Lamanya dah tinggalkan sekolah. Walaupun baru 2 tahun tapi tetap lama juga. Zaman sekolah dengan zaman IPT memang ‘totally’ berbeza. Sangat-sangat berbeza.
DEKAT SEKOLAH DULU:
Ada orang yang sentiasa ingatkan kita. Halaqah sentiasa ada. Masa untuk membaca ayat cinta-Nya(Al-Quran) banyak siap ditetapkan lagi hari Khamis untuk hafazan. Mathurat bagaikan satu kemestian tiap kali lepas solat Asar. Solat berjemaah. Azan sentiasa berkumandang bila tiba waktunya. Masa makan teratur.
TAPI SEKARANG DEKAT IPT:
Di sini kita yang kena sentiasa ingatkan diri sendiri. Halaqah pergi tapi masa-masa tertentu sahaja. Masa 24 jam macam tidak cukup sampaikan kita terlalai dan terlupa yang kita belum lagi membaca ayat-ayat cinta-Nya untuk hari itu. Masa untuk menghafal ayat-Nya lagilah entah bila. Mathurat asyik terlepas. Solat berjemaah macam hilang terus. Azan jarang-jarang kedengaran. Masa makan pun ikut bila ada masa lapang ataupun bila tiada kelas.
DAN BANYAK LAGILAH
Kadang-kadang jiwa ini terasa kekosongan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kekosongan, kegersangan yang kadang-kadang membuat kita terasa jauh dari-Nya. Tapi kita terlupa yang Allah amat dekat dengan kita. Lagi dekat dari urat darah kita atau dalam bahasa inggeris nya ‘closer than veins’. Itulah manusia. Ada masa kita jatuh, ada masa kita lalai, ada masa kita hanyut, ada masa kita rasa kuat. Iman pula ada pasang surutnya. Kegersangan hati lah punca kita melakukan dosa pun tidak terasa apa-apa. setiap penyakit yang timbul pada diri manusia itu, adalah berawal dari hati. Hati yang sakit akan mendorong mata, kaki, tangan berbuat perkara yang mendatangkan dosa dalam akaun amalan kita.
Sebab itulah kita kena ‘recharge’ kembali hati dan iman kita setiap masa. Macam mana nak ‘recharge’ hati? Antaranya dengan solat, zikir membaca Al-quran serta menghadiri majlis-majlis ilmu. Kadang-kadang kita juga boleh ‘recharge’ kembali dengan berada bersama-sama kawan yang mampu meingatkan kita pada-Nya.
P/s: ‘short post by me’….rindunya dekat MATRI, Sahibah seperjuangan, bila agaknya boleh berjumpa^^
Posted by: ~nurizbah~
3 comments:
rasa nak menangis!
aisey imtisal buat sedih la pula
nak nanges gak ngan tisal..he2.. itula kita, bla smua bnda dh berlalu, bru kta trasa akan kpentingannya..hm,...
Post a Comment