Saturday, March 12, 2011
Thursday, February 17, 2011
T.A.U.B.A.T
Tuesday, February 15, 2011
Maulidur Rasul
Saturday, January 29, 2011
Tuesday, January 25, 2011
manusia dan kehidupan
Sunday, January 9, 2011
Barakalllahulakuma
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tanggal 26 Muharram 1432H, o1o12011 merupakan detik bersejarah buat sahibah kita, Nur Sarah binti Mohamad Azir & pasangannya Muhammad Taufiq bin Montasir. Bertempat di Masjid Ubudiyyah, dihadiri ahli keluarga & teman seangkatan, kedua-duanya selamat diijab kabul dan majlis akad nikah berlangsung penuh debaran dan usikan tak henti dari teman2. Tahniah buat Sarah+Taufiq kerana berjaya menjadi 'da first couple' dalam 15th gen ni. Hmm, pastinya berat tanggungjawab yang bakal dipikul dan banyak cabaran bakal mendatang bagi pasangan muda ni. Apapun, moga berjaya mengatasinya & doa kami pasti mengiringi kalian.
Untuk majlis akad dan kenduri diorang ni, tak ramai sahibah yang dapat hadir. So, agak sedih la juga.Huhu... Alhamdulilllah berpeluang juga berjumpa dan borak2 dengan shbh 15gen walaupun tak ramai.. Antara yang hadir,Taqiah, Fatinah, Syahirah, Leha, Yam Sid, Puteri, Kak Ju, Masturah, Imtisal, Biel Kam, Ayie, Izzatul, Sakinah Nasir+Sabri, Mushi (pengapit), dll lagi. Sungguh, terubat juga rindu walaupun sat saja kita jumpa. Nek keta pun dh macam tin sardin.^_^Moga Allah berkati pertemuan kita. Di kesempatan ni juga nk ucapkan jazakallahu khairan kathiraa buat pasangan pengantin, mak n ayah Sarah yang sibuk menguruskan homestay utk kami (dah la nk handle majlis lagi) n kpd semua. Tq banyak2.
Doa special buat Sarah+Taufiq:بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
~Kenang-kenangan....
02012011Wassalam ^_^
Sunday, December 19, 2010
Wanita

Puisi ini khas kutujukan pada Athifah Basri.Moga dengan peningkatan umur seiring dengan peningkatan amal-amal islami.Moga kauberjaya menjadi seorang doktor bukan hanya sekadar merawat pesakit tetapi menjadi doktrin untuk ummah.Dan buat semua yang bergelar wanita.
WANITA
Engkau indah,
Engkau mulia,
Jangan dicemari sifat bangsawanmu,
Dengan kealpaan dunia sementara,
Sedangkan..
Engkau pembentuk ummah,
Pembentuk bangsa,
Cukuplah lipatan sejarah membuktikan,
Darimu…
Kelahiran susuk2 tubuh pembela agama,
Kelahiran ilmuwan2 kilauan cahaya,
Perubah2 metadologi dunia,
Pemikir2 melangkau masa,
Engkau pemula segalanya,
Keperibadianmu..
Kau bentuk singa2 itu,
Kasih-sayangmu..
Kaupersiapkan saf2 itu,
Itulah kuasamu,
Jangan…Jangan..
Kau jual maruahmu itu,
Walaupun sekecil zarrah,
Jangan..Jangan..
Kau jual keperibadianmu,
Sekadar keinginan dunia,
Kekalkan sifat malumu,
Biar kau kolot di mata manusia,
Biar kau sendirian di dunia,
Asal kau disunting ke syurga,
Asal kau tinggi di mata pencipta,
Persiapkan dirimu duhai wanita,
Kau bisa mengegar dunia,
Kau bisa menjadi pendukung agama,
Sejarah dunia di bahumu,
Ketamadunan dunia di punggakmu,
Tolong…
Jangan kecewakan harapan ummah,
Pelihara dirimu,
Moga kau dapat menghadiahkan,
Satu sosok keperibadian,
Seperti;
As-Syahid Imam Hassan al-Banna,Syed Qutb.
Moga kau wanita menjadi
Transformasi dunia..





