Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah
Showing posts with label Hadith dan Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Hadith dan Mutiara Kata. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Peliharalah Allah

"Sampaikanlah walau satu ayat.."




Saya suka sngt dengan kata2 ni. Kata2 daripada salah seorang sahabat Rasulullah.Orang kata better share apa yang kita suka dengan orang yang kita sayang kan.. Jadi saya share ni sebab saya SAYANGKAN KALIAN!! ^^ moga bermanfaat buat kita semua.


"ketika IMANmu sedang TINGGI , lakukanlah 
amalan SUNAT dan WAJIB sebanyak mungkin, 
namun, apabila IMANmu sedang LEMAH, 
PELIHARALAH yang WAJIB"

-Saidina Ali bin Abi Thalib-

Friday, April 20, 2012

Mari amalkan hadith

Assalamualikum w.b.t. kepada sidang pembaca. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kita rafakkan kepada Allah s.w.t. kerana masih menganugerahkan kita nafas ini sekaligus memberikan kita satu lagi peluang untuk mempebahrui diri dan menjadi hamba yang lebih dekat kepada-Nya. Kadang-kadang apabila Allah anugerahkan nikmat nafas dan peluang ini setiap hari, kita hampir menjadi insan yang lupa kepada nikmat-Nya. Lupa akan nafas yang dipinjamkan dan lupa akan peluang waktu yang dianugerahkan. Marilah sama-sama kita cuba pertingkatkan diri dalam meraih kasih, cinta dan redha-Nya. Amat rugi peluang masa ini kita sia-siakan dan amat mengecewakan apabila kita pulang bertemu Allah kelak dengan tangan yang kosong sedangkan dia telah meminjamkan kita peluang masa selama hampir mungkin 20,30 hatta 80 tahun sekalipun.Sama-sama kita fikirkan sejenak supaya jiwa kita menjadi lebih peka dan hidup.

Entry kali ini sebenarnya saya berhajat berkongsi mengenai "Penyelesaian masalah melalui jalan taqwa". Tetapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah saya akan berkongsikan tajuk ini pada entry yang akan datang. Sebagai ganti, saya akan berkongsi beberapa hadith pendek yang boleh kita amalkan. Sebenarnya hadith2 ini merupakan keratan-keratan daripada hadith yang panjang. Sewaktu saya kecil-kecil dulu, dalam usia 9-10 tahun, apabila diadakan usrah keluarga, ayah saya akan membaca hadith2 pendek ini. Dan kami adik-beradik diwajibkan menghafal maksud hadith-hadith ini. Tetapi kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah kami  adik-beradik menggunakan hadith tersebut sebagai hujah..Salah satu hadithnya "Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya." Setiap kali hendakkan sesuatu umpama berebut siaran tv mana yang hendak ditonton, hadith ini amat popular untuk saya dan adik-beradik lontarkan. Kenangan-kenangan lama yang membentuk saya menjadi insan hari ini..

Berbalik pada hadith yang ingin sya kongsikan.Saya akan kongsikan 5 hadith pendek..Mari sama-sama kita amalkan..

1) Rasulullah s.a.wbersabda ; Sesiapa yang berselawat padaku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim)

2) Sesiapa yang melepaskan kesukaran yang dihadapi oleh seseorang Muslim di dunia, Allah akan melepaskan daripada kesukaran pada hari kiamat.
(Muttafaq 'alayh)

3)Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.
(Muttafaq 'alayh)

4) Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikan, dikekang mulutnya pada hari kiamat dengan kekangan api neraka.
(Riwayat Tarmidzi)

5) Tiada 2 orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah.
(Riwayat Abu Dawud)

Semoga kita semua beroleh manfaat daripada hadith-hadith di atas. Mari kita cuba amalkan hadith-hadith ini dalam kehidupan seharian kita. Segala yang baik adalah hak mutlak Allah, segala yang buruk dari saya selaku insan yang lemah. Walaubagaimanapun, marilah sama-sama kita mengambil manfaat untuk menjadi insan yang lebih dekat kepada-Nya.

Wednesday, July 27, 2011

sebuah cinta

keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah cinta,
kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis.
kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan,
keyakinan pada janji2 Allah,
menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar,
kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.....

Saturday, July 23, 2011

Bersabarlah wahai teman..




Sabarlah wahai sahabat..,



Luas mencabar kehidupan ini



Segala kepahitan sukar dilupai



Bagaimanapun langkah harus kau lalui



Tabahkan jua dalam mengharungi







Sabarlah wahai sahabat..,



Sifatmu membawa kebahgiaan diri



Junjungan peribadi Nabi yang dicintai



Kemanisan hidup bakal menerangi



Kekuatan dalam meneruskan hari-hari







Sabarlah wahai sahabat...,



Setiap dugaan datang menguji



Adakah dirimu mampu mengharungi



Walaupun perit untuk menjalani



Dikau pasti berjaya menangani







Sabarlah wahai sahabat..,



Hanya Pemilikmu lebih menghetahui



Keyakinan kepadaNya sahaja mengubati



Ibarat mutiara yang sukar ditemui



Ketahuilah yang terbaik bakal menanti







BERSABARLAH WAHAI SAHABAT......







p/s: "m0ga ketabahan sentiasa bersamamu, ketahuilah bhw namamu sentiasa berada didalam d0aku.."



_virus s0pan santun_







"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"



~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

Friday, July 22, 2011

Pandanglah dengan Keteduhan Kasih Sayangmu



Rasulullah s.a.w bersabda, " Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih sayang nescaya Allah akan mengampuni dosa2nya."
Mari berbicara tentang kasih sayang ..kerana ia adalah fitrah bagi manusia. Dan manusia tak dapat hidup tanpa kasih sayang. Yang paling kita perlukan ialah kasih sayang Allah pada kita dan seterusnya tidak dapat tidak kita perlukan juga kasih sayang sesama manusia. Hidup kita akan gersang, sunyi tanpa kasih dan sayang. Jadi, marilah sama2 kita wujudkan, suburkan benih kasih sayang ini...
Sahabat2, Allah s.w.t telah memberi kita tawaran, tawaran untuk mengapuni dosa2 kita..Apakah kita tidak ingin merebut tawaran yang telah Allah tawarkan ini? Cuba kita fikirkan, apakah pandangan yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah pandangan sekilas atau pandangan yang dipenuhi keteduhan kasih sayang? Yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah pandangan yang ditujukan pada hati dan mengajaknya berbicara dengan lemah lembut. Ibarat kamera, hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang sangat indah. Itu semua tidak akan terwujud kecuali dengan pandangan yang tulus dan suci, pandangan yang penuh kasih sayang dan penuh rasa cinta kerana Allah.
Setiap hari mata kita melihat, bukan? Bila kita bangun dari tidur, sampailah kita tidur semula dan memejamkan mata kembali. Bukankah di sekeliling kita dipenuhi wajah2 insani, yang mana sebenarnya mereka merupakan saudara seislam kita..Mereka juga memerlukan sentuhan hidayah dan kasih sayang..Maka, wajarlah kita memandang mereka dengan pandangan yang penuh kasih sayang dan penuh rasa cinta kerana Allah. Kerana apa? Mata adalah sarana terpenting bagi seorang da'i dan merupakan wasilah yang dampaknya sangat besar bagi mad'u. Kerana ketika seorang da'i memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seseorang yang dipenuhi oleh rasa dengki saja sudah dapat menghancurkan, maka..pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam mengantarkan pada kebenaran yang akhirnya dapat mempererat barisan dan memperkuat bangunan ikatan hati sesama manusia. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia. Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Dalam petikan sirah nabawiyah juga dipaparkan betapa Rasulullah sentiasa menghiasi kehidupan dengan nuansa keindahan.
Kaum muslimin yang waktu itu sedang mengerjakan solat merasa gembira tatkala melihat Rasulullah s.a.w membuka tirai dan memandang dengan tersenyum kepada mereka. Padahal waktu itu (di hari2 akhir hayat Rasulullah) Rasulullah sedang sakit, sehingga mereka mengira bahawa Rasulullah telah sembuh dari sakitnya. Mereka tidak menyangka bahawa itu adalah pandangan perpisahan.
Sedikit perkongsian ini moga2 dapat memberi manfaat pada kita. Perkongsian ini saya petik dari buku Bagaimana Memyentuh Hati karangan Abbas Assisiy, sangat best buku ni=>. Indahnya hidup ini andai kita tidak lokek memberi. Berikan kasih sayang, senyuman anda kepada saudara2, teman2 anda dengan wajah yang menyenangkan. Sekurang2nya kita telah memberi sedikit hak mereka dengan mempamerkan wajah kita yang menyenangkan. Mudah2an dapat tambah akaun pahala kita, Insyaallah.

Monday, July 11, 2011

Persiapan dengan puasa

"Diriwayatkan dari Aisyah r.a. :dia berkata,'Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengira beliau tidak berbuka.Dan baginda berbuka hingga kami mengira baginda tidak berpuasa.Tidaklah kami melihat Rasulullah menyempurnakan puasanya sebulan penuh selain bulan Ramadhan,dan tidaklah kami melihat baginda berpuasa lebih banyak selain bulan Sya'ban."

(H.R Imam Bukhari)


Kita bagaimana?

Monday, July 4, 2011

Bertemu dan berpisah~



Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah
.

Sunday, June 26, 2011

jika dan jika

SAHABAT,

jika hari ini aku terlalu gembira,

sedarkanlah aku dengan amaran Allah,

jika aku bersedih tanpa kata,

pujuklah aku dengan tarbiyah Allah,

jikaku lemah tak berdaya,

ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,

jika ada antara kita tembok yang memisahkan,

ajaklah aku meleraikannya,

jika hatimu yang terluka,

luahkanlah agar aku berubah,

dan jika aku lena tanpa jaga,

iringilah lenaku dengan kalungan doa..

Sunday, June 12, 2011

Quote for the day




Life is a test,
Islam is the Best,
Prayer is a must,
Akhirat is for rest,
the world is only dust,
if Al-Quran is in the chest,
nothing needs next,
obey Allah first,
success will be next..


~Husna Romazi , Syria ~

tentang sahabat


sahabat yang beriman ibarat matahari 
yang menyinari semesta alam, 
sahabat yang setia ibarat wangian 
yang mengharumkan si pemakai, 
sahabat sejati ibarat pendorong impian
untuk mencapai kejayaan, 
sahabat berhati mulia ibarat penyuluh
membawa ke jalan Allah.

Monday, November 22, 2010

Bohong!


Bercakap bohong termasuk perubatan keji dan dimurkai Allah s.w.t.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

"Apabila seseorang hamba itu berbohong nescaya malaikat menjauhi diri sebatu daripadanya kerana bau perbuatan yang dilakukannya itu."
((Riwayat at-Tarmizi))

Monday, November 15, 2010

Saturday, March 14, 2009

SemanGaTmu iNspiRasi kAmi..

Ya Jundullah...
Syabab Palestin di semenanjung Ghaza..
Yang telah membangkitkan kembali semangat jihad kaum muslimin seluruh dunia...
Moga jihad kalian tidak sia-sia
Moga perjuangan kalian kan bisa mengembalikan pasukan berkuda putih,
Yang sedia menjadi pembela pada bila-bila masa
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Dan tidak rela menjadi boneka
Yang akan meramaikan tokoh yang sedikit sekali..
Setia mengangkat kemuliaan agama
Menggadai nafsu dunia dan seisinya..
Wahai Asadullah..
Engkau pemangkin semangat
Wahai Saifullah..
Perjuanganmu bagai gelombang
Yang memetik api jihad yang terkambus dek hujan kemewahan
Demi menyatukan hati-hati
Yang rindukan JIHAD!
Yang cintakan SYAHID!
Wahai tentera Allah
Semangatmu Inspirasi Kami!

Tuesday, December 23, 2008

Jika hanya Allah tujuanmu...











"Jika
hanya Allah yang kamu tuju, maka kemuliaan akan datang dan mendekatimu. Tetapi jika tujuanmu hanya mencari kemuliaan, maka akan terputuslah kamu dari jalan Allah kerana kemuliaan sifatnya mengikut. Maka jika kamu menuju Allah, kemuliaan akan mengikutimu, tetapi jika kamu hanya mencari kemuliaan, Allah akan meninggalkanmu. Jika kamu telah menuju Allah kemudian tergoda untuk mencari kemuliaan, maka Allah dan kemuliaan-Nya akan pergi meninggalkanmu."

-ibn qayyim al-jauziyah-






renungkan bersama... ilmu yang kita miliki haruslah bisa mengangkat darjat kita disisi-Nya bukan sekadar untuk menghadapi ujian duniawi...namun sedarlah natijah kejayaan kita yang mampu membuka mata manusia serta menjulang kegemilangan islam...islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya...
 

Template by BloggerCandy.com