kerana beza antara kau dan aku sering jadi sengketa,
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran,
kerana satu kesalahanmu kepadaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu,
wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali:
"jadilah hamaba2 Allah yang bersaudara"
mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak sahaja
menjadi kepompong dan menyendiri,
berdiri malam-malam bersujud dalam-dalam,
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati,
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu, yang terbang menari,
melantun kebaikan diantara bunga, menebar keindahan pada dunia.
lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekukuh janji.
sungguh aku rindu pada dia
No comments:
Post a Comment