Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, September 29, 2011

Closer Than Veins

CLOSER THAN VEINS
What’s the meaning of “closer than veins”?..ops speaking b.i plak, satgi tertonggang tebalik grammar malu kat orang! Closer than veins? Tajuk ni sangat menarik perhatian orang-orang seperti kita sebab kita meminati kumpulan outlandish, tahu tak kumpulan outlandish ni kumpulan ape? Kalau nak tahu pi cari kat youtube..misti korang tahu… maksudnya cari sendirilah malas kita nak lari dari focus kita yang satu ni.
Closer than veins bermaksud ‘lebih rapat dari urat vena’ tahu tak urat vena apa? Urat vena banyak terdapat dalam tubuh badan kita, tapi nak difokuskan oleh aku adalah urat vena yang berada leher kita iaitu urat besar yang dikenali sebagai urat pernafasan kita lebih senang kata rongga yang mengalir dari hidung ke paru-paru. Entah la betul atau pun tidak sebab bukan terer sangat biologi. Ok,ok. Cukup nanti lari dari focus tajuk.
Ada hadis mengatakan bahawa syaitan itu berlari-lari di urat darah kita, tetapi Allah kata Allah itu lebih dekat dari urat nadi kita… nak dikatakan di sini adalah Allah itu sentiasa dekat dengan kita walaupun syaitan sentiasa membisikkan kejahatan dalam diri kita. Kita sebagai orang islam yang mengakui keagungan Allah yang mengakui keberadaan, Allah perlu sentiasa merasakan ‘muraqabatullah’ iaitu pemerhatian Allah. Allah lebih dekat dari urat nadi, kalu urat nadi sangat dekat, bukan dekat tetapi memang dah ada dalam badan kita..tapi Allah lebih dekat dari tu. Korang boleh bayangkan tak betapa Allah sangat dekat dengan kita, mesti tak boleh bayangkan sebab tidak terjangkau oleh akal dan fikiran, tapi boleh diterima dengan keimanan.
Terselak helaian lama buku haluan yang dedulu… penemuan air tawar di dasar lautan yang masin telah mengislamkan seorang peneroka kafir hanya dengan mendengar penjelasan ayat al-quran berkenaan pemisahan antara air tawar dan air yang masin di lautan itu tidak akan bercampur dengan izin Allah. Dia merasakan bahawa ada suatu kuasa yang agung telah mengatur segalanya hatta sekecil dan sebesar-besar hidupan, apabila memerhatikan keindahan alam yang tiada taranya terasa ada Tuhan yang memegang nyawa yang ada pada mereka. Kalau dia boleh rasa apatah lagi kita kan?
Seketika kita terasa lemah bila diuji, terasa kerdil bila dipinggir, terasa tersisih bila ditinggalkan. Namun sedarlah kita tidak pernah ditinggalkan oleh Allah, kita tidak pernah disisihkan oleh Allah, Allah sentiasa berada dekat dengan kita.
“ Ingatlah kepada-KU, AKU akan ingat kepada engkau”

2 comments:

Anonymous said...

perkongsian yang ringkas tapi insya-allah cukup bemanfaat.

sinarharapan said...

terima kasih atas perkongsian yg sgat detail..

 

Template by BloggerCandy.com