ORGANISASI SPM EXCELLENT PROJECT 2009 (PUTERI)
- Ketua : Fatimah Zahra Bt Mubarak
- Penolong: Siti Nabilah Bt Mohamad Kamal
- Setiausaha: Aniqah Syafifah Bt Ahmad Farid
- Bendahari: Masturah Bt Yusri
- Biro Subjek:
- Bahasa Melayu : Nur Athifah Bt Mohammad Basri
- Bahasa Inggeris : Fatinah Bt Muhamad Sabri
- Bahasa Arab Tinggi : Nur Basyirah Bt Mohammad Ritzuan
- Matematik : Nur Izzati Bt Bahran
- Matematik Tambahan : Ruziah Bt Ismail
- Sains : Nadhirah Bt Mohd Rubani
- Sejarah : Syahirah Farhanah Bt Mohd Shapiee
- PQS : Basyirah Bt Zulkifli
- PSI : Nor Syuhada Safurah Bt Nasir
- EST : Aisyah Nadhira Bt Zaini
- Biologi : Nur Syafiqah Bt Mohamad Sabbri
- Fizik : Siti Nur Taqiah Bt Mahyiddin
- Kimia : Safiyyah Shahirah Bt Shahidan
- Ekonomi Asas : Ruhiyatun Nadirah Bt Zawawi
- Prinsip Perakaunan : Nurul Nasuha Bt Muhamad Naim
- PSV : Nurul Aliya Bt Mohamed Roseli
- Kesusasteraan Melayu : Nur Fatin Hazwani Bt Abdul Rahim
Ini merupakan salah satu program yang baru bagi pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan yang telah ditubuhkan selepas Bahtera Gemilang. Program ini dicadangkan oleh Kak Sharifah Ruqqayah dan Kak Sarah Hamizah pada bulan Mei yang lalu selepas kami baru sahaja tamat Peperiksaan Pertengahan Tahun. Berbanding dengan Bahtera Gemilang, SPM Excellent Project 2009 Tingkatan 5 atau lebih dikenali SEP kebanyakannya melibatkan tenaga pelajar itu sendiri. Tamsilnya, mengajar kawan-kawan yang lemah, mencari resolusi bagi menyelesaikan masalah pembelajaran , memperingat kawan untuk belajar, mento-mentee dan sebagainya.
Matlamat kami bagi SEP pelajar Puteri Tingkatan 5 adalah untuk meningkatkan prestasi pelajar Puteri dengan mengurangkan kuantiti 9G bagi setiap subjek. Oleh itu, baru-baru ini kami telah menjalankan Mentor-Mentee bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan dan diwajibkan bagi setiap Mentor mengadakan kelas pada hari Sabtu waktu prep sehingga 11.30 malam di Dewan Makan Puteri . (walaupun pada hari itu tiada prep) Alhamdullilah, buat kali pertama diadakan kelas itu berjalan dengan lancar.Diharap dapat diteruskan lagi. Matapelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kami telah khaskan pada hari-hari tertentu-tentu. Di samping itu, kami juga khaskan hari untuk istilah Sains.
Memandangkan masa untuk pelajar Puteri belajar tidak mencukupi, maka kami telah menjalankan sistem 'stay-up' pada waktu tengah malam. Dalam konteks ini, pelajar Puteri diwajibkan bertegang mata pada malam Sabtu dan malam Ahad bermula pada pukul 12 a.m- 5a.m. Tambah-tambahan pula, pada keesokan hari tiada sebarang persekolahan. Pelajar Puteri akan bergilir-gilir belajar sama seperti khatibah tetapi ia melibatkan pembelajaran. Sementara itu, mereka juga dapat menunaikan solat malam dan berqiammulail.
Selain itu, kami juga melibatkan perkara ukhrawi dalam konteks ini. Contohnya, mana-mana pelajar Puteri yang solat lewat pada waktu subuh (selepas 6.45 pagi) akan dikenakan denda. Dendanya ialah sama ada membayar 10sen kepada bendahari atau menunaikan solat dhuha. Amanah bagi setiap pelajar Puteri untuk berasa tanggungjawab bagi melaksanakan denda tersebut. Dengan cara ini, kami berjaya kurangkan bilangan pelajar Puteri Tingkatan 5 yang solat lewat.
Sistem 'Buddy' sepertimana yang dicadangkan oleh Kak Sarah, telah kami jalankan di bahagian Puteri. Peranan bagi seorang 'buddy' ialah memastikan 'buddy'nya belajar sentiasa sekurang-kurang 1 subject dalam sehari. Sebaiknya pelajar Puteri memilih 'buddy' yang agak berbeza dengan kriteria dirinya.Diharap kepada semua pelajar Puteri dapat menggerakkan sistem ini dengan baik.
Itulah antara resolusi yang kami berjaya lakukan buat masa ini. Ikuti perkembangan tentang kami melaksanakan program ini.Jika ada sebarang komen atau cadangan, beri tahu kami dengan meletakkan komen anda dalam post ini tidak kira sama ada anda blogger atau tidak.
TERIMA KASIH.

- Isnin : Bahasa Inggeris
- Selasa : Bahasa Melayu
- Rabu : Sn, Bio, Fiz, Kim, EST
- Khamis : Bahasa Arab Tinggi

5 comments:
assalamualaikum..
pertamanya ana nak ucapkan terima kasih dan jutaan tahniah kepada pihak puteri..
kerana berjaya jalankan project ni..
kita berusaha..
ALLAH penentu NATIJAH..
Moga Usaha yang kecil ini..
ALLAH kira dan masukkan dalam Amal Ibadah yang Soleh..
Boleh tak ana bertanya satu soalan..
ada tak di bahagian puteri yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang ana buat..
pada malam mesyuarat Bahtera Gemilang dan SEP??
kalau ada.. blh tak bg tau ana..
kenapa???
assalamualaikum...
Pada ana ruangan blogger bukanlah tempat yang sesuai untuk bercakap tentang hal-hal sebegini.Anda telah menggunakan medium yang salah.Kita perlu selesaikan masalah dengan kematangan kita.Tapi apa yang ana hendak tekankan tolong cari satu medium yang persoalan anda terjawab tanpa membuka kepada lubang2
fitnah.
salm ziarah.. nice job everybody! keep up the good work!!
Alhamdulillah
kami kat sini pun sdg menggunakn ala2 sistem yg sama..
ada ketua subjek...dan kami ada e-learning..forum..ade yahoo.group.. yg blh kami bincg soklan..masalah antum tak leh nk implementkn ni sbb tak de internt yg seng dicapai..
satu benda yg penting utk cemerlang..antum kena byk buat latihn..dan ulang pembacaan..bukan tgu cikgu bgi latihn..start dari skrg...
but satu cdgn...mungkin antum leh buat quick review utk setiap subjek dgn wat quiz..quiz yg santai menarik dan bermnfaat..tapi antum kena pilih point2 penting utk diketengahkn..so secara tak lgsg antum dh ulangkaji..quiz tu just antum leh wat dlm bentuk kerts or lepas abes satu kelas..main tnya2 soklan..ikut la nk bgi hadiah ke cmna..at least stimulate utk bina suasana study..
maaf ya..doakn kami exm..salam perjuangan
rindunya suasana ni..ya allah thabatkanlah hati-hati kami..
Post a Comment