Assalamualaikum warahmatullah...
Bacaan doa awal tahun dan akhir tahun telah pun habis kita aminkan. Namun begitu, habis sahaja tangan di raup ke muka, kita terus membuka tv, switch on lappy, layan movie, dengar lagu tak syarak dan melihat gambar2 yang tidak menutup aurat..
Cuba kita tanya balik diri kita, apa ertinya satu Muharram pada kita?? pada keluarga kita?? pada masyarakat dan negara bagaimana pula?? Kebanyakan orang pasti akan menjawab bermulanya tahun baru, kena bina semangat dan perbaharui azam yang baru. Sedangkan sekiranya ditanya adakah azam lama telah dilaksanakan atau belum, pasti ramai yg tersenyum kambing. |kalian harus faham makna senyuman itu|
Jarang orang memahami makna hijrah yang sebenar terutama setelah tiada lagi penghijarah dari kota Mekah ke kota Madinah. Jarang orang berpindah dari satu kampung ke kampung lain atau dari satu bandar ke bandar yg lain setiap kali tanggal satu Muharram. Luas sebenarnya difinisi hijrah yang selalu kita abaikan..
Tahukah kalian, walau hanya dengan berazam mahu menghulurkan senyuman kepada orang ramai yang dibolehkan setiap kali melangkah keluar rumah telah dikira sebagai satu hijrah?? Mahu menunaikan solat di awal waktu juga telah dikira hijrah. Mahu menjadi anak dan rakan yang baik juga dikira hijrah. Tetapi mahu sahaja tidak brguna sekiranya tidak disertai dengan tindakan susulan. tak gitu??
Hijrah kini tidak lagi ditakrifkan sebagai perpindahan tempat tinggal, tetapi penghijrahan kelakuan dan cara hidup kita. Manusia hari ini lebih bijak untuk menilai erti penghijrahan. Tepuk dada tanya iman kita, apa erti penghijrahan pada kita....??
Ingat, kalau kita mahu, Allah akan bantu...
KOREKSI DIRI SEKETIKA....
Get Genshin Impact Danbooru Guroo Synonym Images
3 years ago
No comments:
Post a Comment