Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, January 14, 2012

Menunggu IKHLAS Datang?

Merenung Makna Ikhlas


"Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!"...

...antara ungkapan yang selalu kita dengar apabila kita berat untuk melakukan sesuatu, namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu 'dicantas' dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan.

Hati kita bermonolog, "Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat".

Lalu amal itu kita tinggalkan kerana tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Timbul persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih?

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(At-Taubah:41)

Kewajipan Tetap Kewajipan

Jelas, keberatan atau keringanan kita sedikitpun tidak mengubah syariat sesuatu amal. Jika kita berasa berat untuk solat fardhu, solat fardhu tidak akan berubah menjadi sunat atau ditarik kewajipannya. Bukankah begitu? Did you all got the meaning?


Ertinya ikhlas ataupun tidak, kita tetap perlu melaksanakannya. Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lain seperti berdakwah, berbuat baik kepada ibu bapa, menjaga hubungan sesama jiran tetangga, taat kepada suami, dan lain-lain. Sememangnya berat atau ringan itu akan terdetik di hati kita namun kita tetap perlu melaksanakannya. Jadi, masihkah wajar kita berkata saat ini, "Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat"?

Jalan Menuju Ikhlas

Kadangkala kita suka membuat alasan dengan isu 'tidak ikhlas' sebagai jalan untuk kita lari daripada beramal. Kita sentiasa menunggu ikhlas itu datang sedangkan kita tidak pernah berusaha mencarinya.

Bagaimana mencari ikhlas? Ya, dengan cara kita berusaha mengatasi ketidak-ikhlasan kita. Di peringkat permulaan, mungkin kita masih belum ikhlas sepenuhnya melakukan sesuatu ibadah. Jika kita terus meninggalkannya, adakah mungkin suatu hari kita akan mendapat ikhlas secara tiba-tiba? Mungkin juga...

Ingat, 'mungkin juga' ialah refleksi kepada ketidak-seriusan dalam mendapatkan sesuatu. Namun, jika kita terus konsisten melakukan ibadah tersebut dan berusaha sedaya mungkin mengikhlaskan niat, lama-kelamaan kita akan dikurniakan Allah dengan rasa ikhlas yang tidak ternilai, insya-Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung."
(Al-Ahzab:70-71)

Kita selalu beranggapan bahawa kita perlu benar-benar cukup bekalan dan sempurna sebelum melakukan sesuatu amal atau kerja dakwah di jalan Allah. Lantas kita kaku dan tidak beramal. Sedangkan Allah membawa perspektif bahawa dengan usaha kita melakukan sesuatu amal, Allah akan memperbaiki amal tersebut dan mengampuni dosa kita. Begitu juga dengan ikhlas. Setelah kita berusaha melakukan amal dan cuba mengikhlaskan niat, Allah akan menyediakan ganjaran yang tidak ternilai buat kita. Syaratnya, kita berusaha memperbaharui niat lillahi taala.

Sebelum, Ketika, dan Selepas


Ada orang sudah mengikhlaskan niat sebelum beramal, tetapi ternyata ketika amal itu dilakukan, dia tertipu dengan ramainya orang yang melihat dan mengagumi amalnya. Ada orang melepasi ujian ini dah terus beramal dengan ikhlas, namun setelah itu dia sibuk bercerita tentang amalnya kepada orang lain atas tujuan menunjuk-nunjuk. Atau minimum dia ingin orang lain mendengar tentang amalnya daripada mulut orang yang melihatnya. Bolehkah begitu?

Sesuatu amal itu perlu dijaga kesuciannya sebelum dilakukan, ketika, dan selepas dilaksanakan. Itulah semurni-murni amal yang tidak dicemari dengan ketidak-ikhlasan. Selagi mana kita bermujahadah mengikhlaskan niat tatkala perasaan riya', ujub dan sum'ah terdetik di hati kita, kita masih dikira sebagai seorang mujahid yang akan diganjarkan oleh Allah kelak. Namun, tatkala kita larut dalam perasaan-perasaan mazmumah tadi tanpa sedikitpun upaya menyedarkan diri dan meluruskan niat, kita telah gagal dalam ujian keikhlasan.

*Jom sama-sama berusaha mengikhlaskan niat dalam melakukan semua amalan. Mudah-mudahan amal kita yang banyak ini tidak menjadi debu yang berterbangan di 'sana' kelak!


editted dari blog musafirperjuangan85.blogspot.com

1 comment:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Alhamdulillah. Sangat suka dengan perkongsian ikhlas. Satu perkara yang tidak manusia nampak, tapi mnjadi nilaian Allah dalam menentukan satu-satu amalan itu ditrima atau tidak.

Ok. Minggu ni giliran siapa? Jangan tak update. Haha. Tiba-tiba.

Berharap 'Together with us' mampu bergerak jauh. Amin.

Salam ceria.

 

Template by BloggerCandy.com