Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Tuesday, July 9, 2013

We were at Shah Alam~

Bismillah..

Assalamualaikum..
Hari Ahad yang lalu (7 Julai 2013) seramai 4 orang sahibah Basyirah Ritzuan, Masturah Yusri, Imtisal Zulkurnain dan Nurul 'Iffah Zaaba buat pertama kalinya telah menjejak kaki ke i-City, Shah Alam.



Seawal 9.30pagi kami bergerak dari KL Central ke Batu Tiga. Tibanya kami di sana, kami menjadi tetamu kehormat dijemput oleh Masturah menggunakan mini coopernya (Myvi). Pada mulanya, bilangan kami bukan berempat sahaja tetapi ramai. Allah sebaik perancang. Kekangan yang dihadapi, sebahagian daripada mereka tidak dapat turut bersama kami.

SNOWALK


Tempat pertama yang kami tuju di i-City ni ialah Snowalk. Ia merupakan taman tema salji yang mempunyai suhu di bawah 5 darjah Celsius! Kesejukan yang kami alami hanya Allah yang tahu. Banyak replika salji dekat dalam taman tema snowalk ni. Harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM25 dan kanak2 RM20. Untuk pengetahuan semua..bayaran tiket kami hanya RM20 seorang! Bukan kerana ketinggian Imtisal yang tak cukup atau muka kami semua nampak "baby face", bukan bukan bukan. Kami ditawarkan i-City membership card dimana dengan menggunakan kad tu semua bayaran permainan di sini kami boleh dapat potongan harga yang hebat! 

 iglu behind us

                
menggigil dalam iglu



Pengembaraan kami tak lengkap sekiranya kami tidak cuba permainan ini. Ia lebih kurang ski, bezanya kami lebih relax sebab meluncur menggunakan kerusi. Lagak kami seperti di oversea. InsyaAllah ni la muka2 yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Doakan kami.


Banyak ukiran ais yang membuatkan mulut kami semua melopong. Seni ukir aisnya sangat hebat. Istana, Iglu, winter maze, pengguin, rusa, rumah, gelongsor, padang bola semuanya bertahtakan ais. "Feeling Subhanallah !" Kami juga tak lepas peluang bermain bola sepak sehingga tak sedar ada budak kecil tunggu turn nak main bersama. Hehe.


Bila jari dah kebas tak boleh tekan butang untuk tangkap gambar, kaki dah keras tak boleh jalan, hidung dah beku tak boleh bernafas barulah kami semua reti nak keluar dari tempat ni. Kami merupakan pengunjung terawal masuk ke snowalk dah yang terakhir keluar dari tempat ini.

Snowalk memang BEST !

5D CINEMA

Perjalanan kami belum berakhir. Setelah beberapa minit panaskan badan di Oldtown White Coffee Cafe kami meneruskan pengembaraan ke 5D Cinema. Rugi sekiranya kami tidak nikmati teknologi yang tak kurang hebatnya di sini.


Bagi sesiapa yang suka naik roller coaster bolehlah datang ke 5D Cinema. Sangat extreme. Tingginya sampai ke awan. Walaupun hanya dalam wayang, kalian akan rasa jantung nak tercabut. Antara banyak2 tempat yang kami kunjungi, 5D Cinema antara tempat yang paling penat dan semestinya mencabar jiwa raga dan bakul. Pada mulanya kami sangka boleh bersantai disini setelah penat berjalan, sebaliknya kami kehabisan suara setelah keluar dari 5D Cinema. Syafakillah..



Jangan disangka kerusi yang kami duduk itu sopan. Kerusi itu sebenarnya yang buat kami berempat melambung terhuyung-hayang kesana kemari. Yang paling mengejutkan kami, ada percikan air tepat sembur ke muka kami semua. Entah dari mana air tu datang. Allah pelihara kami, waktu ini hanya kami berempat menonton di 5D Cinema ini. Jadi, tidak hairanlah sekiranya suara nyaring kami menghiasi cinema ini.

TRICK ART MUSEUM


Trick Art Museum merupakan muzium seni silap mata. Juga merupakan sebuah galeri yang memaparkan lukisan seni ilusi optik pada dinding dan lantainya. Lukisan-lukisan di sini akan "trick" kepada pengunjung yang datang melihatnya. Antara karya yang ada di sini termasuklah kerajaan haiwan, Mesir, kehidupan marin dan karya-karya terpilih yang membuatkan anda rasa tertipu. Kami juga diberi peluang untuk beraksi bersama karya-karya di sini menggunakan DSLR kami.








  


Ini antara gambar yang dapat kami kongsi. Kalau nak kongsi semua memang beratus-ratus. Banyak lagi lukisan-lukisan menarik yang ada disini. Kalian bolehlah datang kesini untuk melihat keunikan seni lukisan di muzium ini.

ISI PERUT

Mengembara mengembara jugak, perut mesti diisi. Kami mengambil peluang untuk pusing-pusing di kawasan Seksyen 7. Di kawasan ini kami singgah di sebuah kedai masakan ala2 thai.


Menu pilihan kami ialan nasi. Mungkin kerana tengah hari, jadi kami semua mencari nasi. Memang sangat sedap dan harganya pun berpatutan.

Mari makan.


Perjalanan kami tidak terhenti di sini. Setelah usai makan kami ke Butik Cala Qisya. Butik ini menjual pelbagai jenis pakaian wanita dan juga lelaki. Apa yang menarik di butik ini? Design pakaian, kasut, tudung dan sebagainya adalah rekaan mereka sendiri. Butik yang berkonsepkan ala-ala cute membuatkan ramai pembeli lebih santai untuk memilih barang. Kalian boleh klik di sini Cala Qisya untuk melihat pelbagai design di butik beliau.

TUAN RUMAH

Masturah adalah tuan rumah pengembaraan kami juga mewakili pemandu pelancong kami. Perjalanan terakhir kami adalah ke rumah beliau. Disana kami menunaikan solat asar sebelum pulang ke rumah masing-masing. 


Walaupun bilangan kami kecil, perasaan gembira yang tidak terhingga terpancar di wajah kami berempat. Kami juga tidak lupa kepada sahibah2 seperjuangan kami yang lain. Sepanjang pengembaraan kami, wajah dan nama kalian menjadi bahan bualan kami. Rindu kami kepada kalian hanya Allah tahu. Semoga Allah kumpulkan kita semua di suatu masa nanti, andai bukan di dunia mungkin di Syurga sana insyaAllah.

Dikesempatan ini juga marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada di bulan Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat pada kalian semua insyaAllah. 

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Wallahu'alam~

10 comments:

Syafiqah 'Atiyah said...

Amboih... Bkn main lg depa :D
Boleh la mai.mesir masa winter nnt... Dh practice siap dh tu kat i-city :)

Syafiqah 'Atiyah said...

Amboih... Bkn main lg depa :D
Boleh la mai.mesir masa winter nnt... Dh practice siap dh tu kat i-city :)

Syafiqah 'Atiyah said...

Amboih... Bkn main lg depa :D
Boleh la mai.mesir masa winter nnt... Dh practice siap dh tu kat i-city :)

Syafiqah 'Atiyah said...

Amboih... Bkn main lg depa :D
Boleh la mai.mesir masa winter nnt... Dh practice siap dh tu kat i-city :)

nur izzah husna said...

Wah bestnya...cantik ah tmpt2 dia terbaik..rindu kalian

basyirah said...

rindu kalian juga..syafiqah, walaupun best, tetap tak dapat tandingi kehebatan salji original ciptaan Allah. Banyaknya nikmat Allah! Fabiayyi aala irabbikuma tukazziban..Doakan dapat jejakkan kaki ke sana ^_^. Ramadham kareem

SLE said...

amboih syafiqah, kalau ya pon rindu kami semua kat Malaysia ni comment sekali cukup la. hihihihihihihi

Zahra said...

Jeles2.. Klu ana x dak agd, weekend tu ana pi dah sana.. Pandai ea semua posing kat optical illusion tu..Nampak jd.

shayer dHia said...

weii. best gila! serious jeles sangat km tgk! huhu. i-cty skrg ade mcm2 da kat sne! wuhuuu~

sinarharapan said...

rasa macam baca karangan form5 dulu pn ada..haha..anyway,lain kali, ajak la org..nk ikut gk..ngehe..

 

Template by BloggerCandy.com