Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, July 4, 2012

Sahabat yang bagaimana kita inginkan


Assalamualaikum w.b.t  diucapkan kepada sidang pembaca. Selawat dan salam ditujukan buat baginda Rasulullah s.a.w dan ahli keluarga baginda.

Sudah agak lama saya tidak menulis entry di blog ini. Terasa jari-jari ini sedikit kekok untuk menyusun kata. Walau bagaimanapun, saya berharap penulisan saya yang sedikit ini mampu memberi manfaat kepada para pembaca.


Saya hanya ingin menyentuh soal ukhuwwah dalam entry saya yang pendek ini. Beberapa minggu lepas, saya berjumpa dengan dua orang sahabat saya. Lumrah apabila berjumpa, kita pasti akan bertanya khabar dan bertanyakan kehidupan yang mereka lalui sekarang. Kalau sewaktu di sekolah dulu, memang hampir 24 jam duduk bersama jadi kehidupan mereka dan kita adalah satu. Tapi apabila sudah tidak bersama, masing-masing mempunyai kehidupan berbeza.


Seorang kawan saya membuka ceritanya..Ceritanya amat menarik. (Ayat di bawah ni dah diolah ke bahasa buku walaupun tak berapa nak baku=) Dan ditukar jalan ceritanya tp point still sama)


Sahabat A : Dekat tempat saya belajar sekarang memang ukhuwwahnya mantop!! Maybe sebab University Islam.  Jadi, pelajar-pelajarnya memang dah ada basic agama. Tahu kepentingan ukhuwwah dalam kehidupan kita.


Saya : Alhamdulillah. Bagus la macam tu.. University yang bagus. Kita kena cari suasana yang kondusif macam tu sebab biah solehah tu merupakan salah satu elemen untuk keberkesanan proses dakwah dan tarbiyyah.


SahabatA : Aah..Tapi ada yang berukhuwwah tu sampai tak berani nak tegur kawan.  Takut kawan terasa..Dah salah konsep ukhuwwah kat situ. Yang lagi memeningkan kepala, ada segelintir yang bukan saja tak berani menegur malah mengalakkan kawan membuat maksiat.


Saya : Macam mana tu?? Cuba beri contoh. Tadi kata ramai ada basic agama?? Galakkan buat maksiat?


SahabatA : Contoh macam sorang kawan tu bemesej dengan berlainan jantina tanpa ada sebarang urusan yang penting. Ada di antara kawannya mengalakkan perbuatan tu. Ada pernah sekali tu, ada yang cuba nasihat, tapi sampai gaduh-gaduh. Mungkin cara orang yang nasihat tu salah..Tapi fikir balik, kawan yang menggalakkan maksiat dan kawan yang cuba membetulkan kita walaupun mungkin bukan cara yang berhikmah, mana yang kawan hingga ke syurga? Mana yang digelar ukhuwwah islamiyyah?


Saya: Aah betul apa yang awak cakap. Maybe kawan tu guna bahasa yang kasar tapi kita fikir dari sudut yang positif. Biar hati kita terluka sedikit dengan kata-kata kawan kita tu atau kita nak terluka yang kekal di akhirat sana. Saya rasa yang tegur kasar tu pun bukan sengaja. Tapi tegur sebab sayang.


 Begitulah dialog yang telah saya ringkaskan antara saya dan sahabat saya. Mari kita renung-renung sejenak. Kategori manakah kita dalam berukhuwwah. Sahabat yang tidak berani menegur kesalahan sahabatnya? Sahabat yang menggalakkan sahabatnya terjerumus dalam murka Allah? Atau sahabat yang ingin beriringan menuju ke syurga-Nya? Sebenarnya saya kagum dengan mereka yang sanggup terluka dan sanggup hadapi risiko untuk menegur sahabatnya. Bukan semua hasilnya positif. Tapi mereka berukhuwwah kerana Allah jadi mereka meletak Allah di hadapan mereka. Kepada mereka yang menyedari kehadiran sahabat yang begini, pegang kukuhlah tali prsahabatan kalian kerana;


“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat IMAN dan Islam adalah memeliki SAHABAT SOLEH. Jika kamu mendapati kewujudan kasih-sayang antara kamu denganya, maka peganglah ia sunggu-sungguh.”
(Saidina Umar al-Khattab)


Mari kita renungi bersama, sahabat yang bagaimana yang kita inginkan.



ZAHRA
IIUM, GOMBAK.
 

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com