Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, December 28, 2011

jadilah yg terbaik utk shbatmu..

mintalah teman yang soleh dlm sujud terakhir solatmu krana dia bisa menguatkan kakimu di jalan ALLAH. di sekeliling kita terdapat banyak hati2 yg kosong dan lalai dan rindukan sentuhan iman dri teman yg soleh. mulakan dgan mjadikan drimu penawar kpada mreka smua, penghidup hati2 yg gersang.. miss u all..

Thursday, December 22, 2011

..:: Setiap Perkara Ada Hikmahnya::..


Keputusan PMR keluar hari ini. Macam mana agaknya adik-adik tingkatan 3 Matri. Pasti berdebar-debar. Tapi moga bersedia dengan apa yang akan dapat dengan hati yang lapang. Kalau result ‘with flying colours’, Alhamdulillah. Sekira sebaliknya, pun patut mengucap Alhamdulillah kerana

Allah memang tahu apa yang selayaknya. Mungkin ada yang lebih terbaik menanti kita pada masa akan datang Cuma masanya belum tiba. Hidup perlu diteruskan, dan PMR hanya satu pemulaan untuk perjalanan hidup sebagai seorang pelajar.

Disini ingin kongsi satu buku yang dibaca(belum habis lagipun...^^). Ada satu cerita menarik ini dikongsi di sini buat tatapan semua.

Bila Allah Menduga Kita’ karya Syed Alwi Al Atas, Mustread Sdn Bhd

Saya (penulis buku ini)mendengar satu kisah menarik dari seorang ustaz, bahawa Ibnu Taimiyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapat tentang sesuatu. Satu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa sakit. Raja pun bertanya pada menteri yang sedang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru sahaja dialaminya.

“Baik, wahai raja,” jawab menteri tanpa keraguan.

“Apa? Kamu katakan ini baik?” Raja terperanjat dangan jawapan itu.

“Ya wahai raja. Itu baik,”

Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya, “Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada di dalam penjara seperti itu?”

“Baik, wahai raja,” Jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.

Mendengar jawapan itu, raja semakin marah dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani oleh menteri nya yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjarakan untuk menemani. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan raja sendiri akhirnya tersesat dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu.


Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat persembahan.

Saat raja sudah siap untuk dikorbankan mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka menjadi ragu-ragu untuk mengorbankan raja. “Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita.” Kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut. “Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak menjadi korban.”

Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang gembira. Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menteri yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan berkata pada menteri itu, “Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik,”. Lalu raja menceritakan apa yang dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata, “Saya berada dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat,”. Maka Ibnu Taimiyah menutup cerita ini dengan mengatakan, “Semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik.” Ya, semua yang ditentukan Nya baik walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada di sebalik ketentuan itu. Oleh itu tugas kita sebagai makhluk Nya untuk tidak berprasangka dengan Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sebahagian prasangka itu dosa......”[Al-Hujurat:12]

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia tidak akan menguji melebihi kemampuan makhlukNya itu sendiri.


Moga mendapat manfaat darinya. Tidak pasti akan kesahihannya tapi ambil lah pengajaran darinya. Wallahua’lam bi sowab

~nurizbah~

Sunday, December 18, 2011

Raut Muka Yang Mendamaikan~~



Abu Yazid Al-Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru,sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. saya juga bukan pemalas dalam mencari rezeki tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan.
sang guru menjawab sederhana, "perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. kau tahu, Rasulullah saw adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. sebab menurut Rasulullah saw, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curigai kepadanya."
lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. wajahnya sentiasa berseri. setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. memang Tuhan telah mentakdirkan manusia sebagai sebagai makhluk yang paling indah. bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana kata Rasulullah saw,"sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan".
Namun demikian tidak bererti islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. baik dalam berpakaian , menghias tubuh maupun pada tindakan dalam kehidupan seharian. Nabi yang walaupun memakai jubah yang luntur warnanya, tetapi sentiasa berssih. Umar Bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan tidak menampakkan tanda membesarkan diri. Tetapi kerapian berpakaian selalu dijaga. sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum. Raut mukanya berseri. Tidak hairanlah jika Imam Hasan AlBasri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyuman. Rasulullah juga pernah bersabda bahawa senyuman adalah sedekah yang paling murah tapi,sangat besar pahalanya..^^...


AIR WUDHUK MAMPU MEMPERINDAH WAJAH DAN PENAMPILANMU...

{faiha ibtisam}.


ANDAI AKU SEKUNTUM BUNGA MEKAR


SEANDAINYA AKU SEKUNTUM BUNGA
Andai aku sekuntum bunga aku ingin hidup di dalam taman yang indah yang dipenuhi bunga-bunga yang indah,
Taman yang dipagari dengan pagar yang selamat untuk aku tinggal di dalamnya,
Diantara bunga-bunga yang indah, aku ingin jadi yang terindah, aku ingin jadi bunga yang terbaik,
Bersama bunga-bunga yang dijaga, disiram dengan air yang segar, dibaja dan dipelihara dari kumbang-kumbang liar,
Andai aku sekuntum bunga,
Aku ingin kelopak-kelopakku dipelihara, daun-daun yang indah melindungi tubuhku,
Jika aku diracuni, aku ingin segera diubati agar aku bisa jadi bunga yang indah seperti biasa,
Seandainya suatu hari ada kumbang-kumbang yang datang untuk mengambil debungaku dan menyebarkannya,
biarlah yang datang itu kumbang yang benar-benar mahir menilai yang baik dan yang buruk,
kumbang yang sentiasa bertasbih kepada tuhannya,
 kumbang yang sentiasa memelihara dirinya dari kotoran udara dan daratan supaya dia tidak menyebarkan kotoran kepada diriku,
biarlah yang datang itu kumbang yang kukuh dan kekar perisai dirinya yang tidak mudah jatuh dihentam badai dan debu dan mampu menangkis duri-duri dunia..
biarlah kumbang yang datang itu adalah kumbang yang terbaik dan bakal menyebarkan debunga-debungaku,
supaya menjadi debunga yang bermanfaat untuk generasi bunga yang lebih baik.
Nukilan indah. . .*

Saturday, December 17, 2011

tentang FUTUR


Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keislaman sesorang. Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang
1. Malas beribadat.
2. Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu, kita digalakkan agar menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian.
3. Melakukan maksiat sama ada kecil atau besar. Lebih teruk, kemaksiatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi, bergembira dengan maksiat.
4. Suka maksiat atau menyaksikan maksiat. Orang beriman akan melihat dosa maksiat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja.
5. Ukhuwwah menjadi longgar.
6. Ghairah kepada dunia. Sibuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Dalam sistem yang ada, gagasan kecemerlangan yang mereka kehendaki kerap menjerumuskan manusia kepada sikap ghairah dengan dunia.
7. Berbangga dengan kemajuan duniawi. Atau merasakan lemah dengan kemunduran duniawi.
8. Lemah atau tidak bersedia untuk iltizam (patuh).
9. Menangguh-nangguhkan kerja.
Semua perkara di atas melemahkan kerja-kerja Islam dan dakwah. Kadangkala sesorang itu futur hingga tidak bermaya melaksanakan kerja-kerja Islam.

Sebab-sebab berlaku futur pada seseorang
1. Tidak ikhlas dalam bekerja.
Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam suatu kerja yang kita lakukan. Tajarrud kepada Allah SWT dalam suatu kerja sangatlah berat, lebih-lebih lagi dalam suasana yang tidak Islamik. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu tidak disuruh ber’ubudiyah kepada Allah SWT melainkan dengan penuh ikhlas”
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat”
Sekiranya keikhlasan kita terganggu, maka adakah kita perlu meneruskan sesuatu amalan ataupun berhenti beramal? Seharusnya kita perlu terus beramal, sekaligus kita islahkan dalam niat.
Mendidik hati agar ikhlas adalah satu proses berterusan kerana Allah SWT tidak redha dengan amalan yang menyekutukan-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith qudsi yang bermaksud:
“Aku yang paling kaya daripada sekutu-sekutu. Sesiapa yang melakukan amalan dengan menyekutukan Aku, maka Aku akan biarkan dia bersama-sama dengan sekutunya di Akhirat nanti.”
2. Lemah dalam ilmu syarak. Yakni ilmu dari masdar yang betul penghayatannya.
3. Berkawan dengan orang yang tidak berhimah tinggi atau berhimah rendah. Orang yang berhimah tahu mengenai ilmu syara’. Khususnya ilmu untuk menentukan sesuatu itu syar’i atau tidak syar’i. Ilmu syara’ itu luas, merangkumi tafsir Al-Qur’an, Ilmu Hadis, Fiqh, Tarikh, Bahasa Arab dan lain-lain. Antara yang penting adalah ilmu mengenai hukum-hukum taklifi (wajib, sunnat, haram, makruh, dan mubah)
4. Melihat atau memperbaiki perkara-perkara berkaitan jalan penyelesaian dakwah dalam bentuk juzi’e. Misalnya, menyelesaikan masalah itu sahaja. Menyelesai dengan cara yang tidak syamil / kamil.
5. Matlamat atau hadaf tidak jelas. Juga wasilah tidak jelas. Tiada wawasan sebenar. Wawasan manusia kini hanyalah wawasan di dunia sahaja. Wawasan kita bermula dari dunia hingga akhirat.
6. Tidak waqi’i. Tidak melakukan kerja di atas kenyataan yang betul. Begitu juga, tidak waqi’i apabila memulakan sesuatu kerja. Tidak mengambil contoh Rasulullah SAW, sebaliknya hanya memakai fikiran sendiri.
7. Tidak memahami amalan atau kerja yang sepatutnya dilakukan. Dan tidak memahami rintangan-rintangan bagi sesuatu amalan.
8. Bersifat fardhiyah. Yakni bersifat individu atau lebih mementingkan diri sendiri. Kita perlu mendidik diri sendiri supaya memperseimbangkan antara kepentingan individu dan kepentingan ummah. Bila seimbang barulah cantik kerja-kerja seseorang itu.
9. Jumud atau beku dalam uslub dan marhalah-marhalah kerja. Kadang-kadang kerja-kerja yang dilakukan hanya satu ‘pattern’ sahaja. Kita perlu mempelbagaikan bentuk kerja. Begitu juga uslub dan marhalah kerja. Misalannya di dalam usrah kita perlu pelbagai aktiviti yang rasmi dan yang tidak rasmi.
10. Lemah tarbiyyah. Ini faktor yang besar. Faktor ini amat luas pengertian dan huraiannya.
11. Tidak tahu dan tidak merasai cabaran. Tidak tahu bagaimana kedudukan ummah atau dengan siapa ummah sedang berhadapan. Kita melaksanakan kegiatan-kegiatan berdasarkan sistem Islam, manakala musuh kita menjalankan pelbagai kegiatan berdasarkan sistem yang lain. Kita tidak menjadi sebagai satu individu berdepan yang satu sistem bukan Islam. Kita perlu tahu tipu helah sistem yang ada.
Sistem yang ada sentiasa memerhatikan perkembangan Islam. Apabila mereka nampak Islam naik, maka mereka akan sekat.
Oleh itu seseorang yang tidak faham hakikat realiti sebenar, maka dia tidak akan merasainya sebagai satu cabaran.
12. Tidak tahu menyelaraskan antara kemampuan dan kerja.
13. Berbeza bi’ah dan tabi’at. Bila seseorang itu biasa dengan sesuatu bi’ah dan tabi’at, maka dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan bi’ah dan tabi’at yang lain. Justeru itu berlaku futur.
Dahulu, Penjajah British telah mengkaji bi’ah dan tabi’at manusia di sini. Selesai itu barulah dia masuk dan menakluki Malaysia.
14. Tidak sedar dan tidak memahami sunnah Allah yang berlaku pada ummah dan individu. Tidak mengerti akan ujian Allah terhadap ummah dan individu. Contohnya, ujian terhadap sahabat-sahabat Nabi sangat jelas. Ini sunnah Allah pada pendakwah Islam. Mungkin seseorang menerima sunnah itu dengan keluhan dan putus asa. Tetapi kita perlu menerima sunnah ini dengan penuh persediaan. Kita perlu memainkan peranan yang sepatutnya berhadapan dengan sunnah ini. Kita perlu tanya, apakah persediaan dan peranan yang perlu kita mainkan supaya kita tidak lalai dalam menerima sunnah Allah.
15. Futur dalam mengubati futur. Lemah dalam mengubati kelemahan. Dia yang futur itu tahu bahawa dirinya lemah, tetapi dia terus lemah untuk mengubati. Bagi kita, kalau rasa lemah, maka cepat-cepatlah kita mencari sahabat yang kuat.
16. Berpenyakit dalam hati atau jiwa. Banyak terdapat penyakit jiwa seperti hasad, dengki, cemburu buta dan lain-lain.

Penutup
Setiap aktiviti kita mestilah berindukkan tarbiyah. Seandainya tidak berindukkan tarbiyah, maka akan mudahlah lahir keghairahan kepada sistem sedia ada. Kadang-kadang keghairahan itu mengakibatkan tidak bermaya untuk mempertahankan Islam.
Apabila kita melakukan kerja-kerja dengan berindukkan syari’at Islamiyah, maka insyaAllah, Allah akan berikan keberkatan dan petunjuk.
Sekiranya, ktia bekerja di bawah sistem sedia ada, maka kita mestilah pastikan pekerjaan kita itu untuk maslahat dakwah. Kita tetap bekerja menarik orang lain kepada Islam. Kita mengambil manfa’at demi kepentingan Islam disamping membawa syakhsiyah Islamiyah.

*p/s: maaf, ana agak sibuk buat masa ni dan cuma sempat untuk copy and paste je untuk tugasan post di blog ni. tapi apa pun, insya-Allah post ni sangat penting-lagi-bermakna buat kita semua. ana faham, post ni sangat-sangat-sangat panjang dan mungkin ada yang rasa agak berat isinya, tapi tak salah kita habiskan masa lebih kurang 10 minit; just to read and reflect ourselves. kita bukan lagi di tapak semaian, tapi sedang tumbuh menjadi pokok yang terpaksa compete dan berusaha untuk survival diri kita sendiri. means, survival untuk 'masa depan' kita, akhirat.

*kalau ana tak silap, ana ambil artikel ke? dari sorang kakak dan  artikel ni merupakan tulisan Allahyarham UDMZ. w'alam...

Friday, December 16, 2011

Santai Tarbawi


Bismillah. Walhamdulillah. Wassholaatu wassalamu ‘ala Rosulillah.

Jumuah mubaarakah. Malam ni malam jumaat, dah baca surah kahfi ke? Kalau belum, bacalah..

Daripada Umar berkata : Nabi Saw bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat. (HR Ibnu Katsir)

Hari ini, membelek-belek majalah Solusi isu38 (yang terbaru) bertema ‘Syurga Itu Benar’, selak halaman belakang sekali dalam ruangan ‘Angguk Geleng’, terjumpa kisah yang bertajuk ‘ Isteri Saya Hilang’.

Alkisahya begini:


Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

Sudah berapa lama isteri encik keluar?” soal polis.

Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot.”

Dia pakai baju warna apa?”

Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu.”

Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?”

Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula.”

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepala. “Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?

Ya tuan. Dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sedikit. Bahagian dalam kereta saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace.”

Okey. Kalau macam tu, kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik”, kata polis menamatkan sesi soal siasat.

Moral of the story? Pengajaran: Adakah ada ketikanya material lebih mudah kita terangkan ciri-cirinya secara detail berbanding insan yang kita sayangi? Pulanglah ke rumah atau ke mana sahaja dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda. Mengenali untuk menyayangi, bukan untuk mencari benci. Moga kita mendapat ibrah dari kisah ini. Wallahu a’lam. Mungkin kalian punya ibrah atau mesej lain daripada kisah ini, bolehlah dikongsikan ~

Thursday, December 15, 2011

Iman dan Kehidupan 2#

Assalamualaikum wbt dan Salam Mahabbah buat semua pembaca2.

Di sini saya mencoretkan serba sedikit tentang keutamaan manusia yang mana saya membedah buku " Iman dan Kehidupan" oleh Allahyarham Fathi Yakan . Di mana anda yang sering mengikuti update blog ni, sebelum ini saya membuat posting Iman dan Kehidupan 1# , ia merupakan sambungan tetapi tidaklah keseluruhan saya mengambil dari buku tersebut . Harap kalian mendapat manfaat bersama.


Manusia itu Makhluk Istimewa, tahukah anda ?

Ubatmu adalah dalam tubuhmu, tetapi kamu tidak nampak .
Penyakitmu kerana kamu, tetapi kamu tidak tahu .
Kamu mengira, bahawa kamu adalah tubuh yang kecil .
Tetapi dalam tubuhmu, tergambar dunia yang besar .

Kata2 di atas merupakan salah satu syair yang menyatakan bahawa manusia itu makhluk yang istimewa dengan bertubuh yang serba lengkap menggambarkan alam yang Alllah ciptakan . Walaupun manusia bertubuh kecil dan lemah jika kita memandang dari segi tubuh dan kekuatan yang lahir, tetapi ditinjau dari keadaan jiwa dan kekuatan yang tersembunyi di dalamnya, nyata terbuktilah KITA MAKHLUK ISTIMEWA .

Manusia adalah sebaik2 makhluk yang Allah ciptakan .
Allah menjunjung siapa2 yang beriman kepada-Nya tidak kira darjatnya di dunia fana ini .
Tetapi jika kita tidak menjadi sebaiknya dan melanggar syariat yang ditetapkan oleh-Nya lantas kita dianggap seperti binatang malah binatang adalah lebih baik dari kita kerana ia tidak mempunyai akal untuk berfikiran baik atau buruk tetapi kita masih mempunyai akal .
Nauzubillah. Moga Allah jauhkan kita daripada menjadi golongan tersebut .




Mati merupakan satu perhentian

Jika kita mengimbas kembali kehidupan yang kita jalani dan dilihat umur kita pada ketika itu, seolah2 satu titik kecil dari perjalanan masa yang panjang, tetapi bagi orang2 yang beriman, mereka tidak memandang kematian sebagai satu pengakhiran hidup manusia .
Mati itu merupakan satu perhentian untuk kita berpindah dalam perjalanan yang amat jauh, menuju ke sesuatu tempat yang kekal abadi, lalu Allah telah berfirman dalam Al-Quran serta diucapkan kepada orang2 beriman :


".....keselamatan untuk kamu! Kamu telah menjadi orang yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya (syurga) untuk selamanya ."
Az-Zumar:73


Bagi mereka yang tidak beriman, mereka akan merasakan hidup itu segala2nya dan kematian merupakan titik noktah atau penamat hidup, maka mereka ingin menikmati hidup sepuas2nya hingga melupakan apakah tujuan kita diciptakan ? Dari manakah kita datang? Hendak ke mana dan kenapa ? Sayang hidup kita jika dihabiskan begitu sahaja tanpa mengisi dengan amalan2 terhadap Allah. Kita sudah melakuan pinjaman tubuh badan sementara berani pula menggunakannya dengan seburuknya. Maka pulangkanlah kepada-Nya dengan sebaiknya. Hidup itu sementara tetapi mati itu yang pasti, orang2 beriman pasti merasakan satu kenikmatan ketika dia mati dan sudah tidak sabar2 untuk berjumpa dengan Yang Maha Esa lagi Maha Kekal dan serta berpindah ke syurga yang abadi . Moga ditempatkan bersama orang2 beriman, Ameen~



Pernahkah teman2 tahu bahawa pintu taubat Allah sentiasa terbuka? Allah itu baikkk tauuu ~
^^





ard's

Tuesday, December 6, 2011

Iman dan Kehidupan 1#

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
buat pembaca2 yang singgah ke blog ini .
Alhamdullilah ke hadrat illahi kerana-Nya saya diberi peluang untuk menulis lagi di blog ini .

Apa khabar iman kita hari ini ? Sihat ? Cukup makan ?
Jika ya katakan alhamdullilah .
Jika tidak, tidak mengapa Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang, betul tak ?
Kita selalu berkata kita ini beriman kepada-Nya tetapi sejauh manakah keimanan kita pada-Nya dan adakah benar kita beriman kepada-Nya ?
Persoalkan pada diri kita ^^
Koreksi diri kita, apakah IMAN itu sebenarnya ?
Adakah kita faham apa itu IMAN ??




Iman bukanlah semata-mata ucapan dari lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan tentang rukun iman tetapi ia adalah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup.


"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan hari akhir," padahal mereka bukanlah orang-orang yang beriman. (8) Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedari. (9)"
~ Al-Baqarah ~


Iman juga bukanlah semata-mata mengerjakan 'amal dan syi'ar yang biasa dikerjakan oleh orang-orang beriman kerana banyak pula penipu-penipu besar yang pada lahirnya mengerjakan perbuatan baik dan ibadah, sedangkan hati mereka kosong dari rasa kebaikan dan keikhlasan kepada-Nya .


Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
~An-Nisa' : 142~


Manakala yang menjadi asas dan dasar bagi aqidah ialah
  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman dengan nubuwwah (risalah)
  3. Beriman dengan akhirat
Maka apabila kita beriman kepada Allah meliputi bahawa Allah itu ada, Maha Esa dan Sempurna.

Sebenarnya pengertian iman amat luas bukan hanya dari ungkapan mulut kita yang menyatakan kita beriman, sebenarnya ia adalah dari hati kita yang ikhlas, aqidah yang jelas dan berkobar-kobar melaksanakan syariat-Nya serta beriman kepada Allah .

Jadi di sini saya hanya dapat huraikan serba sedikit tentang iman selepas membaca buku ' Iman dan Kehidupan' oleh Allahyarham Fathi Yakan ( Ulama terkemuka ! Moga Allah tempatkan Allahyarham bersama-sama orang soleh)


:Ada kisah di sebalik beriman:

Saya teringat sahabat saya bercerita tentang seorang ustaz di sekolah lamanya di kemboja.

Ustaz itu berkata " Jika sahabat kita memuji barang kita lalu kita terus berikan kepadanya walaupun barang itu kita berharga atau paling sayang, itu tandanya kita beriman . Jika tidak, maka kita masih belum cukup beriman . "

Tiba-tiba telefon bimbit ustaz berbunyi.
Lantas pelajar-pelajar di kelasnya segera berkata kepada ustaz mereka, " Ustaz ! Cantiknya handset ustaz," apabila mereka melihat ustaz mereka memegang telefon bimbit di tangannya .Ustaz terus berkata, " Maaf, saya masih belum cukup beriman. "
Satu kelas tertawa dengan ustaz mereka.

Haha. . .


May Allah bless you everday and forever . :D



a.r.d.'s


 

Template by BloggerCandy.com