Assalamualaikum w.b.t.
2014 pembuka tirai.
2014 pembuka tirai.
Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Ilahi setelah sekian lama blog ni berhabuk akhirnya dibersihkan pada hari ni. Sebelum post ni, banyak post tentang batch kami yang dah sudah berwalimah maka kali ni kami nak sambung kembali sebab ada dua orang batch kami yang sudah mendirikan baitulmuslim bukan sahaja pada tahun yang sama tetapi juga pada bulan yang sama. Mereka adalah Insyirah dan Tasnim. ^^
Alhamdulillah tanggal 18 Januari 2014 hari Sabtu, Insyirah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, dia telah menjadi isteri kepada Nik Luqman. Kenduri kecil-kecilan di rumahnya di Gombak. Sekitar bawah 20 orang yang menghadiri majlis perkahwinannya. Semuanya berjalan dengan lancar di kenduri Insyirah.
Walaupun tak semua sahabat seperjuangan dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan kekangan yg mereka hadapi, ada yang masih menduduki perperiksaan, ada yang mempunyai masalah transport, dan macam-macam lagi lah, tetapi...mereka tidak lupa akan hari kebahagian sahabat yang mereka sayangi ini. Dari jauh mereka sentiasa mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.
Tasnim & Muhammad Syafiq
Tidak lama kemudian, dalam beberapa minggu, pada 31 Januari 2014, seorang lagi sahibah batch kami berkahwin dengan salah seorang bekas senior sekolah kami juga, iaitu Nur Tasnim dan Muhammad Syafiq. Disebabkan "timing" yang agak baik, hampir 40 orang sahibah batch kami datang meraikan cinta Tasnim dan Syafiq. Alang-alang jadi reunion 15zikr la macam tu.
Pada jam 10 pagi, berlangsungnya majlis akad nikah di teratak beliau yang terletaknya di hujung peta Malaysia (Arau, Perlis). Ramai tetamu yang hadir. Dengan sekali lafaz Tasnim bertukar status.
Pada sebelah malam pula, majlis perkahwinan mereka diadakan di Hotel Putra Palace. Ramai tetamu yang hadir. Kemeriahan majlis tersebut turut diundang bersama sahabat sahibah, sanak saudara, serta murabbi-murabbi Matri. Majlis bermula dari jam 8:30 malam hingga 11:00 malam.
Tahniah Insyirah & Nik Luqman dan Nur Tasnim & Muhammad Syafiq, semoga berbahagia hingga ke akhirnya kepada kedua-dua pasangan.
Nik Luqman & Insyirah
Tasnim & Muhammad Syafiq
**********************************
Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman
Wassalam.
No comments:
Post a Comment