Hari ini genap 2 hari orientasi di Universiti berlangsung. Ada 1 slot yang membuatkan hati terpanggil untuk meng‘post’ di blog ‘batch’ ini.
Suara fasilitator memberi arahan untuk membuat satu modul di mana untuk mengisi masa sementara menunggu bas tiba untuk membawa ke destinasi seterusnya. Arahannya berbunyi sebegini, “Semua diminta berpasangan dua-dua, lutut kamu bertemu lutut kawan kamu dan saling merenung mata kawan kamu. Dan disini kamu diminta menetapkan siapa si A dan siapa si B. Si A akan menerima mesej dari si B dimana si B akan menyampaikan mesej itu melalui pandangan mata. Hanya mata berkata-kata. Dan si A cuba meneka apa yang ingin disampaikan oleh si B ini.”
Nampak macam ‘impossible’ saja modul itu tapi….
“Kakak nak panggil satu pasangan ke hadapan,” ujar lagi kakak fasilitator setelah memberi masa 15 saat untuk kami melaksanakan ‘mission’ kami.
Ada 1 pasangan bertuah telah dipanggil ke hadapan dan sesi soal jawab antara kakak fasilitator dengan pasangan itu berlangsung:
Kakak Fasilitator: Okey si A apa yang ingin disampaikan oleh sahabat kamu ini?
Kakak Fasilitator: Macam mana si B, betul atau tidak?
Si B hanya mengangguk
Kakak Fasilitator : Inilah hasil ikhlas. Walaupun hanya dengan padangan mata kita mampu mengetahui apa yang dibicarakan oleh seseorang.
..betul jawapan sahabatnya itu..hati ini begitu kagum dengan kekuatan ukhuwwah mereka sehingga kan mampu mengetahui apa yang dibicarakan oleh sahabatnya walaupun hanya dengan pandangan mata. Indahnya ukhuwwah+ikhlas…
P/s:dialognya bukan sebegini tapi lebih kurang..spontan saja situasi itu dimana tidak sempat dicatat
Posted by : ~nurizbah~
1 comment:
wau..hebat kekuatan Allah yang boleh menyatukan hati mereka..jom kita perkuatkan sahabat kita dengan doa, kerana itulah penghubung kala kita berjauhan..insyaalah..
Post a Comment