Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Tuesday, June 15, 2010

Tanggungjawab kita bersama..




Kenangan yang terindah bersama tak kan aku lupakan. Gelak riang, celotehnya mengingatkan kembali daku tentang zaman persekolahanku. Melihat kelas form 3 2010 yang dulunya pernah menjadi kelas form 5 2009, terasa amat rindu sekali! Rasa mahu untuk kembali semula pada saat-saat yang begitu mengasyikkan.

WAH!!! NAK!!!

Jika lah dunia ini seperti KARTUN DORAEMON, akan aku gunakan jam ajaibku untuk kembali semula waktu lalu menghentikannya, dapatlah bersama kawan-kawan hingga bila-bila yang aku mahukan. Kalau tak pun, aku nak guna pintu suka hati agar aku dapat berjumpa dengan sahabat-sahabatku yang berada di ipt tu,bila-bila je, tak yah minta izin dengan kak lang,senang nak pergi program sama-sama.

Kalau tak pun macam cerita HARRY POTTER pun bagus jugak, patah balik masa yang mana kita nak.Ya Allah!! Apa yang aku mengarut ni??! Bangunlah wahai mujahidahku sayang…Bangkitlah!!! Kita hidup di dunia ni hanyalah sementara. Semuanya tak kekal kerana kita tahu

MATI ITU PASTI, HIDUP BELUM TENTU…

Melepaskan sahabat-sahabat dari genggaman ini amat perit. Kadang-kadang kita tak tahu bila lagi kita akan berjumpa,berkongsi rasa, bergurau senda dan macam2 lagi. Ikatan ukhwah kita bukan sebarang ikatan ukhwah yang biasa tetapi ikatan UKHWAH FILLAH namanya…

Sungguh aku sedari bahawa masa yang lalu tidak akan kembali, maka kita haruslah maju ke hadapan. Lupakan result SPM kita yang tak memuaskan, perangai kita yang kurang baik, segala kesilapan yang kita lakukan pada tahun dahulu…aku tidak maksudkan lupakan terusss!! Tetapi jadikan ia sebagai pedoman hidup kita kerna kita mempunyai azam yang baru dan terus maju untuk deen Allah.

Takbirr!!!!

Allahuakhbar!!

Orang2 di Palestin berkata:

”Sudahkah anda bersiap untuk syahid?Syurga yang manakah yang menjadi pilihan?”

Tetapi sayang sekali dengan kita ini yang selalu berkata:

”Sudah siapkah anda untuk menghadapi kematian?Cukupkah amalan anda untuk memelalui saat2 yang menyeramkan?MALAIKAT MAUT??!”.

Amat bezanya kita dengan mereka. Mereka tanpa perasaan takut dan gentar, mereka sanggup untuk mengorbankan diri mereka. Bagaimana dengan kita?? Tepuk dada tanyalah iman pada diri masing2, bagaimana agaknya jawapan. Kita perlu bersedia untuk berkorban tidak kira masa ataupun di mana, kita sebagai S.O.A.(soldiers of Allah)

MESTI bersedia!

Tidak ada masa untuk katakan tidak!

NO SAY NO!

Di medan Khassah, kita perlu ada perdekatan dengan adik2, kita perlu selami diri mereka. Kenalpasti apa yang menjadi masalah dan resolusi yang terbaik untuk menyelesaikan, kita tidak boleh berdiam diri, kita perlu bergerak kerana kalau bukan kita, siapa lagi yang akan menjadi penggerak warissatul anbiya’ di MATRI.Walaupun terpaksa korbankan masa dan segalanya, tak mengapa dan insyaAllah, Allah akan bantu dalam study kita sebab Allah dah kata,

”Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong deen Allah, nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

(47: 7)

Nampak tu, Allah memang baik!

Bagi sahibah2 di luar, pastikan sahibah2 kita masih dalam ikatan D n T. Peluklah mereka erat2 hingga tidak ada ruang untuk angin mencela. Sentiasalah ingat memperingati antara satu sama lain, kadang2 kita tak tahu yang dia alpa tentang kata2 Allah. Kita mesti protect sahibah kita.

Manakala sahibah yang bersendirian di tempatnya, tiada sahibah yang ada sekali dengannya, tidak mengapa dan tak perlu risau kerana kita sudah tahu Allah akan memberi ujian kepada kita jika kita mampu untuk menghadapi. Jangan risau! Kita ada Allah. Allah Maha Besar! Pasti Dia mampu untuk lakukan apa sahaja untuk kita, tapi kita tak bolehlah kedekut sangat, kenalah doa pada-Nya setiap hari. Dia selalu ingat kita..tapi kita bagaimana? Ingatkah kita pada si Dia?

Kadang-kadang aku terfikir, walaupun seekor nyamuk yang hinggap kat kita, kita cepat2 tampar dia sampai mati, sampai kita kata,”Hah!! Mampos kau!!” dan walaupun tanah2 dan rumput2 yang kita pijak tu tiap2 hari dan tak tahulah kalau ada yang mati sebab dipijak,tapi mereka sentiasa bertasbih kepada Allah dan tidak pernah berhenti walaupun sesaat atau suku saat. Aku sarankan sahibah2 aku, kalau di sana tiada halaqah dan segala program D n T, apa kata kita yang gerakkan? Bentukkan satu halaqah atau usrah. Ini adalah pesanan Ustaz Abdul Hadi yang selalu ajar Pendidikan Al-Quran. Kita kan tak nak jadi solehah je kan, muslehah mesti la kita nak kan?? Sedikit-dikit menjalankan proses itu, jangan terus drastik pula! Nanti terkejut pula mereka itu. Kita belanja dia makan, kita bawa dia pergi dengar ceramah ataupun kita sendiri bagi ceramah kat dia. Insyaallah, satu hari nanti Allah akan buka pintu hati dia untuk menerima Islam yang kamilah dalam dirinya. Sahsiah yang kita bawa mestilah yang baik, barulah dia tu tertarik dengan Islam yang kita bawakan.

Nasihat Imam As-Syafie’ tentang berakhlak mulia,

“Jagalah lidahmu, agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Ramai orang binasa akibat lidahnya, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.”

Jangan sesekali memandang rendah terhadap mereka sekiranya mereka tidak memakai tudung, banyak perkara yang tidak syara’ mereka lakukan,dan janganlah fikir seolah2 kita ini sudah cukup kamilah dengan Islam dalam diri masing-masing. Kadang2 mereka tidak tahu bahawa Islam mengajar begini, begitu dan begini sepertimana yang kita tahu tapi kita kadang2 kita tahu benda tu salah tapi kita masih buat, teruknya kita ni. Sesungguhnya Allah telah berkata dalam Al-Furqan,

“Wahai orang2 beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”

(61:2)

Minggu lepas, aku sahaja nak cari lagu arab. Aku pun searchlah kat goggle. Aku dengar lagu ni. Wah! Terasa indahnya Islam itu sebenarnya. Kita kadang2 tidak sedari nikmat yang paling terbesar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Selalukan dengar kat matri,selalu sangat sebut macam dah lali dah dengar, yang kita pula, tak pernah rasa bersyukur atas nikmat2 yang Allah bagi sampai sekarang. Tiba2 Allah tarik nikmat,tu macam mana dengan kita??Naazubillah.

“Maka nikmat Rabbmu yang manakah yang kamu dustakan?”

(55:13)

Aku bukanlah insan yang sempurna. Peringatan untuk diri ini juga. Ini adalah permintaan sahibahku sendiri untuk menulis post ini dan telah sekian lama daku tidak mencoret sebarang perkongsian atau warkah untuk 15zikr. Dia kata dia dah boleh hafal post2 yang ada kat blog ni, al-maklum lah sudah lama ‘berkarat’ dan ‘berhabuk’ serta dia cadangkan agar sebarkan emel blog ini dan password kepada 15zikr agar blog terus HIDUP dan tidak lupa untuk berterima kasih kepada siapa yang setia mendengar kata2 ini yang cukup tidak bermakna, tangisan yang sepatutnya tidak perlu keluar pada malam itu.

Kepada orang itu, bila aku fikirkan balik, memang salah aku. Aku tidak pernah ungkapkan pada mereka dan aku cuba untuk bersangka baik kerana

SELEMAH-LEMAH IMAN ADALAH BERSANGKA BAIK…

Terima kasih kepada yang setia mendengar kalamku, amat aku hargai dan aku terasa lega kerana dapat meluahkan, kerana aku tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa lagi yang amat memahami diri yang lemah ini.

Syukran ya sohibati..


Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan…Bersyukurlah apa yang kita perkatakan…Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..

Hold on to your friend with BOTH hands....

A.R.D's writing..
Typing on 1.53 a.m.
Tuesday, 15th June 2010.
Paste on this post time.

3 comments:

Anonymous said...

thanks...
rse semngt blk ble sahibh sndri yg
igtkn kte..

ZahRa said...

alhamdulillah ana rindu sangat nak dengar kata-kata nti luahan rasa nti.dekat sini ana selalu teringat peristiwa malam ummi halimaton meninggal,nti gerak ana suruh solat dekat umi.ana rindu sangat ada sahibah yang sensatif macam tu.ada sahibah yang ingatkan ana buat amal2 islami..rindu sangat.dekat sini tak de..tapi ana tahu ana tak boleh tunduk dengan suasana.thanks atas peringatan.

PRiNCESS 15 zikr said...

huhu...zahra...ana memang rndukn..antunna...thanks atas segalanya...doakan ana kuat agar dapat bantu adk2 di sini..diharap kalian dapat hadir di hari kecemerlangan...daku menunggu kedatanganmu...

 

Template by BloggerCandy.com