Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, June 6, 2009

Kelas Tambahan Masa Cuti?

Perhatian Pelajar Puteri Tingkatan 5!!!

Masa anda terluang begitu sahaja?

Perlukan kelas tambahan Biologi + Sains?

Masih belum 'catch up' dalam subjek ini?

Adakah subjek ini paling 'senang' bagi anda?

Ikutilah kelas tambahan Biologi + Sains (Biologi terutamanya) yang akan diadakan pada akhir cuti penggal ini, hari Khamis, 11 Jun hingga Sabtu 13 Jun (dalam lingkungan hari tersebut) yang akan diajar oleh Cik Nik Nadiah Bt Nik Ramli.
Puteri Kelas Sains Sosial juga boleh mengikutinya kerana subjek ini mempunyai tajuk yang sama dengan subjek sains.
Kepada sesiapa yang berminat, boleh inform kepada .....(tanya kawan yang tahu) dan anda diminta untuk memberitahu topik yang mana anda kurang 'catch up' sama ada melalui sms, ym, emel ataupun menghantar komen di post ini (diminta untuk memberitahu nama).
Ini adalah demi kebaikan kita semua.
Ingat...masa kita untuk menghadapi SPM sudah hampir suntuk.
Demi Islam, jihad fisabillilah....
Korbankan masa cuti fisabillilah..
InsyaAllah amalan kita akan diterima oleh Allah...
Siapa yang berusaha dia dapat, siapa yang menanam dia menuai.
Maka, fikir-fikirlah.....










Wednesday, June 3, 2009

Ummu Habibah




Adakah kalian mengenali Ramlah atau lebih dikenali sebagai Ummu Habibah puteri kepada penentang utama Islam sebelum keislamannya,Abu Sufyan bin Harb.Terdetik rasa kagum di hatiku dgn ketabahannya dalam menegakkan islam untuk dirinya.Marilah kita sama-sama meneliti sirahnya.
Ramlah dan suaminya 'Ubaidillah bin Jahsy telah meninggalkan agama berhala dan menganut agama rabb yang Esa.Bapanya telah melakukan pelbagai paksaan kpd puterinya suami isteri untk memaksa mereka kembali ke agama nenek moyang mereka.Tetapi tidak berhasil.Mereka turut dihina dan diejek oleh orang kafir Quraisy hingga mereka tidak betah untuk tinggal di Mekah lagi.Setelah Rasullulah s.a.w. telah mengizinkan kaum muslimin untuk berhijrah ke Habsyah mereka menjadi antara rombongan pertama berhijrah ke Habsyah.

Pada suatu malam Ummu Habibah telah bermimpi suaminya mendapat kecelakaan di lautan nan gelap dan bergelombang yang bergulungan.Apabila dia tersedar dari mimpinya dia begitu khuatir tetapi dia tidak menceritakan kepada suaminya.Ternyata mimpinya benar,suaminya telah murtad dan menganuti agama nashrani.suaminya menjadi pemabuk yang tidak pernah puas.Suaminya memberi pilihan;cerai atau ikut menganuti agama nashrani.Dia mempunyai beberapa pilihan pertama,Mengikut suaminya yang telah terkeluar dari landasan hidayah atau kedua,pulang ke rumah bapanya yang juga bererti menjadikan agamanya tertindas atau pilihan terakhir tinggal di Habsyah bersendiri tanpa sesiapa yang melindungi.Dia dengan rela hati memilih jalan yang diredhai Allah dari segala-galanya.Selepas iddah dia memperoleh jalan keluar dari suaminya.Tanpa diduga segala kepahitannya hanya ujian dari Allah untuk menguji keimanannya.Kebahagiaan datang mengetuk pintu kehidupannya.Dia telah dikhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w telah melamarnya secara peribadi.Setelah selesai upacara pernikahan dia telah dihantar ke Madinah untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.

Begitulah sirah ringkas mengenai Ummu Habibah.Mungkin kita merasai tiada istimewanya kisah ini.Tapi jika kita meletakkan diri kita di tempatnya pilihan yang manakah menjadi pilihan kita?Tinggal di negara asing sendirian,tambahan Islam ketika itu masih asing bukan seperti sekarang.Adakah kita dengan yakin boleh menjamin kita akan mengikut jejak langkahnya, mencipta arus bukan mengikut arus.Sedangkan realiti kita hari ini kita lebih banyak mengikut arus ;masyarakat menganggap acuan Barat standard-fesyennya,filemnya,gaya hidupnya-gaya funky,James Bond,Hip hop.kita pun setuju tanpa membantah.Sedangkan kita mengaku kita ini muslim,Islam sebagai ad deen(cara hidup) tapi mengapa jadi begini????

Kita baru diacah dengan godaan dunia kita terus tunduk terkulai mengikut.Di mana kekuatan kita?Sedangkan kitalah penggerak kepada harakah ini.Kita adalah pemuda-pemudinya.Remaja sekarang sibuk dengan friendster,chatting, membeli-belah,pakaian berjenama dan sebagainya.Kita turut serta.Bukan di sini bermaksud salah tetapi sejauh manakah keterlibatan kita perkara sebegini dapat meruntuhkan sistem jahilliyah dan membantu dalam pembentukan Islam.Bertambah buruk jika kita turut sama terjebak dalam kancah muda-mudi masakini.Jika kita mempunyai friendster atau mungkin berchatting dengan berpegang kepada matlamat yang jelas untuk menyampaikan Islam yang sebenar.Itu masih boleh diterima tetapi jika kita yang mangaku sebagai daie ini turut sama melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak,bagaimana denngan yang lainnya?Kita harus ingat"Baik itu apa yang dikata baik oleh syarak dan buruk apa yang dikata buruk oleh syarak"

Siapa lagi yang hendak memikirkan permasalahan umat kalau bukan kita?Siapa lagi yang ingin terjun ke dalam masyarakat yang begitu tenat untuk menghulurkan bantuan,kalau bukan kita.Tapi jika kita juga hanya ingin berseronok tanpa mahu membebankan kepala kita,kita sebenarnya pehancur.Ya,kita memahami tetapi tidak menyampaikan dan ditakuti satu masa nanti cahaya hidayah yang membelenggu diri kita ditarik balik oleh Allah swt jadilah kita sesat dengan sebenar-benar sesat.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita yang serba lemah ini,sejauh mana telah kita sumbangkan tenaga kita kepada Islam.Sejauh mana kita telah dengan jerih-payahnya memikirkan tentang kehancuran umat.Sedangkan saudara seakidah kita diinjak kepala-kepala mereka,darah mereka menjadi satu barang mainan sedangkan kita di sini masih tidur...
Bangunlah kita dari peraduan yang panjang sematlah keazaman daulah ini akan kita tegakkan kembali dengan kebersamaan kita dalam perjuangan ini melalui jalan dakwah dan proses tarbiyyah.Moga hari esok membawa sinar baru.......

 

Template by BloggerCandy.com