Sabarlah wahai sahabat..,
Luas mencabar kehidupan ini
Segala kepahitan sukar dilupai
Bagaimanapun langkah harus kau lalui
Tabahkan jua dalam mengharungi
Sabarlah wahai sahabat..,
Sifatmu membawa kebahgiaan diri
Junjungan peribadi Nabi yang dicintai
Kemanisan hidup bakal menerangi
Kekuatan dalam meneruskan hari-hari
Sabarlah wahai sahabat...,
Setiap dugaan datang menguji
Adakah dirimu mampu mengharungi
Walaupun perit untuk menjalani
Dikau pasti berjaya menangani
Sabarlah wahai sahabat..,
Hanya Pemilikmu lebih menghetahui
Keyakinan kepadaNya sahaja mengubati
Ibarat mutiara yang sukar ditemui
Ketahuilah yang terbaik bakal menanti
BERSABARLAH WAHAI SAHABAT......
p/s: "m0ga ketabahan sentiasa bersamamu, ketahuilah bhw namamu sentiasa berada didalam d0aku.."
_virus s0pan santun_
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~
No comments:
Post a Comment