Assalamualaikum…kali
ini tugas saya post something dalam blog ini..teruskan membaca..
Sejak akhir2 ini, ramai yang saya dengar akan
melangsungkan perkahwinan..alhamdulillah..classmate saya pun ada yg dah
bertunang dan sebagainya..alhamdulillah…jodoh mereka awal..tak kurang juga ada
dikalangan kita, bila dengar dia ni dah kawin, dia tu dah kahwin, kita pun
menggeletek nak kahwin juga..yer... tak salah nak kahwin awal..tapi perlu ada
cara..cara yg macamana??cara yang diajari oleh islam..cara yang syara’..cara
yang diredhai dan diberkati olah Allah..takkan lah kita nak mulakan permulaan
rumahtangga kita dengan maksiat kan? Dengan cara yang kotor dan Allah tidak
suka… banyak keburukan yang kita akan dapat selepas kita kawin bila melakukan
perkara haram sebelum kita ni ‘halal’..
Pada cuti semester saya yang lepas, saya ada
mengikuti satu program’ daurah pelapis bersama TN Rosdi Baharom..ayat yang
masih segar dalam ingatan saya buat masa sekarang ialah “JIKA AKU PERLU DERHAKA
PADA ALLAH, LEBIH BAIK AKU TAK PAYAH KAHWIN”…pakcik ceriter, disebalik ayat ini
ada satu kisah tentang seorang wanita yang sangat jaga dari segi pergaulan dan
perlakuan..bila ada teman2 nye tanya, “eh, ko ni tak ada couple ke??macamana
nak kahwin??..kalau ko tak kenal sorg jantan pun”..dia jawab seperti ayat
diatas ler…hmm..tengok..maksud ayat dia ..jika dia perlu buat maksiat seperti
msg, keluar date dan perkara2 tu mestilah Allah murka, lebih baik dia tak yah
kahwin..sebab kita nak masuk syurga dengan rahmat Allah..urusan jodoh adalah
urusan Allah semata..Allah tahu yg terbaik untuk kita..kenapa perlu kita gusar?
Sedangkan Allah dah janjikan dalam Alquran, wanita yang solehah untuk lelaki
yang soleh..dan begitu pulak sebaliknya..apa yang perlu kita lakukan sekarang
adalah minta kat Allah sungguh2 dan menaikkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT..
Cuti saya
banyak yang saya pelajari tentang kehidupan..kerana saya banyak meluangkan masa
bersama saudara mara saya dan masyarakat sekeliling saya..apa yang saya dapat
buat kesimpulan dengan cara hidup mereka amatlah saya kecewa..acapkali saya
diajukan soalan tentang COUPLE atau KEKASIH atau BOYFREIND atau TEMAN
LELAKI..naik muak saya nak jawab..bila saya cakap saya takde, diorang tak
percaya..diorang anggap, zaman sekarang TIPULAH bila remaja macam saya ni tak
berKASIH..seriously??..bila saya kaitkan dengan islam, diorang kata saya ni
KOLOT dan KETINGGALAN ZAMAN? Humm…padahal itu yang ISLAM ajar…dAn diorang
sememangnya tahu COUPLE tu HARAM…sebab banyak ustaz dalam TV cakap
HARAM..kenapa jadi macam tu??itu kerana.. diorang tak yakin dengan hukum hakam
Allah..dan diorang boleh main2..nauzubillahmin zalik..**sebelum saya buat
umrah, saya ada buat satu appointment dengan seorang tukang urut..kerana waktu
tu kaki saya tersangatlah sakit hingga tak boleh bergerak..sedang makcik urut
tu urut2 kaki saya, saya cuba bawa bersembang dengan dia..bila kami dah agak
selesa, dia mula bertanya saya itu dan ini, saya jawab jer ..sampai satu masa
dia tanya tentang BOYFREIND saya yg tak wujud tu..=.=”..saya jawab, ‘eh,
makcik, saya takde BUAYA2 FRIEND ni..’..tahu apa respons makcik tu?..dia ajar
saya macamana nak TACKLE jejaka idaman SEDUNIA..Ya Allah..makcik ni..saya
dengar dan buat pekak jelah..hmm..itulah reality masyarakat sekarang…
Banyaklah kejadian yang berlaku semasa saya
cuti ni..ada yang kata, kalau tak couple, susah nak kahwinla,..susah nak cari
lelaki zaman sekarang ni coz banyak dah tukar jd FONDAN…macam2la..
Apa yang saya nak cuba bawakan, jangan mulakan
perkahwinan kita dengan dosa kerana itu hanya membawa kepada KEMURKAAN
ALLAH..dan JANGAN gusar…kerana urusan JODOH adalah urusan Allah..apa yang cuba
kita lakukan sekarang ini adalah..cuba menjadi seorang wanita MUSLIMAH ,
MUKMINAH , MUSLEHAH YANG BERLARI MENUJU TAQWA..wsalam..
Apa yang baik ambil , apa yang buruk jangan
ambil..baca jer..insyaallah semua dalam ni baik2 ajer..maaf kalau terkasar
bahasa or apa2la..ok…