Assalamualaikum w.b.t. Maaf atas kelewatan dalam menjalankan tanggungjawab. Moga Allah ampunkan segala kelemahan diri ini. Saya ingin berkongsi dengan anda semua perihal solat berjemaah. Rujukan ini saya ambil dari buku Fiqh Sunnah karya, Sayyid Sabiq. Moga anda semua beroleh sesuatu dan dapat menambah ilmu untuk bekal di dunia dan sebagai saham untuk pulang ke akhirat. SELAMAT MEMBACA!!
SOLAT JAMA’AH
Solat jama’ah adalah dalam sunat muakkad. Antara hadith-hadith yang menghuraikan keutamaannya:
1) Dari Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Solat berjema’ah itu lebih utama dari solat sendirian sebanyak 27 darjat”.
2) Dari Abu Hurairah pula Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Demi Allah yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya! Saya bermaksud hendak menyuruh org-org mengumpulkan kayu bakar, kemudian menyuruh seseorang menyerukan azan solat lalu menyuruh seseorang pula menjadi seorang imam bagi orang banyak. Maka akan saya datangi orang-orang yang tidak ikut berjema’ah, lalu saya bakar rumah-rumah mereka.”
1) SOLAT JAMA’AH UNTUK WANITA
Kaum wanita boleh bersolat jema’ah di masjid dengan syarat harus menjauhi sesuatu yang menimbulkan fitnah seperti perhiasan atau haruman yang digunakan.
Dari Ibn Umar bahawa nabi s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu larang wanita-wanita itu pergi ke masjid, tetapi di rumah itu lebih baik untuk mereka.”
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda;
“Janganlah kamu larang wanita-wanita itu pergi ke masjid-masjid allah, tetapi hendaklah mereka keluar tanpa memakai harum-haruman.”
2) SUNAT BERSOLAT DALAM MASJID YANG TERJAUH LETAKNYA & TERBANYAK ANGGOTA JEMA’AHNYA.
Hadith daripada Jabir katanya, “Di sekitar masjid terdapat tanah-tanah kosong, maka Bani Salamah ini pindah berdekatan masjid. Hal itu, sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. maka sabdanya, “Ku dengar berita bahawa kamu akan pindah berdekatan masjid, benarkah itu.” Ujar mereka “ Benar ya Rasulullah, kami bermaksud demikian.” Beliau pun bersabda, “ Wahai Bani Salamah tetap sahajalah di tempat masing-masing jejak langkahmu pasti dicatat.”
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Solat seseorang dengan yang lain adalah lebih baik dari solat bersendirian, solatnya dengan dua orang lebih baik dari solatnya berdua, dan mana yang banyak itulah yang lebih disukai Allah.”
3) SUNAT BERJALAN KE MASJID DENGAN TENANG
Berjalan ke masjid disunatkan dengan perlahan-lahan dan tenang dan dimakruhkan dengan tergesa-gesa.Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Jika kamu mendengar suara qamat, maka pergi solat dan jagalah agar perlahan-lahan dan tenang. Jangan tergesa-gesa mana yang dapat secara jema’ah lakukanlah dan mana yang ketinggalan susurkanlah.”
4) DISUNATKAN IMAM MERINGANKAN
Imam disunatkan meringankan solat bagi para makmum berdasarkan hadith Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika salah seorang daripada kamu bersolat dengan orang banyak, hendaklah diringankan kerana di antara mereka ada yang lemah, sakit atau tua. Adapun jika mereka solat sendirian, boleh dipanjangkan sehendak hatinya.”
Dari Anas sabda Rasulullah s.a.w. besabda:
“Sungguh, ketika saya akan masuk mengerjakan solat dan bermaksud memanjangkannya, saya mendengar tangis seorang bayi maka saya percepatkan solat kerana saya mengerti betapa berat perasaan ibu bayi kerana tangis bayinya tadi.”
5) MELAMBATKAN RAKAAT PERTAMA
Imam disunatkan melambatkan rakaat pertama apabila dirasakan ada orang yang baru masuk dengan maksud menunggunya berjema’ah. Disunatkan juga mananti seseorang yang akan mengikuti jema’ah di waktu imam mengerjakan ruku’ dan duduk yang akhir.
6) MAKMUM WAJIB MENGIKUTI IMAM
Diwajibkan bagi makmun mengikuti imam dan haram mendahuluinya.
Dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud disebutkan, “Imam itu diadakan adalah untuk diikuti, maka jika dia takbir, takbirlah kamu dan janganlah kamu takbir sebelum dia takbir, dan jika dia ruku’ maka ruku’lah dan jangan kamu ruku’ sebelum dia ruku’ dan jika dia sujud maka sujudlah dan janganlah kamu sujud sebelum dia sujud.”
Dari Abu Hurairah katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidakkah kamu takut seandainya mengangkat kepala terdahulu dari imam, bahawa Allah akan mengubah kepalamu menjadi kepala keldai dan merubah rupamu seperti rupa keldai.”
7) BEROLEH PAHALA JAMA’AH WALAUPUN HANYA DENGAN SEORANG MAKMUM
Pahala jema’ah boleh didapati walaupun bersolat bersama anak kecil atau wanita.
Dari Ibn Abbas diriwayatkan, “ Saya menginap di rumah bibiku Maimunah. Nabi s.a.w. bangun untuk bersolat malam. Saya pun mengikutinya dan berdiri di sebelah kirinya. Dipegangnya kepalaku dan diperintahkannya berdiri di sebelah kanannya.”
Dari Abu Sa’id diriwayatka bahawa ada seseorang masuk masjid sedang Rasulullah s.a.w telah selesai bersolat dengan para sahabat maka beliaupun bersabda, “ Siapakah kiranya yang suka bersedekah kepada orang ini dengan bersolat bersamanya? Maka berdirilah salah seorang di antara mereka dan bersolatlah bersama orang tadi.”
8) IMAM BOLEH PINDAH MENJADI MAKMUM
Seorang imam itu boleh berpindah menjadi makmum apabila kedudukannya hanya sebagai wakil imam tetap, misalnya imam tetap itu muncul secara tiba-tiba. Contohnya, satu ketika Abu Bakar menjadi imam solat. Kemudian Rasulullah datang berdiri di saff pertama. Para makmum menepuk tangan member isyarat kedatangan baginda. Abu Bakar pun menoleh dan Rasulullah segera member isyarat agar Abu Bakar tetap di tempatnya serta meneruskan solat tetapi Abu Bakar mengundurkan diri dan Rasulullah pun mengambil-alih menjadi imam hingga solat selesai.rasulullah bertanya kepada Abu Bakar kenapa dia tidak menerskan menjadi imam. Ujar Abu Bakar, “Tiadalah layak aku bersoalat di hadapan Rasulullah s.a.w.” Kepada makmun baginda bersabda, “Jangan bertepuk tangan teapi barangsiapa yang merasakan ada gangguan dalam solat maka hendaklah dia bertasbih sebab bila bertasbih haruslah dia menoleh.Menepuk tangan adalah buat kaum wanita.”
9) MENDAPATKAN RAKAAT BERSAMA IMAM
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh seorang makmum adalah melakukan takbiratul ihram sambil berdiri seterusnya melakukan apa yang di lakukan imam pada waktu itu. Makmum dianggap mendapat satu rakaat bersama imam apabila dapat rukuk dengan sempurna bersama imam ataupun hanya sekadar sempat membongkok mencapai kedua lututnya sebelum imam mengangkatkan kepalanya.
Dari Abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jikalau kamu datang untuk bersolat dan kami sedang sujud dan sujudlah dan jangan dimasukkan hitungan.,Dan barangsiapa yang mendapatkan rukuk beerti dialah mendapatkan solat.”
Adapun makmum yang masbuk, hendaklah ia mengerjakan sebagaimana yang dikerjakan imam. Setelah imam member salam, hendaklah ia takbir waktu berdiri untuk menyelesaikan solatnya.
No comments:
Post a Comment