Keperluan VS keinginan boleh dikaitkan dengan Ramadhan yang makin menghampiri, tiba-tiba teringat Ramadhan masa kecil…seronok sebab makanan banyak(masih belum tahu erti sebenar Ramadhan). Kalau boleh semua jenis makanan dekat bazaar tu nak beli…Bila beli banyak,mulalah membazir..Makanan tak habis dan akhirnya mendiami rumah lalat…Itulah contoh keinginan atau keperluan..Saat Ramadhan berkunjung tiba pesta makanan seperti menjadi sebahagian daripada Ramadhan itu sendiri..tidaklah empunya diri mengatakan membeli makanan itu salah, tapi beli sampai tak ingat dunia(‘term’ yang selalu digunakan orang tua-tua) tu yang salah…Masa puasa semua konsep keperluan dan keinginan bagaikan menjadi ujian untuk setiap individu (termasuk diri ini juga)....Kita lah menentukan sendiri sama ada sesuatu perkara itu satu keperluan atau keinginan semata-mata…the choice is in your hand.^^
posted by:nurizbah
1 comment:
tak sempat baca artikel dah meleleh air liur tengok makanan tuh......
Post a Comment