Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, August 11, 2012

MARI BELI BUKU KITA..


MARI BELI BUKU KITA..


Asslmkm..
PENGUMUMAN:-

*Buku RAMADHAN 15ZIKR ini akan siap dicetak dan dipasarkan bermula Isnin ini.(INSYA-ALLAH)..

*Sesiapa yang berminat untuk membeli secara terus bolehla brjumpa dgn Iffah Hanna Fikri sndiri.

*Hanya RM5 senaskah-full colour

*Jika anda memerlukan perkhidmatan pengeposan..bolehla meng-PM @ msej @ cntact Aliya Roseli Dol nama anda,no fon dan alamat buku nk dhntar..(Transfer duit kat IFFAH HANNA )

*Charge RM2 bg setiap kiriman..(Dalam MALAYSIA shj.Maaf km xdpt mmbntu mmbuat pghntaran ke luar negara.Kecuali IZZAH HUSNA)

*Barang akan dhntar 1/2 hari selepas hari rabu ini.(Semua order hendaklah dibuat sebelum hari RABU/15 Ogos)-selepas 15 Ogos boleh.tapi tambah lagi seringgit. kos minyak dua-tiga ulg alik.baik order siap2..

*Order dibuka SEKARANG!!

*INGAT!Anda membeli buku ini..Bermakna anda telahpun menyumbang kepada 15ZIKR..CEPAT ORDER!!!!

#####JUMLAH BUKU ADALAH TERHAD!!#####

-p/s:tolong sebar dan hebahkan info ini kpd rakan2 yg lain.. please...

nota tambahan:- kalau nak buat pos skali gus ntuk IPT anda jgak bole.. misalnya, 10 buah buku dhntar kpd wrga 15 zikr di KTD,UIA,USIM etc.. hrga pos RM5 satu kiriman.

>>  BIMB IFFAH HANNA FEKARAY
       09-010-02-058027-5.

>> Atau wang pos
     No8,Lorong Melati 4,Taman Melati Indah,02400 Beseri,Perlis

mklumat lanjut :   - iffahhanna 019-4141503
                            -aliya roseli 011-19723940

Friday, August 3, 2012

Projek Infaq Ramadhan MATRI 1433

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar? Semoga Ramadhan kali ini ditempuh dan dilalui dengan penuh keimanan. Sedar ataupun tidak dah 14 Ramadhan sekarang ni. Macam mana? So far so good? Harapnya begitulah ya, dan masih belum terlambat untuk kita perbaiki Ramadhan kali ini. Apa yang penting masing-masing berusaha mencapai target:)

Bersempena Ramadhan kali ini, suka saya mengajak warga 15zikr untuk menyumbang dana buat MATRI. Moga sumbangan yang kita hulurkan di bulan penuh keberkatan ini diredhai Allah, dan mungkin juga sebagai titik permulaan untuk kita terus istiqamah menghulurkan sumbangan seperti yang pernah kita sepakati sebelum ni.

Siapa yang berminat untuk infaq RM10 atau lebih, boleh la bank-in ke akaun:

No akaun: 08-040-02-007235-2
Bank: BANK ISLAM (BIMB)
Pemegang akauun: NORANI BINTI ABD SHUKOR *cek dulu nama sebelum bank-in

Resit perlu dihantar pada HALIMAHTUN SAADIAH HARUN sama ada dalam bentuk mms @ emel: matun_alisa@yahoo.com. InsyaAllah, akan diperingat dari masa ke semasa agar tidak terlepas peluang ini:)
Mohon agar sumbangan dihulurkan before the end of Ramadhan.


Jom sama-sama contohi batch senior kita nih..hee~


"Orang yang mendermakan hartanya malam dan siang, secara rahsia mahupun terang-terangan itu, akan mendapat balasan (pahala) di sisi Tuhan mereka, tidak ada ketakutan atas mereka serta tidak akan dukacita"
~Al-Baqarah: 274


*Untuk makluman, projek infaq Ramadhan kali ini merupakan hasil KOLABORASI 15gen MATRI.


Wednesday, August 1, 2012

..::Manfaatkan Ramdhan Ini::..

Iklan Bulan Al-Quran Tiada Di Malaysia

Semasa Ramadhan la masa yang kita sepatutnya manfaatkan untuk membaca Al-Quran. Kerana amal semasa bulan mulia ini dilipatgandakan. Moga Allah memberkati Ramadhan ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun sebelumnya.Selain membaca Al-quran kita juga boleh membantu ibu bapa kita dalam melakukan pekerjaan seharian di rumah seperti memasak(dapat belajar banyak resipi baru^^), mengemas rumah, melipat pakaian, mencuci halaman dan sebagainya.

Gambar di'share' dari facebook 


Solat pula boleh di'improve'kan. Jika sebelum ini solat sering dilewat-lewatkan moga-moga bulan ini kita melakukan satu langkah perubahan positif dalam kehidupan kita.Rebutlah peluang ini kerana seperti yang kita telah maklum saat ini syaitan dibelenggu hanya nafsu yang tinggal bersama-sama dengan kita. Bentukkan nafsu kita ke arah kebaikan. Perbanyakkan berdoa kerana Allah rindu mendengar kita memohon pada-Nya.


Gambar hiasan semata-mata (di'share' dari facebook)


Gambar hiasan semata-mata (di'share' dari facebook)
 Gambar hiasan semata-mata (di'share' dari facebook)

Sama-sama kita 'list' kan amalan untuk dilakukan sepanjang Ramadhan ini. Manfaatkan Ramdhan yang setahun sekali.Andaikan ini Ramadhan terakhir kita, sudah tentu kita akan menghargai saat ini sebaik mungkin. Moga Allah berkati Ramadhan tahun ini.

p/s: rindu suasana Ramadhan di matri T_T

posted by_~nurizbah~

Friday, July 27, 2012

Buku Kami

Assalamualaikum wbt,

Sama-sama kita panjatkan rasa syukur dan kasih ke hadrat Allah swt dan tidak lupa kepada Rasullulah saw serta sahabat-sahabat seperjuangan bersama baginda. Moga Allah merahmati mereka ameen ~
Sekarang ini sudah bulan Ramadhan, moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan rebutlah peluang ini selagi mana yang ada kerana kita tidak tahu bahawa  adakah Ramadhan tahun hadapan kita akan bersua lagi ? Maka lakukan sehabis baik untuk Ramadhan kali ini.

Hah ! Sempena Ramadhan ini, kami batch 15 puteri MATRI telah membuat risalah Ramadhan. Just a simple. Actually a book, sebab kami kira2 30 mukasurat *banyak kan ? Takpe untuk satu Ramadhan terus.


Hah ! Inilah muka hadapan buku itu. Mesti tertanya kan buku ni colour ke tak  sebenarnya, sumanya terpulang pada anda la jika ada yang berminat. 


Yang ini pula, isi kandungan. Jadi jika ada sesiapa yang berminat boleh la hantarkan ke emel ako_kagura@yahoo.com atau nuwaira_azzahra@yahoo.co.uk.
Itu sahaja sekian jazakummullahukhairan kepada semua pembaca :)
Doakan kami sebelum berbuka tauu !
Selamat berbuka puasa semua ~






Thursday, July 26, 2012

KHUTBAH RASULULLAH SAW MENJELANG RAMADHAN,




 

Marhaban Yaa Ramadhan...Alhamdulillah Allah izinkan lagi kita memasuki  Ramadhan pada tahun ini. Namun, apakah rasa hati kita dengan ketibaan Ramadhan ini? Adakah biasa-biasa saja, ataupun kita rasa istimewa berada dalam bulan yang penuh barakah ini? Ayuh kita renungkan mutiara-mutiara pesanan Rasulullah saw tentang Ramadhan kepada kita ummat baginda. Moga kita dapat bersama-sama memetik hikmahnya dan segarkan Ramadhan ini sebaiknya.

"Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu,  dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; 
Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya,  ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan  permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat  nanti).

Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya   bersedekah  dengan  seteguk air.

Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin,  yang  pada hari ketika itu, banyak  kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan   pegawai atau pembantunya  atau  hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan  ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
 
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya  pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.   Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama  di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."
Yaa Rabbana,  Allahummarhamna (3x). Allahumma innaka 'afuwwun kareem. Tuhibbul'afwa fa'fu 'anna. amin

Sunday, July 22, 2012

1 ALQURAN,1 RAMADHAN



FORMULA HABISKAN SATU ALQURAN,SATU BULAN..
JOM TRY.. 

1hari = 5solat
1solat = 4ms
30hari = RAMADHAN
5solat x 30hari =150solat
150solat x 4ms=600ms.

614ms = 1 ALQURAN... (tambah 14 ms di msa lapang..atau lbihkan slps solat mgrib..)

1 waktu solat ,4 muka surat AQ shja..!!xbyak pun kn?



 

Template by BloggerCandy.com