Terdetik rasa rindu dalam hati ini
biarpun sudah bertahun rasa ini terpenjara
namun setiap kali jasad terpisah
kala itulah perasaan itu berbunga
mekar menyuburkan rasa dalam jiwa
ingatan tulus melayang padanya
Kerana ukhuwah yang telah lama tersemat
kita sama menyubur aura semangat
dalam keghairahan kita mengejar impian dunia
kita turut bersama memburu akhirat
kita melangkah dengan yakin
kerana tawakal menjadi senjata
kerana doa menjadi perisai pemelihara
Kalau dulu daku pernah tersungkur
tanganmu meraih kembali ke pelantar kesedaran
bicaramu membibitkan peringatan
katamu menyalakan kekuatan
hati gersangku tersiram harapan
sanggul budi tersemat dicelah rerambut persaudaraan
cincin mesra tersarung di jemari persahabatan
Kini sekali lagi perpisahan menjemput datang
kita kembali berkelana berjauhan
meski kesedihan menerpa sanubari
namun jiwa tetap utuh berdiri
moga kita tetap istiqomah atas jalan dakwah
terus bersenandung dengan madah tarbiah
kekal bernafas dengan hembusan iman
sentiasa berdegup dengan detakan taqwa
kekal hidup atas nama lailahaillah...
2 comments:
Ruziah , anti yang karang sendiri kee . terer nyaaa . sasterawati gitu . good job anyway .Ada button like tak ? hihi . :D
like..
Post a Comment