Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Monday, April 5, 2010

Akhlak Mukmin



1. Taubat
Tinggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat membesarkan Allah. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

· Meninggalkan maksiat dengan kesedaran
· Menyesal dengan perbuatan dosa yang telah dikerjakan
· Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf (takut Allah)
Takut kepada kemungkaran Allah dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud
Bersih atau suci hati dari berkeinginan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hati sentiasa ingat bahawa harta yang dimilikinya merupakan amanah dari Allah S.W.T.

4. Sabar
Tabah dan cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur
Menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya sama ada yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah dan berasa gembira dengan nikmat itu serta bertangggungjawab kepada Allah

6. Ikhlas
Mengerjakan amal ibadah dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

7. Tawakkal
Berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah
Kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada-Nya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.

9. Redha dengan qada’ dan qadar
Menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah.

10. Zikrul maut
Sentiasa ingat kepada kematian dan berusaha meningkatkan amal sebagai persediaan untuk menghadapinya.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com