Wednesday, March 31, 2010
Carilah yang telah hilang.
Semoga apa yg kita sedang lakukan,telah lakukan,atau akn lakukan semuanya menaikkan islam dan meruntuhkan jahiliah..AAmin..
HIDAYAH...
sebuah permata yg kita dapat dari sebuah daurah kehidupan di matri..
Apakah ianya masih mekar di hati??
Muhasabahlah diri... mana perginya kata2 yg dulunya menjadi pedoman untuk kita meraih redha ilahi. mana semangat perjuangan kita untuk meningkatkan kualiti diri sebagai mukmin "LUAR BIASA"??
Apakah semangat kobar seorang pejuang kini telah luntur...??
Dihanyut arus jahiliah yg luar nya nmpk indah spt syurga tp dalamnya jijik x ubah seperti neraka..
Ayuhlah!
Sahabat2 semukmin ku sekalian..
MArilah kita SAMA-SAMA bangun kembali meningkatkan kualiti diri sebagai mukmin sejati supaya kita tidak goyah meniti arus kehidupan yang teliti dirancangkan oleh kufur.
Fikirkanla.
Apa kebaikan yang kita lakukan sepanjang cuti ini.. segala butir2 ketaqwaan yg kita terima di matri apakah masih lagi kita amalkan. jangan lah kita biarkan semua tradisi ibadah kita dahulu lenyap di gilis jahiliah di luar.. Semoga ALLAH menjaga dirku dan DIRI KALIAN.. AAAMIN..
Ukhwah Sahabat Qudwah Kami..
Tuesday, March 30, 2010
KAMAR HATIKU
Wednesday, March 17, 2010
perjuangan kita.
Saturday, March 13, 2010
thechoiceisinyourhand!
Assalamualaikum warahmatullah..
moga Allah mnjaga kita, amen..
alhamdulillah, pejam celik pejam celik..
keputusan SPM dah pown dikeluarkan..
macam2 perasaan kte nmpak tme amek result..
ada yg menangis, gembira, blurr, menyesal..
hurmm, walau apa pown perasaan kte..
check balik situasi hati sekarang..
redha tak kita ngan apa yg diberiNya..
so, apa yg diresah gelisahkan..??
skarang nh, amek wudhu'...
solat hajat dan istikharah..
abah kte, result yg Allah bg tue..
salah satu petunjuk,
ke mana kita nak pergi selepas nh..
so, chill my beloved pwen..!
skarang nh..
semua calon2 SPM 2009 sdg sibuk..
sibuk ntuk pilih mne2 U yg sesuai...
internet da jadi cam chipsmore..
maybe sbb terlalu ramai orang yg gne..
hurmm, bagi yg cemerlang.
alhamdulillah..
xyah nak pilih kos ppe..
just isi je sbb insyaAllah diterima..
yg kurang, jangan sedeyh..
kita hanya perlu wat keputusan yg terbaek.
selebihnya biar Allah yg tentukan..
yg penting..
doa.. doa.. doa..
kan Allah da kte,
pintalah apa yg kamu hajatkan,
dan Dia pasti memberi yg terbaek!
Get More Islamic Testi Here!
TAPI!!
hati-hati dalam membuat pilihan..
pastikan kalian telah membuat pilihan yg tepat..
bukan pe, pilihan hari ini
akan menentukan masa depan kamu..!
hati- hati yee..
kakak saya kata,
dia risau tgk adik2 yg baru masuk U nh..
masing2 cam jadi lpe asal usul.
maybe sbb xde persediaan kerohanian yg rapi.
ahaa, kawan2 dah ke KTD tempoh hari, kan??
saya harap, kte akan jadi batch yg disegani..
bukan dikalangan manusia sahaja,
tapi dikalangan penghuni langit jua..
so.. beware of your act!
dimana pown kte.
yg paling penting,
HATI
Rasulullah pown ada bersabda;
dalam diri manusia ada seketul daging,
jika baek daging itu,
maka baiklah insan itu,
jika buruk daging itu,
maka buruk jualah perilaku insan itu.
dan daging itu >>> h.a.t.i
jaga hati elok2..
then, sahabat..
urmm, paling pnting ntuk wt kte tak lpe diri;
sahabat dan biah solehah..
merekalah tunjang kekuatan kita,
tulang belakang kita dlm DnT nh..
apa pown yg berlaku,
glitter-graphics.com
stay together!
jangan jadi manusia rugi,
jadi jangan lpe;
pesan memesan ke arah kebaikan.
kawan- kawan..
tahniah atas result kalian.
jangan bmbang, rezeki ada di mana2..
saya doa Allah memberi kalian yg terbaek!
glitter-graphics.com
sayang kalian, keranaNya~
Monday, March 8, 2010
Result Dah Nak Keluar
Takut, risau, gementar, tak sabar... semua perasaan ada. Ish, time ni juga la nak pening. Perasaan yang dah lama kita tak rasa, tiba-tiba datang.
"Tak sedap hati..."
"Cam ne agaknya result aku ni"
"Eeee... Takut"
Result yang kurang memuaskan pun suatu hadiah jugak sebab...
Rasa sakit bukan selama-lamanya tak berharga sampaikan mesti selalu dibenci. Tapi, rasa sakit itulah yang akan mendatangkan kebaikan untuk kita.
Apa kata kita sama-sama buat air yang manis dari limau yang masam...
Terlampau banyak nikmat yang terus datang untuk kita dan salah satunya nikmat peluang untuk cuba lagi. Jadi, kenapa kita mesti berdukacita atas kegagalan yang hanya satu. Lagipun, bersedih hati hanya akan memadamkan semangat kita, melemahkan azam kita, dan membekukan jiwa kita. Allah pun melarang kita bersedih hati. Nak tahu buktinya? Ada dalam surah Ali-Imran:139
'Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita....'
Allah juga ada describe sifat orang-orang mukmin dalam surah Al-Baqarah:38
'...maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka pula tidak akan bersedih hati.'
Ingat... Kita dah pun cuba the best yang kita boleh, dan Allah tahu tu. Allah tak pernah nak nilai kita dari hasil kerja kita, tapi Dia hitung usaha kita dan tak akan tinggal sikit pun. Orang yang ikhlas dalam beramal akan menerima apa je yang Allah tetapkan dengan penuh kerelaan. Kalau dulu kita usaha tak ikhlas, don't worry sebab belum terlambat lagi. Kita still de peluang untuk terima keputusan Allah dengan ikhlas lepas ni. Allah tetap akan kira keikhlasan tu.
Kita sama-samalah ingat untuk rasa bertuah tak kira apa pun result yang kita dapat sebab...
'Aku kagum terhadap urusan orang yang beriman kerana seluruh urusannya merupakan kebaikan baginya, jika mendapat kesenangan ia bersyukur, maka syukur adalah kebaikan baginya, jika ditimpa kesulitan ia bersabar, maka sabar itu merupakan kebaikan baginya, hal seperti ini tidak akan didapati kecuali pada orang-orang yang beriman'
(HR MUSLIM & SHUAIB)
So, sama-samalah kita teruskan kehidupan dengan penuh rasa tenang, berserah, dan sabar. Lets be happy no matter what sebab gembira dan hati yang tenang merupakan kunci untuk segala-galanya...
Sunday, March 7, 2010
Hati ini...
Hati perlu digilap selalu supaya terus bersinar. Andai kata tugas ini diabaikan, hati akan mati.
- Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkannya
- Membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.
- Mengaku mencintai Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahnya.
- Takut mati tetapi tidak mempersiapkan diri.
- Mengetahui syaitan merupakan musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya
- Takutkan neraka tetapi terus melakukan maksiat.
- Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh
- Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.