Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, December 7, 2012

..::Raikan Cinta::..


               




 




 

Alhamdulillah:)

              
               Tanggal 2 Disember 2012 merupakan detik bersejarah buat ahli 15 Generations kita, Soleha Rafiee bersama suami tercinta, Iqbal Fadhil Bin Ayi kurnia. Ini bukan sekadar cerita mengenai perkahwinan semata-mata bahkan turut mencoretkan kisah perjalanan ke Johor serta aktiviti-aktiviti kami di sana sebagai wakil Batch yang turut memeriahkan majlis ini^^.

                Pada 1 Disember 2012, seramai 9 wakil ‘batch’ dan Salsabila(adik Tasnim Jamil) telah berkumpul di Tasik Bandar Selantan untuk menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan(TBS) ke Larkin, Johor pada pukul 2.15 p.m. Manakala Insyirah bersama Kaamilah bergerak asing. Kumpulan pertama yang sampai di TBS merupakan Maryam Siddiqah bersama Tasnim dan adiknya. Kumpulan kedua wakil daripada USIM-Fatinah,Taqiah,Syahirah dan Izzati Bahran manakala kumpulan terakhir ialah wakil UIA-Basyirah Ritzuan,Iffah Zaaba,-dan KTD-Nasuha. Setelah menempuh berjam-jam perjalanan, pada pukul 8.15 p.m kami tiba di stesen bas Larkin. Tetapi penantian kami belum berakhir di situ, kami terpaksa menunggu selama dua jam sebelum tiba ke destinasi yang ingin dituju dan sempat bertemu dengan Soleha sebentar-baru habis memakai inai.



                               Setelah sampai di rumah yang ditumpangi kami, kami melakukan persediaan hari esok di samping berkongsi-kongsi cerita sesama sendiri setelah lama tidak bertemu (memeriahkan rumah waktu tengah malam).
                Pada keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk menghadiri majlis akad nikah pada sekitar 9.30 a.m. Di sinilah bermulanya debaran bermula. Oh ya, 2 Disember 2012 merupakan hari istimewa buat 2 warga 15gen. Hari ini, Soleha bergelar isteri, dan hari ini juga Tasnim meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 20! (hai, baru nak sambut umur 20 ke Tasnim, kami dah nak masuk 21 tau!^-^)

Sebelum bergerak ke masjid, macam datang beraya pun ada;P






Hantaran dari pihak lelaki.


Usai ijab kabul - still malu2^^

 




Jom makan! Sedap sangat2, even dessert!


Moga berkekalan hingga ke syurga-Nya!

Muka bahagia~ Who's next?


                Bersama ‘mamarazi’ Taqiah dan Maryam Siddiqah, kita dapat melihat gambar-gambar perkahwinan Soleha yang seperti yang telah dimuatkan di ‘Group FB’ (tidak lupa kepada HP Tasnim dan Insyirah^______^ ). Sudah bergelar isteri orang sahabat kita ini. Moga menjadi isteri solehah seperti namanya. Amin…Kami di sana bukan sahaja sebagai tetamu semata-mata tetapi juga turut melancarkan perjalanan majlis dengan membantu apa yang perlu. Pada waktu petang, masing-masing menaiki bas pulang.


p/s: yang ini saja sempat dicoretkan. Maaf kalau ada apa yang tertinggal. Selepas ni siapa pula yang menyusul..^^

Posted by: ~nurizbah~ & amp; ~sfms~

Tuesday, December 4, 2012

The 3rd Marriage:)

2.12.2012 | Ulu Tiram, Johor

"Barakallahulakuma 
wabaraka 'alaikuma 
wa jama'a bainakuma fi khair"

Tahniah buat Soleha & suami, Iqbal Fadhil. Moga baitul muslim yang dibina diredhai dan mendekatkan kalian pada-Nya, Pencipta Cinta



*Just an intro, mungkin yang lain akan buat post panjang( tak tau bila), sebab gambar2 yg banyak ada pd sahibah lain..huhu
*Having a nice trip to Johore with you, girls:)
*Kalau ada yg nak 'join the group' jgn lupa gitau awal2 deh, boleh nak reserve tarikh:P

Sunday, November 18, 2012

Adakah anda orang yang 'BAHAGIA'?



KEBAHAGIAAN
   Kebahagiaan itu merupakan syurga impian, yang dirindukan oleh setiap orang. Daripada ahli fikir yang berada di puncak pemikiran dan renungannya, sehinggalah kepada rakyat biasa yang hidup dalam serba kekurangan dan kesederhanaan. Daripada raja-raja yang bersemayam dalam mahligai dan istana yang indah, hinggalah kepada kaum miskin yang melarat, hanya mendiami tempat tinggal yang kecil, semuanya merindukan kebahagiaan. Pasti tidak ada seorangpun yang menginginkan atau mencari nasib yang malang, dan tidak ada pula yang merasa puas dengan kesengsaraan hidupnya.

  Maka timbullah persoalan, “DI MANAKAH LETAKNYA KEBAHAGIAAN?”

  Banyak orang mencari kebahagiaan, tetapi dicarinya bukan di tempat kebahagiaan itu terletak. Akibatnya, bagai orang mencari mutiara di gurun pasir, lalu pulang dengan tangan yang kosong. Dia pulang hanya membawa kaletihan badan, kekecewaan perasaan, kesal dan putus harapan.

BAHAGIA BUKAN DALAM KEBENDAAN
  
   Sebagai contoh, kita kemukakan di sini apa yang ditulis oleh pemimpin redaksi majalah ‘Ros el Yusuf’, sebuah majalah yang tidak memperhatikan persoalan kerohanian. Tulisan itu berjudul, ‘Penduduk Syurga bukanlah Orang-Orang yang Berbahagia.’ Yang dimaksudkan dengan penduduk itu ialah penduduk negeri Sweden, yang hidupnya dalam tingkat perekonomian yang tinggi. Setiap rakyat Sweden tidak perlu merasa takut dan cemas terhadap kemiskinan, pengangguran dan kesengsaran di hari tua. Pendek kata, mereka hidup dalam keadaan yang cukup serba-serbi. Negara memberikan jaminan yang cukup besar dalam segala keperluan hidup, sehingga bagaimana juapun tidak perlu ada kekhuatiran dalam segala bidang kehidupan kebendaan mereka.
  
Namun anehya, dengan keadaan sedemikian senang, begitu makmur dan selesa, orang-orangnya masih hidup susah, berkeluh-kesah, mengeluh dan kesal serta ada yang sampai berputus asa. Akibatnya banyak yang melarikan diri dari hidup yang dirasanya penuh kesulitan dengan cara membanuh diri. Cara ini digunakan oleh beratus-ratus dan bahkan beribu-ribu orang sebagai jalan keluar dari kesulitan.

IMAN SUMBER KEBAHAGIAAN

   Maka, dapat disimpulkan bahwa bukanlah dengan banyaknya harta, tingginya ilmu pengetahuan dan teknologi yang menjamin kebahagiaan seseorang. Kebahagiaan itu ditemui hanya dengan KEIMANAN. Hanya keimanan yang dapat memancarkan ke dalam hati manusia sumber-sumber kebahagiaan, yang dirindukan oleh setiap orang. Kebahagiaan hanya akan menjadi kenyataan sekiranya wujud ketenangan, ketenteraman, keamanan batin, pengharapan, cita-cita dan kasih sayang. Untuk semua itu, iman yang menjadi sumbernya. Dengan keimanan, maka terciptalah keamanan lahir dan batin. Oleh itu, seharusnya kita menghargai nikmat iman yang telah kita kecapi dan berusaha terus untuk meningkatkannya tanpa rasa jemu dan lelah.

Ingatlah kata-kata Saidina Umar,“Nahnu qaumun a’azzanallah bil Islam, famahna nabtaghi izzah, bi ghairi ma a’azzanallah, azallanallahu. Kita adalah kaum yang hina, KEMUDIAN ALLAH MULIAKAN KITA DENGAN ISLAM, BARANGSIAPA YANG MENCARI KEMULIAAN SELAIN DARI APA YANG ALLAH MULIAKAN KITA, MAKA ALLAH PASTI AKAN MENGHINA KITA.”

   Sebagai kesimpulan, kebahagiaan itu dapat digambarkan bagai sebuah pohon yang rendang. Tempat tumbuhnya ialah jiwa dan hati nurani. Keimanan pada Allah itulah pengairan dan makanannya, menjadi udara dan cahaya yang membantu pertumbauhannya.

Moga bermanfaat. Petikan dari buku ‘Iman dan Kehidupan’, karya Dr. Yusuf al-Qardhawi.

Saturday, November 17, 2012

Jihad kita..


Assalamualaikum WBT.

Selawat dan salam ditujukan buat junjungan besar Rasulullah SAW dan kepada keluarga baginda. 

Hanya perkongsian ringkas atau boleh diistilahkan sekadar peringatan. Isu terkini yang hangat diperkatakan ialah berkenaan  “Siri serangan terbaru Israel secara besar-besaran ke atas Gaza”.

Di sini saya hanya ingin membangkitkan persoalan pada diri kita, sejauh mana kita mengambil berat dan sejauh mana kita berusaha dalam membantu saudara-saudara seIslam kita.

1) SUDAHKAH KITA BERDOA PADA MEREKA?

2) SUDAHKAH KITA MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL?

3) SUDAHKAH KITA  INFAKKAN UNTUK MEREKA?

Jika sudah, marilah kita tingkatkan lagi usaha kita.

Jika belum, masih belum terlambat untuk kita berbuat demikian. 

Dan di sini ingin saya tekankan tentang pemboikotan barang. Rasanya ramai dalam kalangan kita mengetahui akan perkara ini, tetapi mengapa kita masih mampu membutakan mata dan hati kita dengan terus membeli dan menyumbangkan kepada Israel?(Pengecualian pada barangan yang sangat2 penting dan tiada sumber2 lain) Marilah kita sama-sama muhasabah.

"Barangan yang selalu dibeli Nestle, Kit Kat, Maggi, L'Oreal"

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 
“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya” 
(Hadith riwayat Bukhari)

Akhir kata saya menyeru  sama-samalah kita berdoa untuk saudara-saudara kita. Sesungguhnya doa itu senjata mu’min. Selain itu, marilah sama-samalah kita memboikot barangan mereka . Walaupun peratusan untung yang diterima oleh mereka hanya sedikit tetapi tetap memberi kesan yang mendalam pada saudara-saudara kita. 


"McD, Coco Cola, Ralp Lauren"


Segala kebenaran hanya dari Allah dan segala kelemahan dari diri ini. Waallahu'alam.

Wednesday, November 14, 2012

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

sekadar perkongsian...

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.
nukilan : abu umair

Monday, October 29, 2012

KOBAR


Assalamu'alaikum wbt.. Apa khabar warga 15zikr dan semua? Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Dah lama blog ni tak terupdate..-.-
Post kali ni berkenaan program yang akan diadakan tak lama lagi, jemput semua untuk hadir ya. Jom baca sat...

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi.


Menyedari hakikat bahawa kebanyakan pentingnya belia ini dimantapkan fikiran dan akal mereka bagi memenuhi tuntutan ummah, maka program Konvensyen Belia Haluan (KOBAR) telah dirangka untuk memantapkan lagi barisan pelapis dalam memaju perubahan Malaysia kearah yang lebih baik.


KOBAR Menggariskan beberapa Objektif:

1- Memperkasa kesedaran Islam dalam realiti kehidupan belia masa kini.
2- Menjana kekuatan ukhuwah di kalangan belia Islam.
3- Mendedahkan belia kepada isu-isu Islam dalam dan luar negara.
4- Memperkenalkan dan merapatkan hubungan belia dengan HALUAN.


Butir-Butir Program :

1-Tarikh Program : 3-4/11/2012

2-Hari : Sabtu – Ahad

3- Tempat : Pusat Konvensyen KUIS, Bangi.

4
-Yuran Program : RM 50.00

5- Pendaftaran :

Daftar di sini : http://kobar.haluan.org.my/2012/

Join event di sini :https://www.facebook.com/events/269214329848739/?fref=ts


Sebarang maklumat yang tidak jelas boleh hubungi Pihak Penganjur. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, dan memelihara perjalanan kita, serta memberi kelapangan waktu serta keterbukaan hati kepada kita untuk menerima sebanyak mungkin ilmu dan mutiara yang akan kita dapati di sana. InsyaAllah. ^__^. Akhir kalam, semoga dengan saling mencintai kerana Allah akan menjadi sebab untuk kita semua mendapat cinta Allah & RasulNYA dan bertemu di syurgawi.


*Boleh disebarkan kepada sesiapa yang berminat.

*oh ya, antara penyampai yang akan hadir guru2 kita juga-Sir Abdoh, Ustaz Muhtad, Sir Rosdi pun ada! ;)

Moga hujung minggu kita terisi dengan hal2 yang bermanfaat dan diredhai Allah! Jumpa di sana, insyaAllah.


Sunday, September 9, 2012

SEMESTER BARU

Assalamualaikum WBT,


Lamanya blog ni tak di'update', dah bersawang jugalah kan. Apa-apa pun di harapkan para pengunjung blog ini dan warga 15 zikr sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT. Sekarang dah bulan 9 jadi ini petanda permulaan semester baru untuk pelajar-pelajar yang ambil degree di Malaysia. Jadi di sini, mari kita sama-sama cuba buat checklist beberapa perkara sebelum memulakan semester baru;



Checklist

1)Post-mortem previous semester   


2)Target & goal untuk semester baru

  • Aspek study
  • Aspek DnT

3)Tajdid niat


4)Perancangan untuk target & goal


5)Doa


6)Restu ibu bapa


7)Tahap keimanan


Yang ni short checklist je, banyak lagi yang boleh ditambah. Jom sama-sama kita tingkatkan diri kita ke arah yang lebih baik.


Diri,
Engkau berharga,
Maralah ke hadapan,
Ke arah pembaikan,
Agar kau berdiri megah di sana,
Dengan gunungan amal dan bakti,
Lautan ilmu dan budi,
Demi agama tercinta ini,
Haruslah diri,
Jadikan ayat ini realiti,
Dalam lingkungan diari hidupmu,
al-islamu ya'lu wa la yu'la 'alaih,
Kuatkan azam,
Semarakkan tekad,
Tajdidkan niat,
Moga redha Allah mengiringi bersama,
Hingga ke syurga firdausi.



Yang baik semuanya dari Allah SWT. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua.



 

Template by BloggerCandy.com