Assalamualaikum wbt
Moga hingga saat ini, kita berada ketaatan, naungan kasih sayang dan Rahmat Allah hendaknya..
Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w ,:”Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)
Mari kita fikirkan, Maksiat VS Taat
Apa yang anda simpulkan? Dalam hidup ini, Bilamana kita tidak berada dalam ketaatan kepada Allah, maka kita berada dalam keadaan maksiat pd Allah. Dan lagi parah dan bahaya kalau kita xrasa sensitive dan berdosa ketika melakukan maksiat. Hanya bagi penderhaka sahaja maksiat itu suatu yang manis buat mereka. Naudzubillah, kt mhn perlindungan Allah dr tergolong dlm golongan penderhaka .
KESAN2NYA:
1) TIDAK MENDAPAT ILMU YANG DIBERKATi
2) TIDAK MENDAPAT REZEKI YANF DIBERKATI
~Seorang hamba itu tidak mendapat rezeki kerana dosa2 yang dilakukannya
~Taqwa mandatangkan rezeki Allah yg diberkati, jika kita tinggalkan taqwa, maka jadilah kita hamba yang fakir
3) MENIMBULKAN KERISAUAN, SEPI, KEGELISAHAN DI HATI
~Andai seisi dunia diberi padanya, tetap tidak akan dapat menghilangkan kegelisahannya di hati
~Org yg gemar melakukan maksiat, akan rasa terasing dr orang atau suasana yang soleh. Hati yang terasing ini akan terus mendekati maksiat, dan mendekati dolongan yang juga suka melakukan maksiat
4) BANYAK MENDAPAT KESULITAN
5) MENGAKIBATKAN KEGELAPAN DLM HATI
Perhatikanlah atsar Ibnu Abbas berikut ini :
"Sesungguhnya setiap kebaikan itu menciptakan cahaya dalam hati, sinar pada
wajah, kekuatan pada fisik, dan keluasan dalam rezeki. Dan sesungguhnya pula
setiap kejahatan itu menciptakan kegelapan dalam hati, rona hitam pada
wajah, kelemahan pada fisik dan kesempitan dalam rezeki"
6) MELEMAHKAN HATI DAN BADAN
~ Kekuatan fizikal terletak pada kekuatan hati
7) MENGHILANGKAN KETAATAN PADA ALLAH
Takut sangat, klu kita terus-terusan bermaksiat pada Allah, lama2 kita xrasa lagi bahawa kita perlukan Allah,kita xrasa lagi bahawa kita perlu taat pada Allah. Kalau Allah biarkan kita, kpd siapa lagi kita mahu bergantung harap?
8) MENGURANGKAN UMUR, MENGIKIS KEBERKATAN
~ Umur yang berkat ialah umur yang bernilai
~ Hidup ini adalah hidupnya hati dan bersama dengan Allah. Hidup ini dinilai bilamana hati itu hidup. Umur itu juga dinilai pada ketaatan kita pada Allah.
~ Jika hidup ini berpaling dr Allah dan sibuk dengan kemaksiatan, maka hilanglah nilai hidup yang hakiki. Dan kita tak nak jadi orang yang rugi ketika berhadapan dengan Allah kelak.
Wallahu a’lam. Sama2 kita pelihara diri . Kerana kesan melakukan maksiat bukan sahaja di dunia, tetapi hingga akhirat sana. When we commit sin, it will lead us to hell (neraka Allah). Naudzubillah. Mari menjejaki langkah2 ahli syurga.
1 comment:
Nauzubillahiminzalik.Ya Rabbi, Ampunilah segala dosaku..amin..
thanks peringatan ni ukhti.^^
Post a Comment