Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, July 15, 2011

Palestine Evergreen...




Palestine itu hidup bukan bermusim.
Mereka berterusan berjuang tanpa lelah, qiam bersama senjata untuk mempertahan tanah Al-Aqsa dan saudara-saudara muslim yang lain, tetapi munajat mereka tetap mantap. Yang penting semua itu bukan atas dasar hammasah semata. Kalaulah hammasah yang menggerakkan mereka, pasti perjuangan itu tak kekal lama. Manusia pasti letih setelah berjuang dan mungkin berputus asa andai matlamat tidak berjaya dicapai. Bayangkan berapa lama mereka berjuang, kita sendiri pasti merasa penat andai kita di tempat mereka.  Berpaksikan keimanan pada Allah, pasti setiap keletihan itu disulami rasa kebahagian kerana mengorbankan diri untuk deen, dan cukuplah Allah sebagai motivasi!

Kepekaan itu semakin luntur.
Palestine Evergreen…Hakikatnya, kita mungkin terleka. Kurang peka terhadap permasalahan Palestin. Semasa orang giat berkempen untuk Palestin, kita ingat dan cakna. Tapi, jika tak ada yang menyebutnya, seolah-olah isu itu tak pernah terfikir di minda. Memang, kempen itu sangat penting supaya kita refresh semula kepekaan kita, namun kita juga perlu cakna dan tingkatkan usaha kita sendiri yang dapat membantu mereka. Boikot misalnya, mungkin ada yang mengatakan sukar, tapi tidak mustahil untuk kita lakukan.

Mengambil ibrah dari mereka.
Mari menjadi malu. Malu kalau-kalau saudara-saudara kita di Palestin sana, yang terus menerus berjiwa besar dan semangat yang tidak pernah lentur semata-mata menjaga benteng terakhir umat Islam mendapat tahu betapa masih ramai umat Islam di luar ini terlalu cetek kepekaan mereka terhadap isu Palestin yang hakikatnya merupakan isu akidah kita sendiri.

Mari menjadi takut. Takut kalau-kalau saudara-saudara kita di Palestin sana, yang terus menerus berkorban segala memperoleh rahmat Allah kesemuanya sehingga syurga terhebat itu telah dipenuhi oleh jiwa-jiwa merdeka berbanding kita yang belum terbebas dari dunia dan tipu dayanya.

Semoga Allah tidak menolak kita jauh.

Semoga Allah terus mengurniakan kita jiwa yang besar, perancangan yang teratur, pemikiran yang ke hadapan dan kepekaan jiwa yang menyeluruh. insya-Allah..
Tingkatkan diri wahai mukminah mujahidah…

Ingin saya kongsikan, 15 Mei lepas, rakyat Mesir bercadang untuk berkonvoi ke Palestin untuk intifadah ke-3. Memang dikatakan rata-rata rakyat mereka sangat bersemangat untuk ke Gaza memandangkan Mesir hanya dipisahkan dengan Palestin oleh sempadan Rafah. Tapi, kehadiran insan-insan yang berfikrah islam mengubah perancangan itu kalau tak silap saya. Akhirnya, mereka bersetuju untuk menyahut seruan untuk meramaikan solat subuh berjemaah seperti mana solat Jumaat. Sejauh mana pelaksanaannya pada hari tersebut saya tidak tahu, maklumlah, tak ke masjid untuk berjemaah subuh. Tidak salah untuk berniat ke sana, tapi, apa yang penting, kita harus memantapkan diri kita dan orang lain dahulu dari segala sudut. Tak kira rohani kita, jasmani kita, mahupun aqli .Dan sama-sama kita ingat, isu Palestin memang isu kita, tetapi isu masyarakat sekeliling kita kita juga isu kita. Mereka juga amanah kita.

Jom baca, ini yang latest:

Credits to K Hasna’, untuk  article yang trigger saya menulis sedikit sebanyak, dan ada yang saya copy terus sebab sangat suka dengan tulisan K Hasna’… 

Moga Allah mengampunkan saya andai saya menulis, tapi kurang amal, sungguh jari yang menaip ini akan disoal kelak...

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com