Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Nilai Sebuah Persahabatan


Dah lama menyepi dari menulis dalam blog 'batch' ini. Kadang-kadang terfikir kenapa lah satu tanggungjawab itu boleh dipandang ringan sedangkan amanah itu berat. Jadi hati ini terpanggil untuk mencoret sesuatu.

Posted by:~nurizbah~

Thursday, May 10, 2012

AKU JATUH CINTA




Khas buat sahibah-sahibah ana; Basyirah Ritzuan, ‘Iffah Zaaba, Ruhie dan Una Manaf. Dan yang lain juga =)


Perasaan itu..
Datang menyapa diri ini,
Bagai lembut gemersik angin lalu,
Menyentuh ke tangkai jiwa,
Mengegarkan sukma,
Melebur kekakuan rasa,
Mewujukan mentari bahagia,
Perasaan apakah itu?
Sakitnya juga ada,
Lukanya juga  berbisa,
Pedih dalam bahagia,
Rindu bersulam derita,
Deraian mutiara ini adalah saksi,
Akan kekuasaan perasaan itu,
Sendu dalam hiba,
Menadah tangan pada ilahi,
Mohon perasaan itu dijaga,
Biar rasa itu jambatan ke syurga,
Perasaan apakah itu?
Aku tidak malu mengakuinya,
Aku telah jatuh cinta. 

10 May 2012
1.36 P.M.
Kc 546

Friday, December 16, 2011

Santai Tarbawi


Bismillah. Walhamdulillah. Wassholaatu wassalamu ‘ala Rosulillah.

Jumuah mubaarakah. Malam ni malam jumaat, dah baca surah kahfi ke? Kalau belum, bacalah..

Daripada Umar berkata : Nabi Saw bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat. (HR Ibnu Katsir)

Hari ini, membelek-belek majalah Solusi isu38 (yang terbaru) bertema ‘Syurga Itu Benar’, selak halaman belakang sekali dalam ruangan ‘Angguk Geleng’, terjumpa kisah yang bertajuk ‘ Isteri Saya Hilang’.

Alkisahya begini:


Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

“Sudah berapa lama isteri encik keluar?” soal polis.

“Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot.”

“Dia pakai baju warna apa?”

“Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu.”

“ Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?”

“Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula.”

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. “Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?”

“Ya tuan. Dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sedikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace.”

“Okey. Kalau macam tu, kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik”, kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Moral of the story? Pengajaran: Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah ke rumah atau ke mana sahaja dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci. Moga kita mendapat ibrah dari kisah ini. Wallahu a’lam. Mungkin kalian punya ibrah atau mesej lain daripada kisah ini, bolehlah dikongsikan ~

Tuesday, November 15, 2011

Islahkan Diri

Assalamualaikum wbt kepada pelawat Together with us.... Semoga dapat menghayati video ini. Sekadar perkongsian sahaja. ^_^




sekian: Wafazinnirah92 (Fatin Nabila)

Monday, October 10, 2011

::.Istimewa Buat Muslimah.::


~seindah hiasan adalah wanita solehah~


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah dengan izinnya saya dapat berkongsi sesuatu buat semua.. Jom kita renungi sejenak apa yang terkandung dalam video ini.. Moga beroleh bermanfaat yang banyak (^_^)





sekian dari saya Wafazinnirah92..
(Fatin Nabila bt Sharul Azimin)
10 oktober 2011
-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-

Friday, September 9, 2011

MARI BERPANTUN



Assalamualaikum w.b.t. Kali ini nak cuba berpuitis pulak. Tapi memang bukan bidang kepakaran saya. Skill mengarang pantun pun dah berkarat.. Maklumlah dah lama tidak belajar Bahasa Melayu. Tapi, cuba jugak, belum cuba belum tahu kan. So, pantun ni tak ada tema, keserasian, perkaitan antara rangkap dll. Pantun biasa-biasa saja..Tapi harap masih ada manfaat terkandung dalamnya.. MARI KITA BERPANTUN.

Bunga melati, bunga mawar,
Hadiah dari tanah seberang;
Biarlah doa menjadi penawar,
Rinduku pada dia seorang.

Doa itu senjata mu’min,
Mengubat duka lara di hati;
Dengan ukhuwwah akhirat terjamin,
Beriringan kita ke syurga Firdausi.

Kerana ilmu aku kembara,
Kembara hingga ke negeri Cina;
Biarlah ukhuwwah kekal membara,
Doa ku panjat, hingga ke akhirnya.

Cantik sungguh si tuan puteri,
Apakah rahsia kekal berseri;
Sakhsiah mulia tiada terperi,
Dunia, akhirat kekal selari.



Posted by: Zahra

Tuesday, September 6, 2011

::.Terus Sujud Disisimu.::


Mendung berlalu pergi

Suria sinari alam ini

Meniti hari-hari

Kulemas dalam keresahan


Titisan embun pagi

Hilang ditelan hari

Bunga dalam jambangan

Namun tidak kelihatan dimata


Oh TUHAN

Kau tunjukkanlah padaku jalannya

Onak duri akan kuharungi

Dengan kerelaan dihati


Berikan kukekuatan

Untukku rempuh ranjau itu

Agar dapatku menghayati

Terus sujud di sisiMu


Restuilah langkah ini

PadaMu relaku serahkan

Jiwa ragaku kesisiMu

Hanya padaMu

Oh TUHAN.


By: http://wafazinnirah92.blogspot.com

6 SEPTEMBER 2011

-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-



Tuesday, August 16, 2011

HINDUISM


Assalamualaikum w.b.t. Setinggi-tingginya saya merafakkan kesyukuran pada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk menghirup udara kurniaan-Nya walaupun amal kebaikan saya tidak mampu membayar hatta satu molukule udara sekalipun..sebelum tinta yang pendek lansung menjadi panjang, saya memohon keampunan dari-Nya jika tulisan ini tidak mampu membawa sebarang manfaat.

Kali ini saya kehabisan idea untuk menulis. Tapi sebenarnya setiap kali jari ini hendak menekan di keyboard, semua idea hilang begitu saja. Tapi bagi saya itu perkara biasa, saya bukanlah penulis professional. Sekadar menulis untuk berkongsi terutama dengan sahibah2 15 zikr. Harap kalian dapat beroleh sesuatu dari tulisan saya. Eem… Apa ye yang nak tulis?? Kalau saya hendak menulis tentang rindu terhadap sahibah2 saya ini, rasanya kalian juga sudah jemu mendengar luahan rasa rindu dari saya. Jika hendak bercerita tentang cinta, sudah semestinya saya bukan orang yang pantas untuk berbicara mengenainya. Jika hendak berbicara soal politik, saya juga bukan orang yang sesuai untuk berbincang tentangnya. Kalian ada sebarang idea untuk saya?? Kalau ada bolehlah kalian sms atau call..Boleh juga sambil menyelam minum air. Dapat mendengar suara-suara sahibah sefikrah.

Mungkin saya boleh berkongsi dengan kalian tentang subjek yang saya pelajari di cfs iium ini. Walaupun saya bukanlah seorang yang pakar dalam subjek ini, mugkin kita boleh mengetahui perkara asas sahaja. Subjek yang saya pelajari ialah Religions In Malaysia.Saya ingin kongsikan tentang agama Hindu.


shiva + parvati = ganesha

HINDUISM

Tahukah anda penganut Hindu mempunyai lebih dari 300 000 tuhan?

Mereka mengamalkan polytheistic religion, iaitu mempercayai lebih dari 1 tuhan.

Disebabkan tuhan/dewa mereka terlampau banyak, tuhan-tuhan ini perlu membentuk hierarchy mereka tersendiri.

Di dalam Hinduism, setiap tuhan mempunyai keluarga. Tuhan lelaki(god) akan berkahwin dengan tuhan perempuan(goddess) dan mendapat anak yang juga merupakan tuhan.(god son)

Sebagai contoh Shiva+Pavarti/Durga/ Kali mendapat anak bernama Ganesha.

Hinduism juga boleh ditafsirkan sebagai henoteistic religion, iaitu penghambaan pada satu tuhan tetapi masih menerima kewujudan tuhan-tuhan yang lain.

HINDU MEMPERCAYAI SATU TUHAN.
Sebenarnya, di dalam Hinduism hanya terdapat satu tuhan iaitu Brahman.


Brahman merupakan ‘eternal origin’ yang merupakan penyebab dan asas kepada semua kewujudan.

Dalam bahasa yang mudah, dari Brahmanlah semua benda terwujud.

Brahman mempunyai dua aspek yang berlawanan, 1)saguna Brahman dan 2) nirguna Brahman.


Saguna Brahman adalah aspek yang boleh dibincangkan, mempunyai sifat dan kriteria.
Manakala, nirguna Brahman adalah aspek yang tidak boleh dibincangkan, yang tidak diketahui sifat dan criteria.


Melalui aspek saguna Brahman inilah terhasil tuhan-tuhan di dalam Hinduism. Tuhan-tuhan di dalam Hinduism merupakan hasil transformasi Brahman melalui aspek saguna Brahman.


Dalam perkataan yang lain, tuhan-tuhan ini merupakn Brahman yang telah bertukar kepada bentuk yang lain. Mereka dihantar untuk membantu manusia untuk mencari tuhan yang paling berkuasa, tuhan alam sejagat ini, Brahman.

Sebenarnya apa yang saya tulis ini hanyalah perkara yang paling asas di dalam Hinduism. Belum termasuk doktrin-doktrin asas di dalam Hinduism. Sengaja mahu berkongsi kerana saya agak teruja apabila pertama kali belajar mengenai Hinduism. Yang pertama mereka mempunyai begitu banyak tuhan sehinggakan penganutnya sendiri tidak mengenali tuhan-tuhan mereka. Yang kedua, mereka boleh memilih untuk menjadi penganut mana-mana tuhan yang mereka mahu. Yang ketiga, mereka juga mempercayai satu tuhan yang paling berkuasa. Dan apa-apa juga perkara yang mereka lakukan adalah untuk memastikan dapat bersatu dengan tuhan(Brahman) mereka.(moksha)

Memang secara keseluruhannya Hinduism bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila kita mempelajari ajaran mereka, kita dapati begitu banyak pertentangan dari sudut fitrah kita sebagai manusia dan konsep tuhan yang mereka kemukakan tidak dapat diterima logic akal. Sepatutnya apabila disebut tuhan, yang perlu bermain dalam fikiran kita adalah satu zat yang tidak ada tolak bandingnya, yang begitu berkuasa, yang tidak memerlukan bantuan yang lain dalam menguruskan sebarang benda. Yang sama-sekali tidak boleh sama dengan ciptaan-Nya yang banyak kelemahan. Jika kita melihat pada gambar-gambar tuhan di dalam Hinduism, tuhan mereka menyerupai manusia Cuma ditambah bilangan kepala, tangan dan sebagainya.

Apabila mempelajari Hinduism, dan mengetahui kepincangannya bertambah rasa kagum saya terhadap kesempurnaan deen(Islam) kita. Ajarannya, tidak berlawanan dengan fitrah kita sebagai manusia, dan konsep ilah yang dibawa tidak berlawanan dengan akal, bahawasanya perlu ada ‘satu benda’ yang mengawal, mencipta dan menguruskan alam jagat ini. Dan figure untuk ‘satu benda’/ tuhan ini perlulah maha berkuasa dan melebihi atas segala-galanya.
Mungkin hanya setakat ini tarian jari saya di atas keyboard ini. Sebelum tu, mohon maaf sebab ada percampuran bahasa sikit dalam tulisan saya. Tak tau perkataan apa yang sesuai apabila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Segala yang baik manfaatkanlah dan segala kekurangan saya mohon keampunan pada Allah.

P/S : Teringat dah pernah belajar Hinduism time Kem Jati Diri, tapi dah lupa + mengantuk ketika penyampaian disampaikan. Rasa rugi terlepas ilmu yang begitu berharga. Doakan saya faham subjek ni..Sekarang ni dah hampir habis bab Buddhism dan selepas ini Sikhism and Christianity.


Posted by: Zahra

Tuesday, July 19, 2011

::.Secebis Tetang Ramadhan.::

~Ramadhan bulan mensucikan hati~

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Sebelum madah diteruskan, ucapan Assalamualaikum ditujukan buat para pembaca blog 15zikr sekalian yang dikasihi fillah. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW rasul Dakwah dan Tarbiyah. Dengan rahmat kasih sayang-Nya, saya dapat berkongsi sesuatu dengan semua di blog 15zikr memandangkan hari in saya ditugaskan untuk mengisi ruangan ini bagi menghidupkan hati-hati yang gersang. ^^

Untuk kali ini saya hanya hendak berkongsi secebis tentang ramadhan dengan anda. Apa yang kita lakukan bila datangnya bulan Ramadhan? Sudah tentulah kita berpuasa bukan? Jadi apa yang anda faham apa itu puasa? Jika anda kurang mengetahui mengenainya, mari saya bawa anda belayar untuk kita sama-sama lebih faham. Semoga dapat manfaat.

Apa Itu Puasa?

Puasa ialah menahan diri daripada makan minum dan daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar hinggalah terbenam matahari disertai dengan niat. Selain itu, kita perlu menahan dari menipu, berkata-kata buruk atau sia-sia dan daripada bertengkar atau bergaduh.

Ini kerana puasa adalah medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Semasa saya disekolah dulu, ada seorang ustaz berkata bahawa Ramadhan adalah madrasah bagi orang-oarang beriman. Ini kerana apabila kita keluar sahaja dari bulan Ramadhan itu, kita akan membawa sikap yang baik kesan dari bulan Ramadhan tadi. Subhanallah, hebat bukan? =)

Bulan Al-Quran

Pada bulan ini al-Quran diturunkan. Justeru itu, Ramadhan adalah bulan al-Quran sebelum ia dipanggil bulan puasa. Ia sangat berharga, bukan sekadar berpuasa. Setiap tahun, umat Islam menyambut ketibaan hari nuzul al-Quran, namun sejauh manakah penghayatan kita mengenai al-Quran. Adakah sekadar membacanya sahaja? Atau sekadar merebut pahala semata-mata?

Firman Allah: “Bulan Ramadhan padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah…” (Surah al-Baqarah: Ayat 185)

Jom kita sama-sama muhasabah diri supaya Ramadhan kali ini lebih baik dan bererti buat kita bersama, insyaAllah. ^^

Lailatul Qadar

Dalam bulan Ramadhan juga terdapat Lailatul Qadr yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub dalam al-Quran:

“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran ini pada Lailatul Qadr. Dan apakah kamu mengetahui apakah kebesaran Lailatul Qadr? Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan jibril dengan izin Allah tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut, sejahteralah malam berkat itu sehingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr: 1-5)

Bila sebut pasal Lailatul Qadr, saya teringat sesuatu yang diperkatakan oleh ustaz saya dalam kelas saya tadi. Orang melayu ni selalu semangat diawal ramadhan dan diakhirnya sahaja. Sepatutnya kita bersungguh-sungguh sepanjang bulan Ramadhan untuk mencari Lailatu Qadr. Betul juga apa yang diperkatakan oleh ustaz itu. Terima kasih ustaz. ^^

Bulan Pengampunan

Seperti yang kita tahu bulan Ramadhan ini adalah bulan maghfirah, dimana pintu neraka ditutup serapatnya dan pintu syurga dibuka seluasnya. Subhanallah, untungnya kita sebagai umat islam. Janganlah kita persiakan Ramadhan kali ini. Manfaatkan bersunggguh-sungguh. Mudah-mudahan Allah sudi untuk memilih kita merasai betapa manisnya Ramadhan ini.

Harap-harapnya juga kita keluar dari Ramadhan sebagai graduan yang bertakwa, InsyaAllah. Bulan Ramadhan ini juga dikata sebagai pesta Ibadah. Jika kita lihat, betapa ramainya orang akan berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dari setiap apa yang dilakukan.

Akhir Sekali

Saya ingin mengajak hati-hati kita untuk sentiasa bersedia dalam menghadapi Ramadhan yang penuh kebaikan di dalamnya. Mudah-mudahan Allah terima amalan anda dan saya. Saya doakan anda sempat merasai ramadhan kali ini dengan penuh penghayatan dan penyerahan hati. ^^

Saya rasa setakat itu dahulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita semua. Bagi yang dah membaca apa yang saya tuliskan ini, molek kiranya jika anda sampaikan kepada orang lain pula. Ini hanya secebis sahaja tentang Ramadhan. Mudah-mudahan Allah berkati.

By: http://wafazinnirah92.blogspot.com

-permata yang dicari-

19/JULAI/2011

Kota Bharu, Kelantan




 

Template by BloggerCandy.com