Bismillah. Walhamdulillah. Wassholaatu wassalamu ‘ala Rosulillah.
Jumuah mubaarakah. Malam ni malam jumaat, dah baca surah kahfi ke? Kalau belum, bacalah..
Daripada Umar berkata : Nabi Saw bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat. (HR Ibnu Katsir)
Hari ini, membelek-belek majalah Solusi isu38 (yang terbaru) bertema ‘Syurga Itu Benar’, selak halaman belakang sekali dalam ruangan ‘Angguk Geleng’, terjumpa kisah yang bertajuk ‘ Isteri Saya Hilang’.
Alkisahya begini:
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.
“Sudah berapa lama isteri encik keluar?” soal polis.
“Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot.”
“Dia pakai baju warna apa?”
“Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu.”
“ Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?”
“Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula.”
Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. “Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?”
“Ya tuan. Dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sedikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace.”
“Okey. Kalau macam tu, kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik”, kata polis menamatkan sesi soal siasat.
Moral of the story? Pengajaran: Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah ke rumah atau ke mana sahaja dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci. Moga kita mendapat ibrah dari kisah ini. Wallahu a’lam. Mungkin kalian punya ibrah atau mesej lain daripada kisah ini, bolehlah dikongsikan ~
No comments:
Post a Comment