Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, July 27, 2012

Buku Kami

Assalamualaikum wbt,

Sama-sama kita panjatkan rasa syukur dan kasih ke hadrat Allah swt dan tidak lupa kepada Rasullulah saw serta sahabat-sahabat seperjuangan bersama baginda. Moga Allah merahmati mereka ameen ~
Sekarang ini sudah bulan Ramadhan, moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan rebutlah peluang ini selagi mana yang ada kerana kita tidak tahu bahawa  adakah Ramadhan tahun hadapan kita akan bersua lagi ? Maka lakukan sehabis baik untuk Ramadhan kali ini.

Hah ! Sempena Ramadhan ini, kami batch 15 puteri MATRI telah membuat risalah Ramadhan. Just a simple. Actually a book, sebab kami kira2 30 mukasurat *banyak kan ? Takpe untuk satu Ramadhan terus.


Hah ! Inilah muka hadapan buku itu. Mesti tertanya kan buku ni colour ke tak  sebenarnya, sumanya terpulang pada anda la jika ada yang berminat. 


Yang ini pula, isi kandungan. Jadi jika ada sesiapa yang berminat boleh la hantarkan ke emel ako_kagura@yahoo.com atau nuwaira_azzahra@yahoo.co.uk.
Itu sahaja sekian jazakummullahukhairan kepada semua pembaca :)
Doakan kami sebelum berbuka tauu !
Selamat berbuka puasa semua ~






Thursday, July 26, 2012

KHUTBAH RASULULLAH SAW MENJELANG RAMADHAN,




 

Marhaban Yaa Ramadhan...Alhamdulillah Allah izinkan lagi kita memasuki  Ramadhan pada tahun ini. Namun, apakah rasa hati kita dengan ketibaan Ramadhan ini? Adakah biasa-biasa saja, ataupun kita rasa istimewa berada dalam bulan yang penuh barakah ini? Ayuh kita renungkan mutiara-mutiara pesanan Rasulullah saw tentang Ramadhan kepada kita ummat baginda. Moga kita dapat bersama-sama memetik hikmahnya dan segarkan Ramadhan ini sebaiknya.

"Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu,  dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; 
Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya,  ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan  permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat  nanti).

Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya   bersedekah  dengan  seteguk air.

Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin,  yang  pada hari ketika itu, banyak  kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan   pegawai atau pembantunya  atau  hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan  ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
 
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya  pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.   Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama  di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."
Yaa Rabbana,  Allahummarhamna (3x). Allahumma innaka 'afuwwun kareem. Tuhibbul'afwa fa'fu 'anna. amin

Sunday, July 22, 2012

1 ALQURAN,1 RAMADHAN



FORMULA HABISKAN SATU ALQURAN,SATU BULAN..
JOM TRY.. 

1hari = 5solat
1solat = 4ms
30hari = RAMADHAN
5solat x 30hari =150solat
150solat x 4ms=600ms.

614ms = 1 ALQURAN... (tambah 14 ms di msa lapang..atau lbihkan slps solat mgrib..)

1 waktu solat ,4 muka surat AQ shja..!!xbyak pun kn?



Wednesday, July 4, 2012

Sahabat yang bagaimana kita inginkan


Assalamualaikum w.b.t  diucapkan kepada sidang pembaca. Selawat dan salam ditujukan buat baginda Rasulullah s.a.w dan ahli keluarga baginda.

Sudah agak lama saya tidak menulis entry di blog ini. Terasa jari-jari ini sedikit kekok untuk menyusun kata. Walau bagaimanapun, saya berharap penulisan saya yang sedikit ini mampu memberi manfaat kepada para pembaca.


Saya hanya ingin menyentuh soal ukhuwwah dalam entry saya yang pendek ini. Beberapa minggu lepas, saya berjumpa dengan dua orang sahabat saya. Lumrah apabila berjumpa, kita pasti akan bertanya khabar dan bertanyakan kehidupan yang mereka lalui sekarang. Kalau sewaktu di sekolah dulu, memang hampir 24 jam duduk bersama jadi kehidupan mereka dan kita adalah satu. Tapi apabila sudah tidak bersama, masing-masing mempunyai kehidupan berbeza.


Seorang kawan saya membuka ceritanya..Ceritanya amat menarik. (Ayat di bawah ni dah diolah ke bahasa buku walaupun tak berapa nak baku=) Dan ditukar jalan ceritanya tp point still sama)


Sahabat A : Dekat tempat saya belajar sekarang memang ukhuwwahnya mantop!! Maybe sebab University Islam.  Jadi, pelajar-pelajarnya memang dah ada basic agama. Tahu kepentingan ukhuwwah dalam kehidupan kita.


Saya : Alhamdulillah. Bagus la macam tu.. University yang bagus. Kita kena cari suasana yang kondusif macam tu sebab biah solehah tu merupakan salah satu elemen untuk keberkesanan proses dakwah dan tarbiyyah.


SahabatA : Aah..Tapi ada yang berukhuwwah tu sampai tak berani nak tegur kawan.  Takut kawan terasa..Dah salah konsep ukhuwwah kat situ. Yang lagi memeningkan kepala, ada segelintir yang bukan saja tak berani menegur malah mengalakkan kawan membuat maksiat.


Saya : Macam mana tu?? Cuba beri contoh. Tadi kata ramai ada basic agama?? Galakkan buat maksiat?


SahabatA : Contoh macam sorang kawan tu bemesej dengan berlainan jantina tanpa ada sebarang urusan yang penting. Ada di antara kawannya mengalakkan perbuatan tu. Ada pernah sekali tu, ada yang cuba nasihat, tapi sampai gaduh-gaduh. Mungkin cara orang yang nasihat tu salah..Tapi fikir balik, kawan yang menggalakkan maksiat dan kawan yang cuba membetulkan kita walaupun mungkin bukan cara yang berhikmah, mana yang kawan hingga ke syurga? Mana yang digelar ukhuwwah islamiyyah?


Saya: Aah betul apa yang awak cakap. Maybe kawan tu guna bahasa yang kasar tapi kita fikir dari sudut yang positif. Biar hati kita terluka sedikit dengan kata-kata kawan kita tu atau kita nak terluka yang kekal di akhirat sana. Saya rasa yang tegur kasar tu pun bukan sengaja. Tapi tegur sebab sayang.


 Begitulah dialog yang telah saya ringkaskan antara saya dan sahabat saya. Mari kita renung-renung sejenak. Kategori manakah kita dalam berukhuwwah. Sahabat yang tidak berani menegur kesalahan sahabatnya? Sahabat yang menggalakkan sahabatnya terjerumus dalam murka Allah? Atau sahabat yang ingin beriringan menuju ke syurga-Nya? Sebenarnya saya kagum dengan mereka yang sanggup terluka dan sanggup hadapi risiko untuk menegur sahabatnya. Bukan semua hasilnya positif. Tapi mereka berukhuwwah kerana Allah jadi mereka meletak Allah di hadapan mereka. Kepada mereka yang menyedari kehadiran sahabat yang begini, pegang kukuhlah tali prsahabatan kalian kerana;


“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat IMAN dan Islam adalah memeliki SAHABAT SOLEH. Jika kamu mendapati kewujudan kasih-sayang antara kamu denganya, maka peganglah ia sunggu-sungguh.”
(Saidina Umar al-Khattab)


Mari kita renungi bersama, sahabat yang bagaimana yang kita inginkan.



ZAHRA
IIUM, GOMBAK.
 

Sunday, July 1, 2012

teman untuk selamanya..

bismillahirrahmanirrahim...
moga kalimah bicaraku bisa menembusi hati2 yang membaca...


cerita yang ingin aku sampaikan adalah kisah benar yang berlaku beberapa hari yang lepas..


tersebutlah kisah, suatu hari yang sangat bz, nenekku datang menjengah ke rumah. pagi itu,masing2 sibuk untuk ke ekspo smakl. tiba2,nenekku bicara mahu ke rumah sahabat lamanya. katanya, sejak beberapa hari ni,asyik teringat kat sahabat lamanya itu.. tapi,kerana tidak mahu menyusahkan bondaku yang sebok memasak,keinginannya ditolak tepi..dan kami pun terus berpakaian kemas untuk ke ekspo smakl..tiba2,bonda memutuskan untuk mngajak nenek kerumah teman lamanya.dengan hati yg girang,nenek mengikuti..
dalam perjalanan,tawakal yang hanya mampu dilakukan.kerna ketika itu, informasi yang ada hanyalah,kmi perlu cari rumah batu,cantik,sebelah kanan, di batu 6. bukan sebuah rumah sahaja di situ..tpi,kerna tekad nenek,nenek turun untuk bertanya pnduduk di situ.. pada mulanya,orang disitu tdak mengenali siapa yang dimaksudkan,tpi setelah diberitahu nama sebenar temannya itu,terus pnduduk itu menunjuk kearah sebuah rumah besar yang cantik..alhamdulillah,segalanya dipermudahkan..dan dialog pun berlaku yang berbunyi lebih kurang begini,..


nenek: aslkm..


si teman: wkslm..cri siapa ya??


nenek: ni rumah syarifah ke??


si teman: ya,saya syarifah..ramlah kan??


nenek: eh,bukan yang ne syarifah..(nenek ragu dengan apa yg dilihatnya)


si teman: btulla,ne syarifah..yang belajar ngaji ngan ramlah dlu..


nenek akhirnya prcaya..


nenek: jadi, ne la syarifah??


si teman mengangguk.. dan nenek mengalirkan air mata..nenek berulang kali mengucap syukur.lalu, nenek mohon untuk memeluk...


nenek: boleh kita peluk??


si teman: eh, boleh2...


mereka peluk erat..kalian tau berapa lama mereka berpisah? mereka berpisah hampir 20 tahun lamanya..perasaan nenek yang begitu membuak untuk berjumpa teman lamanya akhirnya membuahkan hasil..nenek begitu gmbira..lama mereka bercerita, seolah mengulang masa lampau mereka..seolah ingin kembali ke msa lama..siapa yang melihatnya, pasti mengalirkan air mata..perasaan sayang mereka begitu kuat..


setiap pertemuan,pasti ada perpisahan..akhirnya, waktu untuk berpisah tiba.. ktika nenek sudah berada dalam kereta,si teman mohon izin untuk mencium sebelum berpisah.. mereka berpelukan sekali lagi..si teman mencium dahi nenek,mencium pipi nenek..mereka memendam rindu selama 20 tahun lebih lamanya..masyallah..kuasa Allah mempertemukan mereka semula...


inilah nenek yang percaya pada kuasa Ilahi mapu mengatasi segalanya...

p/s: agaknya,klu kta buat reunion 20 tahun akan datang,msti msing2 da beranak pinak..dan mgkin da ada cucu...sekalipun kita xkan bertemu lagi di dunia ini, berdoalah agar dipertemukan di akhirat sana..insyallah.... sayang kalian....

 

Template by BloggerCandy.com