Selawat dan salam atas junjungan ke atas Rasulullah serta sahabat2 beliau yang mana tidak pernah putus cinta mereka kepada Rabbul Alamin , moga Allah pelihara mereka dan kita di jalan-Nya.
Salam cinta buat pembaca sekalian,
Apa khabar teman-teman? Iman sihat? Moga ia sentiasa maksima berbanding yang terdahulu.
Sebut tentang iman kita, sudah tentu solat menjadi isu utama untuk tingkatkan iman kita dan bukan setakat solat sahaja, tetapi kekhusyukan jugak merupakan aspek yang penting untuk menentukan tahap keimanan kita. Tapi di sini saya hanya akan menyentuh tentang Subuh, Subuh kita :)
Umur sudah makin bertambah, adakah iman kita juga makin bertambah atau berkurang? *muhasabah*
Umur kita ni sepatutnya sudah excellent bab2 solat, ye la, solat tak pernah tinggal, solat on time dan tak perlu disuruh untuk solat, sudah tahu tanggungjawab masing2. Tapi mostly kita kecundang untuk solat Subuh kerana apa? Kita selalu stay up dan tidur lewat untuk siapkan assignment, (pelajar universiti especially) sakit dan sebagainya tapi itu bukanlah penghalang UTAMA dan ini adalah hanya alasan yang TAK relevan. Berbalik pada diri kita, kita agak berat untuk bangun menunaikan solat Subuh yang hanya 2 rakaat, tak banyak pon Allah minta, hanya 2 RAKAAT! dan hal ini kenapa? Kerana kepekatan dosa kita ~
"Bukan sakit atau letih yang menghalang kamu bangun awal untuk Subuh, tetapi dosa yang pekat di hatimu itulah yang menjadi penghalang."
Akhi Afdholul Rahman
Ya. Benar, kerana kepekatan dosa kita. Waktu Subuh merupakan ujian kepada segala kekuatan dan di situlah kekuatan umat Islam yang dapat diperoleh pada waktu Subuh. Dan pada waktu inilah, syaitan berusaha untuk menewaskan kita untuk memperoleh kekuatan mukmin dengan dakapan erat, bisikan di samping bantal yang empuk dan selimut yang hangat. Oleh itu, ayuh kita bebaskan dari dakapan erat syaitan itu dengan mengambil wudhu sebelum bermunajat kepada Allah. Inilah kekuatan luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan yang tinggi.
Where is the will, there is the way~
"Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya."
iluvislam.com
Solat Subuh merupakan aset yang penting untuk meraih kemenangan mereka dalam peperangan ketika itu malah bertahajud untuk meminta kemenangan itu daripada Pemberi Kemenangan yang Hakiki , apatah lagi kita yang hamba kerdil lagi hina yang tidak ada tanggungjawab fisabillilah iaitu BELAJAR? Tambah-tambah lagi pelajar yang mengambil bidang agama seperti syariah, pejuang Islam tetapi solat Subuh masih tidak terjaga, bagaimana nak jaga umat nanti? Oleh itu, titikberatkan Subuh kita ~
No comments:
Post a Comment