Facebook atau singkatan FB merupakan salah satu jaringan sosial internet yang hangat kedengaran di mana2 tidak kira sama ada di dada2 akhbar, majalah, dari perbualan rakan2, media massa dan sebagainya. Sama seperti Twitter dan Myspace, ia juga merupakan satu alat penghubung antara rakan2, keluarga dan boleh juga untuk menambah kenalan alam maya. Semalam, saya terlihat di depan dada akbhar Mega Utusan Malaysia dan agak tertarik akan tajuk itu iaitu tentang berFB. Penggunaannya bisa mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa yang mengunakannya jika pengunaannya disertakan niat yang salah.

Daripada akhbar yang saya baca, salah satu masalah yang sering timbul ialah penceraian di Malaysia dan fenomena ini semakin meningkat tahun demi tahun.

Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustafa berkata, sebanyak 27,110 kes penceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Itu baru perkahwinan yang hampir setahun (kira masih dalam gelaran pengantin baru lagi kalau anda perasan) , akhirnya telah menemui penghujungnya. Kes ada yang nyaris2 bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada si isteri ataupun si suami dalam FB masing2.

Mengikut perincian diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah daripada FB,15 peratus daripada Myspace dan 5 peratus daripada Twitter.

Maka tak hairanlah ,kenapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan berFB. Terdapat sejumlah daripada mereka menggunakan FB sebagai satu medan untuk meluahkan perasaan mereka dan tanpa disedari ia mendedahkan aib sendiri ataupun orang lain dan kebanyakannya adalah daripada kalangan kaum hawa (amat dikesali kerana kaum sendiri) terutamanya mereka yang berumahtangga. Dalam teknologi yang semakin canggih, ia boleh dihubungkan dengan telefon bimbit dan mereka tidak terlepas untuk meng'update' status mereka.Tetapi ada dalam kalangan mereka, mereka mahu mendapat pendapat dan resolusi dalam masalah rumah tangga mereka. Semua bergantung pada niat mereka sebenarnya.

Nasihat Ust Zaharuddin,
"Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan runtuhkan hanya kerana FB."

:serba sedikit :


SUKAR BUANG KETAGIHAN?

Penggunaan FB tidaklah salah sebenarnya cuma perlu ada waktu dan kepentingan. Di sini, saya ada selitkan beberapa tips untuk menghilangkan ketagihan anda dalam berFB,yang terdapat di akhbar tersebut.

  • Niat ikhlas dan baik: Pastikan niat anda melayari FB untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Bukan semata2 untuk mencari keseronokan.
  • Tetapkan waktu tertentu: Pastikan masa yang sesuai untuk melayari FB dan peruntukkan had masa tertentu. Jangan sepanjang masa asyik di laman itu hingga tanggungjawab sedia ada sama ada sebagai pekerja atau pelajar, juga sebagai suami atau isteri atau ibu atau bapa ataupun anak.
  • Utamakan pasangan dan ahli keluarga: Jangan jadikan FB sebagai keutamaan sebaliknya dalam kesibukan menggunakan internet atau FB, letakkan pasangan atau ahli keluarga yang lain di tempat teratas.



Masalah satu per satu yang timbul, sebenarnya kalau kita perasan ini semula, ini adalah masalah hati. Hati ini perlu dirawat. Rawatlah ia dengan beristighfar. Mari kita muhasabah diri kita pada hari ini. Adakah kita asyik menghadap komputer atau laptop hanya kerana FB dan sebagainya?
Adakah tanggungjawab kita sebagai anak, isteri, suami, pekerja, pelajar dan seterusnya sudah selesai? Persoalkan diri kita.


Dan satu lagi. Apabila kita dihisab nanti, Allah akan tanya kita,: Apa yang engkau lakukan sepanjang hidup setelah Aku memberi peluang yang lama untuk engkau?
Tak mahu la untuk kita jawab, : Aku selalu menghadap depan komputer, sibuk melayari facebook dan sebagainya, lantas aku lupa akan tanggungjawab aku di muka bumi sebenarnya."
Adakah itu akan dijawab oleh kita bila kita ditanya oleh-Nya?Tidakkah malu kita pada Allah?
Tepuk dada sendiri, tanyalah bagaimana dengan iman anda.

Maka kita perlu sedarkan diri yang alpa, nafsu yang bermaharajalela dalam diri kita. Kikiskan karat2 jahiliyah yang ada pada diri. Dalam 24 jam sehari, kita boleh manfaatkan pelbagai perkara seperti membaca buku fikrah, menolong ibu bapa, bersenam, dan mencari kerja bermanfaat. Ingatlah kita hidup hanya sekali, tiada yang dua kali, takkanlah kita nak biarkan hidup kita penuh dengan membuang masa. Mukmin tak suka buang masa tau! Oleh itu, rancanglah hidup anda dengan baik. Tak rugi melabur saham kebaikan di dunia, kelak akhirat kita tidak menyesal!

p/s : Peringatan untuk semua dan saya. Kalau dah susah sangat, cuba deactive FB dalam seminggu. Berpuasa FB la katakan :D. Lihat pada hasilnya. Adakah lebih baik daripada sebelumnya? Nak tahu hasilnya? Cubalah. Lebih baik mencuba daripada tak berbuat apa2~ Semoga berjaya kawan2! :) Maaf atas salah dan silap dalam menaip post ini.

Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok adalah lebih baik daripada hari ini.~

:Allah knows the best:

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan.
Namun apabila ikan itu mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
Begitulah HATI.
HATI YANG HIDUP sangat sukar dinodai.
Tp,bila HATI ITU telah MATI, mudahnya dipengaruhi.
Moga Allah pelihara hati kita.
Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayah-Nya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa2 nya yang lalu.



Monday, November 22, 2010

Kekasih gelapku~




Kekasihku,
Aku amat mencintaimu.
Sukar untuk aku melepaskan kau.
Seringkali engkau memujukku,
lantas aku termakan akan bujukanmu.
Bujukanmu memberikan aku nikmat,
jika mengikutinya pasti dianggap rahmat.

Engkau kekasih gelapku
tanpa aku sedari,
Seharusnya engkau menjadi musuh ketatku!
Tapi kenapa?
Aku mudah tertipu akan kata2 manismu.
Engkau bertarung dengan akal ku untuk menguasai hatiku.
Arghh!!!
Namun aku tewas,
Dan engkau pula menang.

Cinta dan benci akan engkau,
Allah tidak merestui kita dan aku tahu tentang itu,
Rupanya engkau lebih licik daripada musuh dalam selimut,
Kadang2 aku menjauhkan diriku daripada mu atas alasan kerana-Nya,
Tapi kenapalah aku masih tidak mahu melepaskan engkau,
Aku tetap tewas denganmu.

Mungkin aku lupa,
Cintaku tidak sepatutnya untuk kau!
Aku mencintai Dia,
Nyah kau!
Aku tak perlukan engkau,
Engkau membuat aku semakin sesat
Alpa, leka, jauh..
Hingga aku membelakangi-Nya.

Apa telah terjadi padaku?!
Lantas aku menggapai sehelai sejadah
Pintu taubat-Nya tidak pernah tutup.
Terus aku berbicara dengan-Nya,

"Ya Allah, ya Rabb kami,
kami telah menzalimi diri kami sendiri,
Jika Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya kami termasuk orang2 yang rugi.
ameen ya raball'alamin..."

Maafkan aku,
Aku mesti tinggalkan dan melupakan engkau walaubagaimanapun,
Selamat tinggal kekasih gelapku!
Pergi jauh dariku,
Aku tak perlukanmu,
Tapi aku perlukan Allah..
Sebenarnya engkau musuh yang dicintai..

Nafsu~

*********


"Tidakkah kamu melihat bagaimana ada manusia yg mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhan."
45:23

Rasullulah s.a.w. juga menegaskan:
"Musuh paling yang memusuhi kamu ialah nafsu yang berada di antara dua lambungmu."
((Riwayat al-Dailami))

p/s: Lawanlah nafsu dengan penuh keimanan. Jadilah mujahadah melawan nafsu! Ayuh~
Allah is always by your side dear.

Bohong!


Bercakap bohong termasuk perubatan keji dan dimurkai Allah s.w.t.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

"Apabila seseorang hamba itu berbohong nescaya malaikat menjauhi diri sebatu daripadanya kerana bau perbuatan yang dilakukannya itu."
((Riwayat at-Tarmizi))

Kerbau dan Manusia



Sebut je pasal kerbau or lembu waktu sekarang, pasti teringat pasal aidiladha.haha.
Sekarang tiada cerita pasal korban dah, tapi cerita tentang kerbau dan manusia.
Mari kita mulakan..
Once upon time (penuh dengan slang)..
Ehem3..sakit tekak pulak..


Al-kisah, bermula di sebuah kampung yang terpencil, di kala waktu senja semakin mengundang waktu Maghrib, seorang manusia sedang berdialog dengan seekor kerbau. "Wahai manusia, engkau dengan aku apa bezanya, engkau makan, akupun makan, engkau minum, akupun minum," kata kerbau dan tambahnya lagi, "engkau kahwin, akupun kahwin, engkau tidur di rumah, aku tidur dalam bangsal, dalam banyak keadaan kita adalah serupa." Si manusia tidak dapat mematahkan hujah sang kerbau untuk membuktikan bahawa dia lebih baik daripada kerbau, tiba2 azan berkumandang menanda telah masuk waktu Maghrib. Sang kerbau lalu bertanya, "Bunyi apa itu?" "Oh, itu bunyi azan menanda telah masuk waktu Maghrib, "
jawab si manusia. Tanya sang kerbau lagi sesudah habis azan, "Itu, manusia ramai2..hendak ke mana?" "Mereka hendak ke masjidbagi menunaikan solat fardhu Maghrib," jawab si manusia. "Engkau tidak pergi solat sama ke?" tanya sang kerbau lagi. Jawab si manusia, "Sudah lama dah aku tidak solat, " jawab si manusia tanpa segan silu. "Kalau demikian," kata kerbau, "maka sah lah! engkau dengan aku memang serupa!"
*tamat*


haha..lucu benar membaca kisah ini.

Setelah selesai membacanya,

cuba anda renungkan apa yang anda dapat simpulkan?

Nilai diri kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini.
Kita seolah2 sama taraf dengan kerbau jika tanpa beramal ibadah kepada Allah.
Ntah2 kerbau tu lebih baik dari kita!
Kerana kerbau masih dan sentiasa bertasbih kepada-Nya.

Nilai manusia tiada apa2 pun di sisi Allah Subhanahu wa Taala jika tanpa amal ibadah.
Manusia tidak ada alasan untuk tidak beribadah kepada Allah.


Imam Ibn Hajar al-Asqalani rahiimahullah, dalam Kitab al-Munabbihat menukilankan sebuah sabdaan Rasullullah yang bermaksud:

Sesungguhnya di Hari kiamat, Allah s.w.t. mengemuka empat orang untuk alasan bantahan atas empat orang lain iaitu :
terhadap kaum hartawan, Allah mengemukakan Nabi Sulaiman
terhadap hamba sahaya, Allah mengemukakan Nabi Yusuf
terhadap orang sakit, Allah mengemukakan Nabi Ayyub
dan terhadap orang2 yang melarat, Allah mengemukakan Nabi Isa.

Allah menyoal orang kaya tentang sebabnya dia meninggalkan ibadah, lalu dia menjawab, "kami sibuk dengan urusan harta dan kerajaan kami," maka Allah membantah, "Lebih besar mana berbanding kerajaan Sulaiman, dan lebih banyak mana dibanding dengan harta Sulaiman, namun dia tidak meninggalkan ibadah."

Terhadap hamba sahaya yang meninggalkan ibadah dengan alasan sibuk melayani majikan, Allah membantah : "Hamba-Ku Yusuf juga hamba yang melayani penguasa besar seluruh Mesir, namun dia tidak meninggalkan ibadah."

Terhadap orang sakit yang meninggalkan ibadah, Allah membantah: "Hamba-Ku Ayyub pun amat menderita dengan penyakit tapi dia tidak meninggalkan ibadah."

Terhadap orang yang melarat dan papa kedana pula yang meninggalkan ibadah, Allah membantah: "Hamba-Ku Isa adalah orang yang cukup melarat di dunia, dia tidak mempunyai rumah, harta mahupun isteri, namun dia tidak meninggalkan ibadah."

~1001 alasan~
Manusia selalu mencari alasan untuk terlepas dalam beribadah kepada Allah. Lantaran itu, diselitkan kisah ini untuk anda mematahkan hujah2 mereka yang tidak bernas itu.
Kita ini siapa?
Layakkah kita untuk hidup di muka bumi Allah?
Tanpa amal ibadah, tiada nilai pun kita ini di mata Allah.
Allah tak perlukan kita,
TAPI..
kita perlukan Allah
Renunglah wahai makhluk Allah yang bergelar manusia..


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah pada-Ku."
51:56

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,
Rabb seluruh alam."
6:162


~Wallahu'alam~
::Allah still love you::


Thursday, November 18, 2010

Dulu dan Kini (Part 1)


Dulu dan kini.

Masa pantas berlalu. Tup..tup..WAH! Umur kita nak masuk 19 untuk tahun depan. Macam tak percaya! Kira2 sudah mencecah 1 tahun kita meninggalkan bumi wakafan MATRI (tapi lainlah bagi siapa2 yang keluar awal dulu dari kami ni.hehe.), di mana di situlah kita kenal apa itu tarbiyah dan kat situlah juga kali pertama kita mengenali antara satu sama lain, jujur dikatakan lain tau ikatan persahabatan kita jalinkan. Bukan sebarang persahabatan, tetapi persahabatan kerana Ilahi. Di kala kita lupa pada-Nya, ada yang akan tolong mengingatkan kembali. Dulu ingat lagi, boleh kata selalu juga batch kita buat perjumpaan untuk kita refresh balik iman kita, tujuan kita ke MATRI dan matlamat kita di bumi khalifatullah ini. Batch2 lain ada juga buat.

Tapi kalau nak tahu, kat sana jarang ada perjumpaan macam tu dah oleh batch adik2. Main bola perang pun tak selalu. Semua adik2 takut nak main sebab tengok ada orang patah jari la, patah tangan la, selalu ulang-alik pergi hospital je.hehe. MATRI cukup terkenal dengan bola perang pada zaman2 dulu. Sebut je "Korang jom main bola perang!", semua sahut dan jawab NAK! hehe. Seronok bila teringat balik, berapa kali ntah ana balik bola asyik kena kepala Mas je. Sian dia. Tapi dia tak serik2 main oo. haha.

Ok la. Sebenarnya asal nak buat post ni, nak cerita pasal kami2 ni yang sekarang macamana, belajar kat mana, sihat ke dok, dah kahwin ke apa.hehe. Tapi sedikit2 dulu lah. Ana cuba yang terbaik untuk cerita semua2 ni. Mungkin ada sejumlah sahabat2 ana yang dah tinggalkan MATRI lama, ana tak dapat mengesan mereka di mana sekarang, maaf ya! Ana tak cukup hebat dari Allah, Dia kan Maha Mengetahui. Korang duduk mana pun walaupun terperinci mana jauh kat ulu ke tiram ke, dulu pak cik Azir (ayah Sarah) kata " Dah la ULU, TIRAM pulak tu"(Soleha, jangan marah noh), Dia tau oo! But I'll try my best! Ok. Kita mulakan cerita dengan....

Pelajar KTD laa..Lagipun, ramai budak2 MATRI pergi sambung sana..
hehe~

Antaranya,
  1. Halimahtun ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  2. Subaihah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  3. Nasuha (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  4. Safiyyah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )
  5. Sofiah (Lepasan Matri '08, Kos Multimedia)
  6. Aisyah Zaini (Lepasan Matri '09,Kos Pengurusan Teknologi)
  7. Najwa Ahmad(Lepasan Matri '07,Kos Multimedia)
  8. Sakinah Nasir ( Lepasan Matri '06, Kos Akaun)
  9. Izzah Athirah ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun)
  10. Syuhada (Lepasan Matri '09,Kos Komunikasi)
  11. Mushirah (Lepasan Matri '08, Kos Perbankan Islam)
  12. Aniqah (Lepasan Matri '09,Kos Perbankan Islam)
  13. Naiematun (Lepasan Matri '09,Kos Perbankan Islam)
  14. Fatin Nabila (Lepasan Matri '09, Kos Quran dan Sunnah)
  15. Iman (Lepasan Matri '09,Kos Komunikasi)
  16. Aqilah Shamjudin (Lepasan Matri '06,Kos Pengurusan Perniagaan)
  17. Izzah Firdaus (Lepasan Matri '09,Kos Akaun)
  18. Sakinah Sidi (Lepasan Matri '10,Kos Akaun)

Fuhh! Ramainya. Tak sangka. Bagusnya dengan diaorang. Boleh konsisten dengan DnT.hehe. Bantu KTD juga. Buktikan yang KTD BOLEH~ Jangan main2 dengan mereka. Sekali tengok. Perghh. Up jiddan~ Hehe. Kalau nak tahu, semua pelajar2 cemerlang KTD ni, masih membujang. Lantaran itu, kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi tutt..tutt..tutt..Aceh! Lawak je lah. Kejap lagi terasa baham pula. Bila balik je Kelantan, pasti ada yang memanggil , " Hei, bila hang nak mai sini? Rindu kat hang lah. Mai bawak makanan sekali, kami ni lapaq," (macam kenal je ayat ni). Bila sampai je kat KTD, rasa bagaikan artis popular oo, ada sahaja yang memanggil, berebut2 nak salam lah ,apa lah, peluk lah dan macam2 lagi. haha. Kalau tak percaya, cuba la anda datang pula, ana jamin pasti semua perkara itu berlaku. Kepada budak2 KTD, lain kali hampa sediakan karpet merah untuk kami2 ni bila kami semua dah mai sana noh!.haha. Nak cerita satu per satu tak mampu lak. Kalau nak tau lebih lanjut pasal depa2 ni, boleh la datang melawat depa tu, depa mesti syok punya!

Huh~
Dah habis bagi Part 1, nanti bila diri ini rajin bangat pasti ana sambung punya!
Kalau ana rajin edit gambar korang, nanti ana taruk gambar2 hampa ye!


p/s: wep budak KTD, ada yang tertinggal tak? risau ni! cepat bagitau ye!


Selemah2 manusia ialah
orang yang tidak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah
orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari.

i

Wednesday, November 17, 2010

Eid Adha

Salam Aidil Adha kpd semua ummat Islam yg berada di Malaysia serta tidak lupa yang berada di perantauan. Jangan bersedih2 sebab tak boleh menyambut dgn keluarga. Tak apa. Mungkin lepas ni, manalah tahu Allah bagi peluang pada siapa2 kat perantauan boleh sambut di Malaysia bersama dgn keluarga tercinta.ameen~

Aidil Adha yang kita dok sakan sambut ni, kita raya ni bukan utk suka2 aje. Ada kisah di sebalik Aidil Adha yang boleh kita dapati daripada sumber2 yang diyakini,InsyaAllah.

Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, akan mengorbankan putranya Ismail, kemudian digantikan oleh-Nya dengan domba.

Pada hari raya ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan salat Ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan Aidil Fitri. Setelah salat, dilakukan penyembelihan haiwan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti puteranya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan Aidil Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik diharamkan puasa bagi umat Islam.

Pusat perayaan Aidil Adha adalah sebuah desa kecil di Arab Saudi yang bernama Mina, dekat Mekkah. Di sini ada tiga tiang batu yang melambangkan Iblis dan harus dilempari batu oleh umat Muslim yang sedang naik Haji.

Hari Aidil Adha adalah puncaknya ibadah Haji yang dilaksanakan umat Muslim.

((Wikipedia))


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu” (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh” ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

“Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini” (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.


f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)” ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

((Ust Zaharuddin Abd Rahman))


Jom kita sama2 rebut peluang keemasan yang memberikan ganjaran yang tidak ternilai! Rugi oo..hehe. Kita pun tak tahu jika tahun seterusnya kita ada peluang ini atau tidak. Allah lah sebaik2 perancang dan Dia sahaja lah Yang Maha Mengetahui. Selamat menjalankan ibadah kerana-Nya!

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah aidilfitri kerana kemaafan,
Indah aidiladha kerana pengorbanan.

Salam aidil adha dari kami,15zikr.
Taqabal Allahu minna wa minkum, taqabala ya kareem!~

Saturday, November 6, 2010

Menjadi Diriku

Kenangan Itu Anugerah


Assalamualaikum w.bt. buat semua sahibah Princess 15 zikr.Sebenarnya tak beniat pun nak tulis post tapi tadi baca komen athifah pasal stimulation of tear duct..tiba2 butiran air mata ni pun tak semena-mena tumpah.Rindu sangat dekat kalian.Kadang-kadang kita rasa tak mahu bangun dari mimpi yang indah.Begitu yang ana rasai 2 hari lepas.Ana tidur tiba-tiba allah anugerahkan ana mimpi yang sangat indah.Ana mimpi ana dengan sahibah2 15 zikr dekat sebuah taman permainan.Di tepinya ada timbunan pasir macam dekat padang aspuri time projek bercucuk tanam.Ana nampak Nasuha,Matun, bekejaran di sekitar timbunan tu.Terus mengigatkan ana matun yang begitu energetik.Yatun,Athifah, dan ramai lagi sahibah yang lain.Indah sangat..Riang ..Seperti tidak pernah belaku sebarang perpisahan.dan kalau boleh mimpi itu berterusan..Tapi itulah hakikat yang pahit yang perlu ana terima.mana mungkin kita terus di dalam mimpi.Itulah ana katakan mimpi itu satu anugerah allah kepada ana.Kenangan itu bagi ana satu anugerah.Dan pahitnya rindu itu juga satu anugerah.Dan ana bersyukur dengan anugerah ini.Moga kita kan bersua lagi.Kalian tiada tandingnya di hati ana.

Thursday, November 4, 2010

Perlis dilanda banjir


Beberapa hari lepas,hujan yang tak berapa lebat turun berpanjangan..Ramai diantara pelajar matri(Khususan ila khassah I puteri) di asrama,'melingkar' di bawah comforter masing-masing akibat kesejukan yang melampau.Kalau tak silap,beberapa pintu di empangan terpaksa dibuka bagi mengelakkan empangan pecah(Tak tahu setakat mana kesahihan)
Dari Subuh hingga subuh hujan yang turun masih mencurahkan keringatnya.Setitis peluh pun tidak berpeluang untuk melihat dunia pada hari itu.Majoritinya yang keluar dari asrama pasti ada bersamanya baju sejuk.Tebal mahupun nipis sangatlah menjadi keperluan bagi memanaskan diri..
Tapi rahmat Allah itu sangat luas.Matri dan kawasan sekitar sedikitpun tidak ditenggelami air.Dengan kata lain,BANJIR.Taman melati,kawasan perumahan bersebelahan Matri yang biasanya ditenggelami air selamat.Walaupun kawasan lain spt. Kangar,Santan dll. ditenggelami air,Taman melati still seperti biasa.ALHAMDULILLAH..

'Mungkin ni peringatan yang Allah nak bagi..'

Kullu bani adam khatta'.wa khairu khatta' tawwabin
"Setiap anak adam itu melakukan kesilapan.Dan sebaik-baik mereka adalah yang selalu bertaubat"



"Peringatan itu sangat bermakna bagi orang-orang yang beriman"
Betu3! Sangat-sangat berguna..

Redhalah dengan Allah,Nescaya Allah redha denganmu..(Betul tak??)

"Sangat ajaib urusan orang mukmin kerana segalanya baik pada mereka.Apabila mendapat Rahmat,mereka bersyukur.Dan apabila diberi Bala,mereka bersabar,"



Firman Allah s.w.t.:
"Berdoalah,nescaya akan aku memperkenankan doamu."

Jadi,doakan agar segala-galanya selamat dan lancar..Doakan kesejahteraan mukmin yang melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah..


*kepada teman teman lain,kalau berpeluang mengikuti misi bantuan banjir ke perlis,jangan lepaskan peluang berbakti.Semoga Allah redha usaha kalian.

Wednesday, November 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!

"お誕生日おめでとうございます"
"O tanjō-bi omedetō gozaimasu"
"HAPPY BIRTHDAY"
"생일 축하 (saeng-il chugha ) "
"سنة حِلوة"
"祝你生日快乐(Zhù nǐ shēngrì kuàilè)"
Bahasa Melayu??Mm..tak pasti laa nk sebut apa..
Ups!Bahasa Jiwa Bangsa.Kena aplikasi bahasa kebangsaan.

“Selamat Hari Lahir”


haha!Hari ni 15 zIKR nk wish birthday kat 2 orang puteri ne:

1.NAJWA AHMAD(3 November)
2.NADHIRAH RUBANI a.k.a DOT(4 November)


"Semoga meningkatnya umur kalian seiring tertingkatnya
iman dan taqwa
dan kalian terus memandu diri menuju
kematangan yang lebih dalam beramal"



istimewa dari:IFFAH HANNA FIKRI & 15 ZikR..


 

Template by BloggerCandy.com