Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, June 7, 2012

SEBELUM KE KEHIDUPAN BARU..~



Assalamualaikum…kali ini tugas saya post something dalam blog ini..teruskan membaca..
 
  Sejak akhir2 ini, ramai yang saya dengar akan melangsungkan perkahwinan..alhamdulillah..classmate saya pun ada yg dah bertunang dan sebagainya..alhamdulillah…jodoh mereka awal..tak kurang juga ada dikalangan kita, bila dengar dia ni dah kawin, dia tu dah kahwin, kita pun menggeletek nak kahwin juga..yer... tak salah nak kahwin awal..tapi perlu ada cara..cara yg macamana??cara yang diajari oleh islam..cara yang syara’..cara yang diredhai dan diberkati olah Allah..takkan lah kita nak mulakan permulaan rumahtangga kita dengan maksiat kan? Dengan cara yang kotor dan Allah tidak suka… banyak keburukan yang kita akan dapat selepas kita kawin bila melakukan perkara haram sebelum kita ni ‘halal’..

 Pada cuti semester saya yang lepas, saya ada mengikuti satu program’ daurah pelapis bersama TN Rosdi Baharom..ayat yang masih segar dalam ingatan saya buat masa sekarang ialah “JIKA AKU PERLU DERHAKA PADA ALLAH, LEBIH BAIK AKU TAK PAYAH KAHWIN”…pakcik ceriter, disebalik ayat ini ada satu kisah tentang seorang wanita yang sangat jaga dari segi pergaulan dan perlakuan..bila ada teman2 nye tanya, “eh, ko ni tak ada couple ke??macamana nak kahwin??..kalau ko tak kenal sorg jantan pun”..dia jawab seperti ayat diatas ler…hmm..tengok..maksud ayat dia ..jika dia perlu buat maksiat seperti msg, keluar date dan perkara2 tu mestilah Allah murka, lebih baik dia tak yah kahwin..sebab kita nak masuk syurga dengan rahmat Allah..urusan jodoh adalah urusan Allah semata..Allah tahu yg terbaik untuk kita..kenapa perlu kita gusar? Sedangkan Allah dah janjikan dalam Alquran, wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh..dan begitu pulak sebaliknya..apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah minta kat Allah sungguh2 dan menaikkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT..

  Cuti saya banyak yang saya pelajari tentang kehidupan..kerana saya banyak meluangkan masa bersama saudara mara saya dan masyarakat sekeliling saya..apa yang saya dapat buat kesimpulan dengan cara hidup mereka amatlah saya kecewa..acapkali saya diajukan soalan tentang COUPLE atau KEKASIH atau BOYFREIND atau TEMAN LELAKI..naik muak saya nak jawab..bila saya cakap saya takde, diorang tak percaya..diorang anggap, zaman sekarang TIPULAH bila remaja macam saya ni tak berKASIH..seriously??..bila saya kaitkan dengan islam, diorang kata saya ni KOLOT dan KETINGGALAN ZAMAN? Humm…padahal itu yang ISLAM ajar…dAn diorang sememangnya tahu COUPLE tu HARAM…sebab banyak ustaz dalam TV cakap HARAM..kenapa jadi macam tu??itu kerana.. diorang tak yakin dengan hukum hakam Allah..dan diorang boleh main2..nauzubillahmin zalik..**sebelum saya buat umrah, saya ada buat satu appointment dengan seorang tukang urut..kerana waktu tu kaki saya tersangatlah sakit hingga tak boleh bergerak..sedang makcik urut tu urut2 kaki saya, saya cuba bawa bersembang dengan dia..bila kami dah agak selesa, dia mula bertanya saya itu dan ini, saya jawab jer ..sampai satu masa dia tanya tentang BOYFREIND saya yg tak wujud tu..=.=”..saya jawab, ‘eh, makcik, saya takde BUAYA2 FRIEND ni..’..tahu apa respons makcik tu?..dia ajar saya macamana nak TACKLE jejaka idaman SEDUNIA..Ya Allah..makcik ni..saya dengar dan buat pekak jelah..hmm..itulah reality masyarakat sekarang…

 Banyaklah kejadian yang berlaku semasa saya cuti ni..ada yang kata, kalau tak couple, susah nak kahwinla,..susah nak cari lelaki zaman sekarang ni coz banyak dah tukar jd FONDAN…macam2la..

 Apa yang saya nak cuba bawakan, jangan mulakan perkahwinan kita dengan dosa kerana itu hanya membawa kepada KEMURKAAN ALLAH..dan JANGAN gusar…kerana urusan JODOH adalah urusan Allah..apa yang cuba kita lakukan sekarang ini adalah..cuba menjadi seorang wanita MUSLIMAH , MUKMINAH , MUSLEHAH YANG BERLARI MENUJU TAQWA..wsalam..

  Apa yang baik ambil , apa yang buruk jangan ambil..baca jer..insyaallah semua dalam ni baik2 ajer..maaf kalau terkasar bahasa or apa2la..ok…

1 comment:

Anonymous said...

Realiti sekarang, mungkin sukar untuk biasakan yang betul..
dan betulkan yang biasa..

btw, syara' itu yg perlu kita utamakan dalm hidup ni.

 

Template by BloggerCandy.com