Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Wednesday, October 5, 2011

.: PepeRiKsaaN:.

Pertama sekali di sini diri ini ingin mengucapkan TAHNIAH buat sahibah seperjuangan kami yang telah selamat melahirkan cahaya matanya yang pertama(‘Baby Girl’-mesti ‘cute’ sangat)…

Untuk ‘post’ kali ini memang ketandusan idea untuk mencoret sesuatu dalam blog ‘batch’ ini…tapi diri ini tetap memerah otak untuk mencari idea dan akhirnya memutuskan untuk mencoret tentang peperiksaan yang kalau boleh ingin dielak oleh sebahagian manusia yang bergelar pelajar…antara dialog yang selalu digunakan oleh sebahagian pelajar adalah seperti, “belajar bolehlah,tapi bila masuk bab kena ‘exam’ ni lemah sikit”(termasuk diri ini)

Tapi satu ayat yang dituturkan oleh ustaz dimana berbunyi sebegini, “korang tidak mahu peperiksaan bermaksud korang juga tak mahu menghadapi Hari Akhirat dimana saat itu juga satu peperiksaan ataupun penilaian untuk kita yang bergelar makhluk pada-NYA”…(lebih kurang sebegitu yang diri ini faham…ada sesetengah ayat itu di edit untuk membuatkan enak didengar sebab ustaz itu agak ‘sempoi’)

Terpana seketika diri ini…betul juga lah apa yang dikatakan oleh ustaz itu…rasa hati ini dipanah bertalu-talu kerana malu sendiri kerana tidak pernah menyedari perihal itu…



Hari Akhirat merupakan hari ujian untuk kita dimana semua persediaan yang kita lakukan semasa hidup di dunia akan dinilai pada hari itu dan keputusannya ada dua sahaja iaitu syurga atau neraka dan tiada di antaranya.

Jadi menjadi tugas kita untuk mencorak keputusan yang kita akan dapat(moga syurga lah buat kita). Memang dalam kehidupan kita ini kebanyakan hanya 2 pilihan sahaja yang diberikan. Sebagai contoh menjadi insan yang baik atau jahat. Menjadi tanggungjawab kita untuk menentukannya sendiri...apapun 'THE CHOICES IS IN YOUR HANDS"...^^

P/s: Moga perkongsian ini mampu menjadi ingatan untuk diri…walaupun ringkas tapi moga bermanfaat..

Posted by: ~nurizbah~

2 comments:

SFMS said...

peringatan berguna utk diri ni juga.bru sem 1 dh rasa mcm2.bru ujian di dunia.blm lg ujian akhirat yg mnjadi pnntu sgl2nya.hakikatny ujian yg dilalui sndri mrupakan satu fasa utk kta tingktkn iman.wallahu'alam

p/s:td ternmpak ust zaki kt foyer FEM..tp x bertegur pn sbb ustaz tgh cp dgn org lain + nk kjar bas tgh2 hujan.ust jd pengajar kt USIM kah?

~nurizbah~ said...

entah lah...
tidak pasti juga...
tak dengar apa-apa lah pula dari ustazah aminah

 

Template by BloggerCandy.com