Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, June 29, 2011

buat kita dan juga anda

Rehat bagi seseorang khalifah itu adalah satu kelalaian..
dan krn itu,jiwa seseorg hamba itu harus d penuhi dgn ingatan padaNYA dgn sebanyak2nya walau jasad tidak lg b maya..
REDHA ITU SUKAR KRN MAHARNYA BERGALANG SYURGA..
KEJAYAAN ITU PERIT KRN KORBANNYA MASA DAN TENAGA.. 
iNsAn YaNg S0lEh @ s0LeHAh TeRsEnYuM dAlAm KesUsAhAn...
MeNdaPat kEkUaTaN MeLalUi d0A... 
MeNenAngKan HaTi mElAlUi iSTigHFar & mENdiDiK diRi deNGan S0laT yAnG kHuSuK..
iNgAtlaH AllAh DalAm SeTiaP laNgKahmu.

Sunday, June 26, 2011

jika dan jika

SAHABAT,

jika hari ini aku terlalu gembira,

sedarkanlah aku dengan amaran Allah,

jika aku bersedih tanpa kata,

pujuklah aku dengan tarbiyah Allah,

jikaku lemah tak berdaya,

ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,

jika ada antara kita tembok yang memisahkan,

ajaklah aku meleraikannya,

jika hatimu yang terluka,

luahkanlah agar aku berubah,

dan jika aku lena tanpa jaga,

iringilah lenaku dengan kalungan doa..

Friday, June 17, 2011

Cerita Hati



Hati,
Kau selalu berkocak,
Diamuk resah,
Badai apakah yang melanda?
Puaka apakah yang menghantui?

Hati,
Mengapa sering terdengar bisikan
Baiknya sikit,
Mungkarnya menguasai.

Hati,
Bisakah kau menangkis?
Atau dibawa arus mengikuti
Kuatkah kau melawan?
Pujukkan dengan kalimah tuhan,
JanjiNya pasti dipatri.

Hati,
Penguasa diri,
Sentiasa perlu ditimbangi,
Pilihan mana ke syurga,
Hasutan mana ke neraka.

Hati,
Istiqamahlah engkau,
Di persada perjuangan,
Biar nafsumu disakiti,
Selagi bertepatan syar’ie.

Hati,
Ingat sentiasa janji ilahi,
Agar kau terpujuk,
Teruskan mujahadahmu,
Biar kau dan aku menapak di Firdausi.

Sunday, June 12, 2011

Quote for the day




Life is a test,
Islam is the Best,
Prayer is a must,
Akhirat is for rest,
the world is only dust,
if Al-Quran is in the chest,
nothing needs next,
obey Allah first,
success will be next..


~Husna Romazi , Syria ~

tentang sahabat


sahabat yang beriman ibarat matahari 
yang menyinari semesta alam, 
sahabat yang setia ibarat wangian 
yang mengharumkan si pemakai, 
sahabat sejati ibarat pendorong impian
untuk mencapai kejayaan, 
sahabat berhati mulia ibarat penyuluh
membawa ke jalan Allah.

Menghayati Manisnya Ukhwah


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kasih dan rahmat-Nya kita masih berpeluang menikmati kehidupan yang sementara cuma. Moga kita menggunakan nikmat yang dikurniakan dengan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Dia yang menciptakan kita.

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah tanggal 11-12 Jun 2011, beberapa orang ahli 15zikr berkampung di KTD. Mengubat rindu lah katakan… Apapun, bertemu berpisah kita kerana Allah. Banyak juga perkara yang dibincangkan. Ada juga perkara yang nak dihebahkan di sini, perhatian untuk semua ahli 15zikr.

Mesti semua tertanyakan? Program apa…siapa yang kendalikan…untuk apa…etc2..


PROGRAM : Program Penyelarasan Generasi 15 MATRI

TARIKH : 10-11 JUN 2011

TEMPAT :KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM

TEMA : Menghayati Manisnya Ukhwah

OBJEKTIF :

1) Untuk mengeratkan ukhwah dan tautan hati sesama ahli

2) Membina dan menyuntik kesedaran terhadap tugas dan peranan sebagai sahabat

3) Perbincangan gerak kerja untuk ahli batch agar tersusun dan sistematik


Program yang dijalankan di KTD ni dihadiri 16 orang sahibah

  1. Fatimah Zahra
  2. Basyirah Ritzuan
  3. Aliya Roseli
  4. Syahirah Farhanah
  5. Nadhirah Rubani
  6. Iffah Hanna
  7. Halimahtun
  8. Syuhada Safurah
  9. Nasuha Naim
  10. Aniqah Syafifah
  11. Iman Zainal Abidin
  12. Fatinah
  13. Naiemah
  14. Izzah Athirah
  15. Aisyah Nadhira
  16. Fatin Nabila

Makan yok !


Mind Setting bersama Kak Izzah Zaaba



Pembentangan dilakukan oleh Fatin Nabila wakil Exco Teknikal dan Logistik


Perbincangan kumpulan kecil


Kalimah Akhirah bersama Sir Rushdi


Exchange Hadiah Bersama Sahibah2

Selain tu, Sofiah dan Izzah Firdaus pun join juga. Kawan-kawan KTD yang lain pun dijemput, tapi mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka tak dapat nak ikut serta program ni. Harap juga ya sahibah-sahibah yang dikasihi tak terasa hati. Kot-kot la ada yang rasa tak dijemput ke, apa ke…

Apa-apapun, kami datang dengan penuh harapan dapat ketemu sama kalian ya di KTD , hajatnya kami nak surprise sahibah2 di sana seperti Subaihah , Sarah , Sakinah Nasir , Mushi , Aqilah dan lain2 tapi kami tak sempat jumpa Mushi dan Aqilah(cuti sem) :'(, maaf juga kalau kami ada salah dan silap atau terkasar bahasa . Walaupun sebentar hanya beberapa minit , pertemuan kita amat bernilai untuk melepas kerinduan kami . Rasa tenang dan sejuk berjumpa kalian , maaf kami tidak sempat untuk membeli buah tangan buat kalian . Kami telah membuat perjumpaan (bukan la reunion untuk bermain2 hanya perbincangan secara formal) yang kami buat ni pun sebenarnya untuk nak selaraskan ataupun nak sistematikkan gerak kerja dalam batch untuk penerusan dakwah dan tarbiyah. Kami teringin juga mengajak kalian secara beramai2 tapi atas sebab2 tertentu kami tidak dapat mengelakkan oleh itu maafkan kami :( . MAAF sahibah2 .

Antara program yang dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti untuk ahli batch generasi 15 yang pernah belajar di MATRI walaupun sebentar . Reunion, rehlah mengikut zon, jualan kutip dana untuk kebajikan kawan kita, penerbitan risalah (InsyaAllah semua akan dapat-walau kena pos) etc2 . Nama2 kalian juga akan dibahagi2kan kepada exco2 tertentu . InsyaAllah kami akan informkan siapakah bertuah untuk menjadi ahli2 exco yang berikut iaitu Exco Dakwah dan Tarbiyah , Exco Perancang dan Pelaksana , Exco Penerbitan , Exco Teknikal dan Logistik , Exco Informasi dan Perhubungan , Exco Ekonomi serta Exco Blogger dan Facebook . InsyaAllah semua akan terlibat dan akan diperjelas apa tugas2 yang harus dilakukan (maybe kami akan call kalian) .

Jadi, kat sini nak minta PERHATIAN 15ZIKR untuk sumbangkan (aka yuran) RM10 setahun kepada batch kita. Bayar pada Nasuha Naim tau. WAJIB. Lagipun sebahagian dari duit tu akan disumbangkan pada MATRI. Tidak salahkan jika kita melabur saham di akhirat kan sahibah2 ana kasihi ? Malah Allah akan bagi yang berlipat ganda dari tu . Anda percaya atau tidak ? Kerana the choice is in your hand ! Ustaz Hadi selalu berkata time kelas , perhimpunan , PLM dan sebagainya untuk melaburka duit kalian pada bumi wakafan itu , kalau pelajar2 boleh beri RM5 kepada MATRI , ia amat membantu MATRI . Apa salahnya jika kita bantu MATRI sedangkan dulu MATRI bantu kita menjadi insan rabbani ? Betul tak ? Tepuk dada tanyalah iman kalian . InsyaAllah nombor akaun akan diberitahu kemudian. Sebarang aktiviti yang akan dilaksanakan akan dihebahkan kemudian. Tapi, buat masa ni tak ada apa-apa lagi la. Sama2 kita gerakkan dan berjuang bersama2 kerna kita merupakan pewaris warisantul anbiya ' bukan ? ^_^ Allahu’alam.


P/S:-Sungguh aku mencintai sahabat2ku kerana Allah lilahi Taala , lantas aku wajib untukku membawanya ke syurga bersama2 agar kita jadi member akhirat bersama . Allah sentiasa bersama kita kan ? :)

Friday, May 20, 2011

BITTAUFIQ WA NAJJAH

~semoga berjaya sahabat-sahabatku~

بسم الله الرحمن الرحيم

IN THE NAME OF ALLAH

THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL


Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah segala puji dan pujian dirafakkan ke hadrat Rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, rasul dakwah dan tarbiyah. Setinggi-tinggi syukur dipanjat ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya masih dapat menitipkan sedikit tinta yang lahir dari hati yang serba kekurangan ini.

Musim peperiksaan akan bermula tidak lama lagi bagi mereka yang menuntut di KTD untuk kursus bawah UTM. Antara senarai nama 15 zikr yang bakal menempuh peperiksaan tidak lama lagi ialah:

1. Halimahtun ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun )

2. Subaihah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )

3. Nasuha (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )

4. Safiyyah (Lepasan Matri '09,Kos Akaun )

5. Sofiah (Lepasan Matri '08, Kos Multimedia)

6. Aisyah Zaini (Lepasan Matri '09,Kos Pengurusan Teknologi)

7. Sakinah Nasir ( Lepasan Matri '06, Kos Akaun)

8. Izzah Athirah ( Lepasan Matri '09,Kos Akaun)

9. Izzah Firdaus (Lepasan Matri '09,Kos Akaun)

10. Sakinah Sidi (Lepasan Matri '10,Kos Akaun)

Pertama-tamanya, ingatkan diri untuk sentiasa betulkan niat dalam setiap amalan. InsyaAllah, akan dipermudahkan oleh-Nya. ^^

Renungilah dan katakan kepada diri di dalam hati:

“Ya Allah, sesungguhnya aku belajar in hanya kerana-Mu dan hajatkan keredhaan-Mu”

Dan bisiklah dalam hati sendiri,

“Ya Allah, sesungguhnya aku menduduki peperiksaan ini kerana-Mu dan bantulah aku dalam menghadapinya.”

Saya petik renungan ini dalam majalah HALUAN (edisi khas 2010). Semoga bermanfaat.

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kalian. Bekalan untuk kalian, doa dipermudahkan urusan:

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا

Maksudnya:

“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau menjadikan mudah. Dan tiada kedukaan melainkan Engkau yang menghilangkannya.”

Jangan lupa jaga hubungan dengan Allah(HDA), hubungan dengan manusia, usaha dan tawakal kepada Allah.

Akhir kata, bittaufiq wa najjah. Do the best! Saya mohon maaf jika perkongsian ini tidak sampai pada hati-hati kalian. Apa-apa pun moga berjaya di dunia dan akhirat. Sayang kalian kerana Allah. ^_^

By: http://wafazinnirah92.blogspot.com

(Fatin Nabila Bt Sharul Azimin)

20 Mei 2011

-Kota Bharu, Kelantan-

 

Template by BloggerCandy.com