Salam ukhuwwah dan mahabbah saya ucapkan. Kali ini , saya berhajat nak kongsi resepi bersama pembaca setia blog ini. Resepi kali ini ialah RESEPI SUP MUSHROOM. Bolehlah cuba di rumah ye.
SUP MUSHROOM
Bahan-bahan
-Isi ayam
-400 ml Susu cair/ susu segar
-1 ketul kiub ayam
-1 tin kecil cendawan butang
-Garam (secukup rasa)
-Serbuk perasa (secukup rasa)
-1 cawan tepung gandum
-Air (1000-1500 ml)
Cara-cara
1) Isi ayam dipotong kecil dan rebus bersama air di dalm periuk sehingga masak.Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
2) Kemudian masukkan susu dan kiub ayam.(Pastikan api perlahan untuk mengelak sup meruap)
3) Masukkan cendawan yang dihiris nipis ke dalam sup.
4) Dalam bekas yang lain bancuh tepung bersama air. (Air tidak perlu banyak cukup sekadar melarutkan tepung)
5) Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam periuk sambil di kacau (untuk elakkan tepung dari berketul)
6) Jika hendak pekatkan sup tunggu sebentar dengan api yang sederhana.
7) Sedia untuk dihidang.
5 comments:
sapa da try wat??hehehe...
awat fah?...=)
bminat nmpak..hehe
nnt buat utk kami
tmah..
nnt letak la skali resipi mash potato
sedap jgk
ana stuju..lepas ni tmah post resepi selalu laaa...chef 15zikr...hikhik
yeyayyy!! timah slalu buat kat gerai ma3 dulu! kih3! suka3!
sup cendawan+mushroom soup=sup mushroom...
hehe
Post a Comment