Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung setia untuk blog .
(Sama2 kita selawat ke atas nabi..)
Terima kasih atas kesudian untuk melawat blog yang tidak seberapa hebat mana pun . Moga2 Allah merahmati kita selalu ~
Selepas saya membaca post “Indahnya” oleh Mohamad's daughter , maka saya terdetik untuk mengarang tentang solat . Terima kasih kepadanya, atas post anda yang ringkas tapi begitu menusuk di kalbu . Moga Allah mengira usaha anda dalam berubudiyah kepada-Nya . Ameen ~
KISAHNYA . . .
Saya nak mengupas tentang doa iftitah. Serba sedikit ,
Doa Iftitah ialah doa yang disunatkan dibaca sewaktu permulaan solat. Iftitah bermaksud pembuka. Ia dibaca di mana-mana solat yang fardhu. Hukum membacanya pula sunat. Jika tidak melakukanya, tidak perlu sujud sahwi.
(sumber wikipedia doa iftitah)
Saya teringat suatu ketika saya masih berada di MATRI , ketika itu murrobi kita iaitu Cikgu Azmi Bahari sedang memberi ceramah di surau. Selain itu, beliau selitkan teguran tentang imam pada waktu Zohor , katanya beliau kurang suka untuk melakukan solat berjemaah pada waktu Zohor , kerana terlalu cepat sehingga tidak sempat untuk membaca doa iftitah (terngiang2 lagi). Sementara itu, terlintas di fikiran saya
“ Laaa…bukan doa iftitah tu sunat kan…tak buat tak pa..” (dalam hati)
Cikgu terus sambung kata2nya (dalam bentuk macam ni tapi bukanlah sebulat2 sama) ,
“Sememangnya doa iftitah tu sunat dalam solat , tetapi kalau ia tidak dilakukan, ia diibaratkan kita masuk rumah tanpa pintu diketuk dan berikan salam pada dalamnya. Oleh itu, kita masuk rumah Allah, kita mesti mengetuk pintu-Nya dan memberi salam pada-Nya.”
Baru saya faham selepas itu, tidak pernah saya terlintas pasal perkara ini . Doa iftitah ibarat memberi salam kepada Allah. Memang nampak remeh tetapi ia bernilai di sisi Allah! Bila saya dapat konklusikan, memberi salam kepada orang lain SUNAT , tapi kita selalu lakukannya. Baca doa iftitah juga SUNAT , tapi kita jarang lakukannya sedangkan kita nak masuk rumah ALLAH tu iaitu rabb kita! Malunya kita terus2 reda je rumah Dia tanpa ketuk pintu dan berikan salam. Dah la rumah DIA bukan rumah sebarangan. Kerdilnya kita di sisi-Nya, kadang2 difikirkan tidak layak untuk mendapat syurga-Mu ya Allah!
Mari kita teliti ayat2 doa iftitah beserta maknanya sama2 ^^
اَللهُ أَكۡبَرُ كَبِيۡرًا وَالۡحَمۡدُلِلَّهِ كَثِيۡرًا وَسُبۡحَانَ اللهِ بُكۡرَةً وَ أَصِيۡلاً
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam.
وَجَّـهۡتُ وَجۡـهِيَ لِلَّذِيۡ فَطَرَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ حَنِيۡفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِيۡنَ
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
إِنَّ صَلَاتِيۡ وَنُسُكِيۡ وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِيۡ لِلَّهِ رَبِّۤ ٱلۡعَالَمِيۡن. لاَ شَرِيۡكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِيۡنَ
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Rasa malu dan macam tak layak kita dijunjung di sisi-Nya :(
Ayuh kita lakukan panjakan paradigma sama2 ~
Amalkan doa iftitah dalam solat kita dan semoga Allah memberkati ibadah kita . Ameen~
truly : ard's :)
No comments:
Post a Comment