Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Tuesday, August 16, 2011

HINDUISM


Assalamualaikum w.b.t. Setinggi-tingginya saya merafakkan kesyukuran pada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk menghirup udara kurniaan-Nya walaupun amal kebaikan saya tidak mampu membayar hatta satu molukule udara sekalipun..sebelum tinta yang pendek lansung menjadi panjang, saya memohon keampunan dari-Nya jika tulisan ini tidak mampu membawa sebarang manfaat.

Kali ini saya kehabisan idea untuk menulis. Tapi sebenarnya setiap kali jari ini hendak menekan di keyboard, semua idea hilang begitu saja. Tapi bagi saya itu perkara biasa, saya bukanlah penulis professional. Sekadar menulis untuk berkongsi terutama dengan sahibah2 15 zikr. Harap kalian dapat beroleh sesuatu dari tulisan saya. Eem… Apa ye yang nak tulis?? Kalau saya hendak menulis tentang rindu terhadap sahibah2 saya ini, rasanya kalian juga sudah jemu mendengar luahan rasa rindu dari saya. Jika hendak bercerita tentang cinta, sudah semestinya saya bukan orang yang pantas untuk berbicara mengenainya. Jika hendak berbicara soal politik, saya juga bukan orang yang sesuai untuk berbincang tentangnya. Kalian ada sebarang idea untuk saya?? Kalau ada bolehlah kalian sms atau call..Boleh juga sambil menyelam minum air. Dapat mendengar suara-suara sahibah sefikrah.

Mungkin saya boleh berkongsi dengan kalian tentang subjek yang saya pelajari di cfs iium ini. Walaupun saya bukanlah seorang yang pakar dalam subjek ini, mugkin kita boleh mengetahui perkara asas sahaja. Subjek yang saya pelajari ialah Religions In Malaysia.Saya ingin kongsikan tentang agama Hindu.


shiva + parvati = ganesha

HINDUISM

Tahukah anda penganut Hindu mempunyai lebih dari 300 000 tuhan?

Mereka mengamalkan polytheistic religion, iaitu mempercayai lebih dari 1 tuhan.

Disebabkan tuhan/dewa mereka terlampau banyak, tuhan-tuhan ini perlu membentuk hierarchy mereka tersendiri.

Di dalam Hinduism, setiap tuhan mempunyai keluarga. Tuhan lelaki(god) akan berkahwin dengan tuhan perempuan(goddess) dan mendapat anak yang juga merupakan tuhan.(god son)

Sebagai contoh Shiva+Pavarti/Durga/ Kali mendapat anak bernama Ganesha.

Hinduism juga boleh ditafsirkan sebagai henoteistic religion, iaitu penghambaan pada satu tuhan tetapi masih menerima kewujudan tuhan-tuhan yang lain.

HINDU MEMPERCAYAI SATU TUHAN.
Sebenarnya, di dalam Hinduism hanya terdapat satu tuhan iaitu Brahman.


Brahman merupakan ‘eternal origin’ yang merupakan penyebab dan asas kepada semua kewujudan.

Dalam bahasa yang mudah, dari Brahmanlah semua benda terwujud.

Brahman mempunyai dua aspek yang berlawanan, 1)saguna Brahman dan 2) nirguna Brahman.


Saguna Brahman adalah aspek yang boleh dibincangkan, mempunyai sifat dan kriteria.
Manakala, nirguna Brahman adalah aspek yang tidak boleh dibincangkan, yang tidak diketahui sifat dan criteria.


Melalui aspek saguna Brahman inilah terhasil tuhan-tuhan di dalam Hinduism. Tuhan-tuhan di dalam Hinduism merupakan hasil transformasi Brahman melalui aspek saguna Brahman.


Dalam perkataan yang lain, tuhan-tuhan ini merupakn Brahman yang telah bertukar kepada bentuk yang lain. Mereka dihantar untuk membantu manusia untuk mencari tuhan yang paling berkuasa, tuhan alam sejagat ini, Brahman.

Sebenarnya apa yang saya tulis ini hanyalah perkara yang paling asas di dalam Hinduism. Belum termasuk doktrin-doktrin asas di dalam Hinduism. Sengaja mahu berkongsi kerana saya agak teruja apabila pertama kali belajar mengenai Hinduism. Yang pertama mereka mempunyai begitu banyak tuhan sehinggakan penganutnya sendiri tidak mengenali tuhan-tuhan mereka. Yang kedua, mereka boleh memilih untuk menjadi penganut mana-mana tuhan yang mereka mahu. Yang ketiga, mereka juga mempercayai satu tuhan yang paling berkuasa. Dan apa-apa juga perkara yang mereka lakukan adalah untuk memastikan dapat bersatu dengan tuhan(Brahman) mereka.(moksha)

Memang secara keseluruhannya Hinduism bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila kita mempelajari ajaran mereka, kita dapati begitu banyak pertentangan dari sudut fitrah kita sebagai manusia dan konsep tuhan yang mereka kemukakan tidak dapat diterima logic akal. Sepatutnya apabila disebut tuhan, yang perlu bermain dalam fikiran kita adalah satu zat yang tidak ada tolak bandingnya, yang begitu berkuasa, yang tidak memerlukan bantuan yang lain dalam menguruskan sebarang benda. Yang sama-sekali tidak boleh sama dengan ciptaan-Nya yang banyak kelemahan. Jika kita melihat pada gambar-gambar tuhan di dalam Hinduism, tuhan mereka menyerupai manusia Cuma ditambah bilangan kepala, tangan dan sebagainya.

Apabila mempelajari Hinduism, dan mengetahui kepincangannya bertambah rasa kagum saya terhadap kesempurnaan deen(Islam) kita. Ajarannya, tidak berlawanan dengan fitrah kita sebagai manusia, dan konsep ilah yang dibawa tidak berlawanan dengan akal, bahawasanya perlu ada ‘satu benda’ yang mengawal, mencipta dan menguruskan alam jagat ini. Dan figure untuk ‘satu benda’/ tuhan ini perlulah maha berkuasa dan melebihi atas segala-galanya.
Mungkin hanya setakat ini tarian jari saya di atas keyboard ini. Sebelum tu, mohon maaf sebab ada percampuran bahasa sikit dalam tulisan saya. Tak tau perkataan apa yang sesuai apabila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Segala yang baik manfaatkanlah dan segala kekurangan saya mohon keampunan pada Allah.

P/S : Teringat dah pernah belajar Hinduism time Kem Jati Diri, tapi dah lupa + mengantuk ketika penyampaian disampaikan. Rasa rugi terlepas ilmu yang begitu berharga. Doakan saya faham subjek ni..Sekarang ni dah hampir habis bab Buddhism dan selepas ini Sikhism and Christianity.


Posted by: Zahra

_- Manisnya-_







“Aisey,geramnya. Yang ‘simple’ tu pun tak boleh nak buat. Bengang sangat-sangat ni,” getus hati kecil seorang insan pada suatu hari.


Selama bercuti dan berbakti di satu tempat mendidik kanak-kanak, rasa sangat-sangat kesabaran itu diuji. Rasa macam nak ‘give up’ walaupun baru masuk hari kedua berbakti di situ. Tapi, setelah melalui suasana sebegitu setelah hampir 2 bulan lebih baru lah diri ini boleh ‘adapt’ dengan suasana mendidik kanak-kanak yang umpama kain putih yang menanti dicorak untuk ditetapkan hala tuju kehidupan masa akan datang. Betapa suci dan ‘innocent’ nya mereka. Di sinilah terujinya KESABARAN yang selalu diperkatakan. Betapa penat menguruskan keaktifan kanak-kanak,telatah dan kata-kata yang menguji kesabaran. Mereka tidak bersalah melakukan serta menuturkan kata-kata yang yang menyimbah minyak yang menyebabkan maraknya api kemarahan. Tugas kitalah membetulkan segalanya, menceritakan agar mereka memahami sebab mereka tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu. Di situ jugalah kesabaran memain peranan penting. Menjadi pendidik untuk kanak-kanak memerlukan kesabaran yang tinggi.


Marah? Boleh nak marah tapi kalau mampu tahan lagi indah ditambahkan pula dengan elemen sabar hasilnya menakjubkan. Sabar. Perkataan yang melambangkan sifat mulia yang kalau boleh semua yang bergelar insan inginkannya. Tapi nakkannya itulah memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Kesabaran itu indah...nak sabar itu yang susah..betul kan?


[الصبر من الإيمان]

Macam-macam benda yang nak kena sabar-nak makan kena sabar,nak ibadah kena sabar,nak layan karenah manusia kena sabar,nak jadi orang baik kena sabar,nak bekerja atau belajar kena sabar,nak mengajak ke arah kebaikan kena sabar


{إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ {3 (surah al-asr)


nak ‘maintain’ berada atas jalan yang diredhainya pun kena sabar..Segala ruang lingkup kehidupan memerlukan kesabaran.Oleh itu, menjadi tanggungjawab kitalah untuk mendidik diri menjadi insan yang sabar.


p/s:Berapa fasa Ramadhan Kareem dah berlalu?Sama-sama kita renungkan...^^



posted by: nurizbah

Saturday, August 13, 2011

"abang,tunggu mak di syurga ya"

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

alt


p/s:saja nak kongsi..sangat2 tersentuh..^^...supaya ada pengajaran di sebalik kisah ini......copy dr i luv islam.....

~ ib_.. only coz ALLAH..~^^..

Sunday, August 7, 2011

Newsletter of Ramadhan



Did you remember the buletin of Ramadhan when we were in form 4 ? haha . And now i made it again ! Let me share with you guys ! But it cant be seen .

page 1



page 2 and 3


page 4 and 5



page 6 and 7



page 8 and 9



page 10 and 11



page 12




Well done ! I think these will be much benefit for you ~
If there is someone interesting with this buletin , you can contact us in fb or iffah's num .
Ok guys , I think this is much enough for this posting right ?
Alhamdullilah , my gratitude to Him, my exco team and all to those who had been helped me for finishing this buletin , Thanks guys ! For ya information , next week will be the BIG event for me and Iffah , so I need your du'a guys ! Pray for us .

EFFORT + TAWAKKAL + DU'A

Chaiyok2 ! Fightin2 ! Hamsah2 !

:)


Friday, August 5, 2011

Bebaskan dirimu dari maksiat~

~Maksiat mewariskan kehinaan~


Assalamualaikum dan salam semerdu kicauan burung di syurga.Insya-Allah.Sebelum jala madah bicara mulai ditebar,saya ingin memohon maaf kepada semua krew 15 zikr.Sungguh saya lupa akan 'tugas kecil' yang perlu dilaksanakan hanya sekali ini dalam sebulan.Sorry ya~..


Tertarik dengan kata-kata,


                          "Sesungguhnya kemulian itu terletak kepada ketaatan kepada Allah".


Melalui kata-kata di atas,jelaslah bahawa jika ingin melihat akan kemulian,lihatlah akan ketaatan dirinya dengan penciptanya.Mulia disini bukanlah bermaksud kerabat-kerabat tertentu,tapi mulia disini dilihat melalui perwatakkanya,ibadahnya,akhlak dan luhur budinya itu sendiri.Orang yang mulia hatinya,selalu disayangi orang.


Oleh kerana itu,orang yang menginginkan kemuliaan haruslah mencari titik permulaan jalan taat dan patuh kepada Allah SWT,sebab kemuliaan tidak mungkin akan diperolehi kecuali dengan ketaatan kepada Allah.

                  "Mengkehendaki kemuliaan maka kemuliaan itu milik Allah seluruhnya"
          (QS.Al-Fathir:10)                                      




Disini saya sertakan sedikit doa dari sebahagian salaf yang bermaksud,


"Ya Allah,muliakanlah hamba dengan ketaatan kepadaMu,dan janganlah Engkau merendahkan hamba dengan kemaksiatanMu"




Hasan Basri mengatakan,
"Bagaimanapun keadaanya,sesungguhnya kerendahan dan kehinaan tidak akan pernah berpisah daripada hati mereka.Allah tidak suka merendahkan manusia kecuali yang melanggar perintahNya.


Kulihat dosa-dosa membunuh relung,
dosa telah mewariskan hina,
meninggalkannya bermakna menghidupkan jiwa,
sebaik-baiknya bagi dirimu adalah meninggalkannya.


Alhamdulillah,saya harap para pembaca memperolehi sesuatu,yang layak saya samakan sebagai 'buah tangan' dari laman ini.Segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri manakala yang baik datangnya dari Allah.tapi,hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah.


Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

ayuh para readers bebaskan diri kita dari dibelenggu kemaksiatan!

Selamat menjalani ibadah puasa ya!

Monday, August 1, 2011

I'm yours


Dah masuk ramadhan ke-2...
minta maaf sangat-sangat sebab lambat nak post kat blog bak kata ruzie internet lambat macam siput pastu skunk ni sibuk dengan prog. hmmm maaf ye kawan2.
Tak perlu nak bermukadimmah panjang-panjang so, nak mula ni.. "saya adalah kepunyaan kamu" Seorang sahabat yang baik adalah sahabat yang sanggup terjun ke neraka jika kamu jatuh ke dalamnya, dia akan menarik kamu dan beriringan hingga ke syurga.

JOM BERSAHABAT SAMPAI SYURGA

Jom bersahabat sampai syurga, sebab teringin sangat nak masuk syurga dengan sahibah yang di sayangi kerana Allah. Sayangi bila bersama, berputik rindu bila tiada.. bersama sahibah-sahibah memang menghangatkan tidak kira berapa lama kita berpisah. Bertemu kembali seolah-olah masih muda remaja sedangkan diri meningkat dewasa. Kadang-kadang berkawan rasa seronok tidak tahu tujuan tidak tahu apa yang dikerjakan bersama, tidak tahu apa yang dikejarkan bersama tapi tahu pasti ada akhirnya.. tapi kita semua tahu apa tujuan kita bersahabat kan? bertemu kita kerana Allah, bertemu kita dengan tarbiyah tapi kita tidak akan terpisah kerana kita bersahabat sampai syurga bersahabat selamanya itulah dia bersahabat kerana Allah. Walaupun kita sekarang terpisah tapi tarbiyah mengikat kita semua.

Saya adalah milik kamu, jom masuk syurga sama-sama.Mereka yang akan masuk syurga adalah sahabat yang saling menyayangi kerana Allah. Kita semua ada teman yang istimewa di seluruh dunia mereka berada di mana-mana. Jom kita sama-sama membina kekuatan cinta dan sayang di antara kita semua semula untuk kita bersama-sama beriringan hingga ke syurga. Jadi kat sini saya nak ajak korang semua supaya kita boleh bersahabat sampai syurga. Jangan lupa kengkawan kitra yang semakin jauh dengan kita jangan biarkan mereka tersing dari hidup kita kerana mereka perlukan kita untuk membantu mereka. so, kena ada rasa tanggungjawab untuk saling sayang menyayangi, betul tak?Kerana apa? Kerana ‘I’m yours’

" Saya adalah kepunyaan kamu"

Doa bersama Ust Hadi..






jangan lupa baca doa Ramadhan yang ust hadi ajaq dulu tauu.






Asslmkm....

Aiiipp................wat pa tu????Ya Allaaaahhh..kalau x puasa pun,makan la sorok2..ne sampai melekat cabai kat gigi ..kantoi aa..wat malu jaa..Neh,, yang Syahirah Farhanah tu,,coklat kat tudung...mesti makan lam tandas tadi enn??Hmmm..Syahirah2..


Opss!!Rasanya dah sempat bermuqaddimah panjAng2..




Cumaaa..nak sama2 ngajak kawan2ku yang disayangi+rindui sekalian....Jom la kita ngorat kekasih kita "RAMADHAN" sampai dia jatuh hati kat kita.Sedih ott kalau dia berlalu nanti macam tu kosooong jaa..Belum tentu dia nak melamar kita lagi sekali...BELUM TENTU WEH..Cuba kita tackle dia abes abesan kali ni...Banyakkan bagi adiah yang dia suka..Solat Tarawih..Baca+Tadabbur AlQuran..Solat malam..Muhasabah.."KURANGKAN MENGUMPAT"(selama ne banyak ngat en?), kurang kann mengarut,merapu...buat lawak ntah apa2..(terutama iffah hanna tuu-wlaupn pd dia xlwk pun)..kurangkan juga wat mksiat2 yg salu dok wat tuuh..





"يَا بَاغِيَ الشَّر إقْصِر"





Apa tah maksud dia??Alamak lupaa laa..ust hadi bru ja crita tadi..Lebih kurang "wahai org yg salu wat jahat,kurangkanlah!"...





mmm...xboleh nak ngomong banyak neee...nak kena masuk asrama malam ne...Jadi pelajar asrama la sya lepas ne yee..





Tu ja lahh.. sma2 kita wat nooo...





"Laki prempuan serupa noo..Tak mau ada yang tuang.."-ingta x ayat sapa??





Lastly..





jOm baca sama2 doa yg ust hadi dok ajaq kita dulu.....








"Baik,,kita baca sama2 noo..ikut ust baca,laki prempuan serupaa..Ikut!Jangan dok ada yang buat kedai kopi kat belakang....





أشهد أن لا إله إلا الله نستغفر الله اللهم إنا نسألك الجنة و نعوذ بك من سختك والنار اللهم عفو كريم تحب العفو





فاعفوا عنا وعن والدينا و لجميع المسلمين والمسلمات الأحيإ منهم و الأموات برحمتك يا ارحم الراحمين





kita baca tiap hari noo.."-Ustaz hadi osman..setiap tahun....











Setakat ni sahaja....sekian dari saya...





Asslmkm w.b.t













borang mutaba`ah ramadhan..nak ,boleh print..sory xsmpat nak rotate..
 

Template by BloggerCandy.com