Tahun ini kita semua akan mengambil Peperiksaan SPM(Sijil Pelajaran Malaysia)Bagaimana dengan perasaaan kita?Takut,gementar atau apa?Kebiasaannya orang akan berkata:
"Takutnya.Tak ready lagi la.Dalam kelas pun asyik tidur aje."
"Relax aar baru bulan tiga.Lambat lagi....Sejauh mata memandang,jauh lagi diri yang merasai."
Tetapi itu jawapan bagi remaja biasa tetapi kita perlu mjadi remaja yang luar biasa.Kita tidak layak.Memang kita tidak layak.Tapi kita perlu melayakkan diri kita untuk status itu.Kita perlu mempunyai matlamat yang jelas mengapa kita perlu belajar.Adakah hanya untuk lulus dengan cemerlang dalam SPM dengan puluhan A?Ataupun demi mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor sakit puan ataupun arkitek yang ternama?Adakah berbaloi penat lelah yang kita curahkan?Memang berbaloi.Tetapi labanya hanya di dunia sahaja di akhirat kelak adakah saham kita juga akan melonjak sama?Mengapa di dunia sahaja?Semuanya bergantung kepada niat kita,matlamat kita.Buat apa kita berjaya memperoleh 21A atau 12A di dalam SPM.Atau kita punya ramai saintis yang kegeniusannya tidak tertanding tetapi tidak sedikit pun mampu memberi sumbangan kepada Islam.Kita megah dengan kejayaan kita.Kita kagum dengan kegemilangan kita tetapi kita lupa tentang betapa umat memerlukan kita.Sedari awal kita belajar kejernihan matlamat perlu kita miliki.Kita belajar,berusaha untuk mencari ilmu adalah untuk merawat kembali kepincangan umat ini.Melalui kebijaksanaan kita dan keteraturan kita.Kita akan bina kembali runtuhan-runtuhan umat ini dengan binaan-binaan yang terancang.Ya, itulah tanggungjawab kita!Jika matlamat kita yang satu ini sudah jelas maka impak yang akan terhasil akan membuktikan kesungguhan kita.Sudah tiada istilah bermalas-malasan.Kita akan mengumpul seluruh kekuatan kita dan akan berusaha semaksimum mungkin untuk berjaya dalam lapangan ini.Walau sesibuk mana pun kita, kita akan cuba berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam peperiksaan kita.Kita akan tinggalkan perkara-perkara yang kurang penting untuk kita fikirkan.Kita tahu waktu-waktu yang menuntut keseriusan kita dan waktu-waktu yang kita boleh berseronok.Apa salahnya di waktu genting begini kita lakukan sedikit pengorbanan.Segala yang manis itu hanya akan diperoleh selepas melalui kepahitan.Jika sebelum ini kita tidur tepat jam 11 malam mungkin sekarang kita boleh tidur sekitar jam 12 malam atau 1 pagi.Jika ada dalam kalangan kita tidak boleh tidur lewat malam mungkin kita boleh bangun seawal jam 4 pagi.Inilah kita namakan sebagai pengorbanan,bukan calang-calang tempat yang ingin kita beli,kita ingikan jannah-Nya.Segala perkara yang kita lakukan kita perlu berfikir ke hadapan kerana segala-galanya merupakan saham akhirat kita.Walaupun kadang-kadang kita rasa letih,tak berdaya tetapi ingatlah akan janji Allah"Jika kamu membantu deen Allah nescaya Allah akan membantu kamu."
Mungkin kadang-kadang kita kecewa dengan keputusan peperiksaan kita.(contonya keputusan sewaktu tingkatan4).Kita rasa kita dah kerahkan tenaga sehabis mungkin tetapi result yang kita dapat tidak sehebat mana.Niat kita juga semata-mata kerana Allah.Kita rasa macam Allah tak bantu kita.Tapi ingatlah apa yang Allah beri itulah yang terbaik untuk kita.Walaupun kadang-kadang nak redha dengan apa yang Allah tetapkan tu rasa macam nak pecah hati kita tapi yakinlah itulah yang terbaik untuk kita.Mngkin Allah tak bantu dari aspek pelajaran sekarang tapi ke hadapan siapa tahu?Allah mungkin bantu kita dari aspek penjagaan hati;tak nak bagi kita riak, ujub.Yakinlah dengan Allah kerana Allah akan menjadi seperti apa yang hamba-Nya sangkakan.Biar orang kata kita tak pandai asalkan Allah dah tahu kita dah usaha semaksima mungkin.Kepandaian bukan hak milik kita tapi usaha merupakan hak kita.Yakinlah.Moga mimpi semalam menjadi nadi dan impian hari ini menjadi realiti.