Assalamualaikum wbt dan Salam Mahabbah buat semua pembaca2.
Di sini saya mencoretkan serba sedikit tentang keutamaan manusia yang mana saya membedah buku " Iman dan Kehidupan" oleh Allahyarham Fathi Yakan . Di mana anda yang sering mengikuti update blog ni, sebelum ini saya membuat posting Iman dan Kehidupan 1# , ia merupakan sambungan tetapi tidaklah keseluruhan saya mengambil dari buku tersebut . Harap kalian mendapat manfaat bersama.
Ubatmu adalah dalam tubuhmu, tetapi kamu tidak nampak .
Penyakitmu kerana kamu, tetapi kamu tidak tahu .
Kamu mengira, bahawa kamu adalah tubuh yang kecil .
Tetapi dalam tubuhmu, tergambar dunia yang besar .
Kata2 di atas merupakan salah satu syair yang menyatakan bahawa manusia itu makhluk yang istimewa dengan bertubuh yang serba lengkap menggambarkan alam yang Alllah ciptakan . Walaupun manusia bertubuh kecil dan lemah jika kita memandang dari segi tubuh dan kekuatan yang lahir, tetapi ditinjau dari keadaan jiwa dan kekuatan yang tersembunyi di dalamnya, nyata terbuktilah KITA MAKHLUK ISTIMEWA .
Manusia adalah sebaik2 makhluk yang Allah ciptakan .
Allah menjunjung siapa2 yang beriman kepada-Nya tidak kira darjatnya di dunia fana ini .
Tetapi jika kita tidak menjadi sebaiknya dan melanggar syariat yang ditetapkan oleh-Nya lantas kita dianggap seperti binatang malah binatang adalah lebih baik dari kita kerana ia tidak mempunyai akal untuk berfikiran baik atau buruk tetapi kita masih mempunyai akal .
Nauzubillah. Moga Allah jauhkan kita daripada menjadi golongan tersebut .
Mati merupakan satu perhentian
Jika kita mengimbas kembali kehidupan yang kita jalani dan dilihat umur kita pada ketika itu, seolah2 satu titik kecil dari perjalanan masa yang panjang, tetapi bagi orang2 yang beriman, mereka tidak memandang kematian sebagai satu pengakhiran hidup manusia .
Mati itu merupakan satu perhentian untuk kita berpindah dalam perjalanan yang amat jauh, menuju ke sesuatu tempat yang kekal abadi, lalu Allah telah berfirman dalam Al-Quran serta diucapkan kepada orang2 beriman :
".....keselamatan untuk kamu! Kamu telah menjadi orang yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya (syurga) untuk selamanya ."
Az-Zumar:73
Bagi mereka yang tidak beriman, mereka akan merasakan hidup itu segala2nya dan kematian merupakan titik noktah atau penamat hidup, maka mereka ingin menikmati hidup sepuas2nya hingga melupakan apakah tujuan kita diciptakan ? Dari manakah kita datang? Hendak ke mana dan kenapa ? Sayang hidup kita jika dihabiskan begitu sahaja tanpa mengisi dengan amalan2 terhadap Allah. Kita sudah melakuan pinjaman tubuh badan sementara berani pula menggunakannya dengan seburuknya. Maka pulangkanlah kepada-Nya dengan sebaiknya. Hidup itu sementara tetapi mati itu yang pasti, orang2 beriman pasti merasakan satu kenikmatan ketika dia mati dan sudah tidak sabar2 untuk berjumpa dengan Yang Maha Esa lagi Maha Kekal dan serta berpindah ke syurga yang abadi . Moga ditempatkan bersama orang2 beriman, Ameen~
Pernahkah teman2 tahu bahawa pintu taubat Allah sentiasa terbuka? Allah itu baikkk tauuu ~
^^
ard's
No comments:
Post a Comment