Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, September 29, 2011

Closer Than Veins

CLOSER THAN VEINS
What’s the meaning of “closer than veins”?..ops speaking b.i plak, satgi tertonggang tebalik grammar malu kat orang! Closer than veins? Tajuk ni sangat menarik perhatian orang-orang seperti kita sebab kita meminati kumpulan outlandish, tahu tak kumpulan outlandish ni kumpulan ape? Kalau nak tahu pi cari kat youtube..misti korang tahu… maksudnya cari sendirilah malas kita nak lari dari focus kita yang satu ni.
Closer than veins bermaksud ‘lebih rapat dari urat vena’ tahu tak urat vena apa? Urat vena banyak terdapat dalam tubuh badan kita, tapi nak difokuskan oleh aku adalah urat vena yang berada leher kita iaitu urat besar yang dikenali sebagai urat pernafasan kita lebih senang kata rongga yang mengalir dari hidung ke paru-paru. Entah la betul atau pun tidak sebab bukan terer sangat biologi. Ok,ok. Cukup nanti lari dari focus tajuk.
Ada hadis mengatakan bahawa syaitan itu berlari-lari di urat darah kita, tetapi Allah kata Allah itu lebih dekat dari urat nadi kita… nak dikatakan di sini adalah Allah itu sentiasa dekat dengan kita walaupun syaitan sentiasa membisikkan kejahatan dalam diri kita. Kita sebagai orang islam yang mengakui keagungan Allah yang mengakui keberadaan, Allah perlu sentiasa merasakan ‘muraqabatullah’ iaitu pemerhatian Allah. Allah lebih dekat dari urat nadi, kalu urat nadi sangat dekat, bukan dekat tetapi memang dah ada dalam badan kita..tapi Allah lebih dekat dari tu. Korang boleh bayangkan tak betapa Allah sangat dekat dengan kita, mesti tak boleh bayangkan sebab tidak terjangkau oleh akal dan fikiran, tapi boleh diterima dengan keimanan.
Terselak helaian lama buku haluan yang dedulu… penemuan air tawar di dasar lautan yang masin telah mengislamkan seorang peneroka kafir hanya dengan mendengar penjelasan ayat al-quran berkenaan pemisahan antara air tawar dan air yang masin di lautan itu tidak akan bercampur dengan izin Allah. Dia merasakan bahawa ada suatu kuasa yang agung telah mengatur segalanya hatta sekecil dan sebesar-besar hidupan, apabila memerhatikan keindahan alam yang tiada taranya terasa ada Tuhan yang memegang nyawa yang ada pada mereka. Kalau dia boleh rasa apatah lagi kita kan?
Seketika kita terasa lemah bila diuji, terasa kerdil bila dipinggir, terasa tersisih bila ditinggalkan. Namun sedarlah kita tidak pernah ditinggalkan oleh Allah, kita tidak pernah disisihkan oleh Allah, Allah sentiasa berada dekat dengan kita.
“ Ingatlah kepada-KU, AKU akan ingat kepada engkau”

Monday, September 12, 2011

Let's Strive for the Best!



"Allah does not judge you on how bad you have been in the past,
but rather on how good you strive to be now"
~Yasir Qadhi

Dedicated to all my beloved friends, especially for the 'freshie', let's struggle and refresh our niat in study. May Allah ease...

footnote:ta'aruf week + ALSP + new lecture...huhu

Sunday, September 11, 2011

Pemergian.....

~redha

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada tanggal 11 September 2011, kita telah menerima suatu lagi berita duka iaitu Kemalangan sahabat2 kita yang dikasihi kerana Allah swt. Sesungguhnya sahabat2/ah2, segala urusan kehidupan kita semuanya berada di dalam pengetahuan Allah swt.

Teringat kata-kata seorang mas'ul : "sesungguhnya setiap manusia PASTI akan merasai mati, tetapi, manusialah yang yang memilih seni kematiannya yang tersendiri". Seandainya jalan kehidupan kita sentiasa disenikan @ dimanfaatkan untuk mencari MARDHATILLAH, begitulah caranya Allah swt akan mengembalikan kita ke sisiNya.

Takziah diucapkan kepada keluarga mereka yang Allah swt telah jemput pulang menghadapNya yang mereka rindui(Pc Shahidan, adik Izzat Ismail dan Hazman Bakhtiar).Semoga Allah swt menguniakan pahala syahid atas pemergian mereka.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS. 21:35)

Kepada keluarga Allahyarham, sama-sama kita ucapkan :

" Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Dia ambil dan kepunyaanNya apa yang Dia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran" (Hadis Riwayat Bukhari dari hadith Usamah)

Kepada mereka yang masih menerima rawatan kecemasan, sama-sama kita SOLAT HAJAT & BERDOA semoga Allah swt menyelamatkan mereka, menyembuhkan mereka, Sesungguhnya Allah swt Rabb Yang Maha Menyembuhkan Lagi Maha Mengasihani.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan peringatan daripada apa sahaja yang berlaku dan terus bersangka BAIK kepada ketentuan ALLAH swt.

Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya, dan jangan lupa berdoa sebelum memulakan perjalanan. Wassalam.

Copied from:Sis Syafiyah Adzahar

Friday, September 9, 2011

MARI BERPANTUN



Assalamualaikum w.b.t. Kali ini nak cuba berpuitis pulak. Tapi memang bukan bidang kepakaran saya. Skill mengarang pantun pun dah berkarat.. Maklumlah dah lama tidak belajar Bahasa Melayu. Tapi, cuba jugak, belum cuba belum tahu kan. So, pantun ni tak ada tema, keserasian, perkaitan antara rangkap dll. Pantun biasa-biasa saja..Tapi harap masih ada manfaat terkandung dalamnya.. MARI KITA BERPANTUN.

Bunga melati, bunga mawar,
Hadiah dari tanah seberang;
Biarlah doa menjadi penawar,
Rinduku pada dia seorang.

Doa itu senjata mu’min,
Mengubat duka lara di hati;
Dengan ukhuwwah akhirat terjamin,
Beriringan kita ke syurga Firdausi.

Kerana ilmu aku kembara,
Kembara hingga ke negeri Cina;
Biarlah ukhuwwah kekal membara,
Doa ku panjat, hingga ke akhirnya.

Cantik sungguh si tuan puteri,
Apakah rahsia kekal berseri;
Sakhsiah mulia tiada terperi,
Dunia, akhirat kekal selari.



Posted by: Zahra

.:: Ikhlas+Ukhuwwah::.


Hari ini genap 2 hari orientasi di Universiti berlangsung. Ada 1 slot yang membuatkan hati terpanggil untuk meng‘post di blog ‘batch’ ini.

Suara fasilitator memberi arahan untuk membuat satu modul di mana untuk mengisi masa sementara menunggu bas tiba untuk membawa ke destinasi seterusnya. Arahannya berbunyi sebegini, “Semua diminta berpasangan dua-dua, lutut kamu bertemu lutut kawan kamu dan saling merenung mata kawan kamu. Dan disini kamu diminta menetapkan siapa si A dan siapa si B. Si A akan menerima mesej dari si B dimana si B akan menyampaikan mesej itu melalui pandangan mata. Hanya mata berkata-kata. Dan si A cuba meneka apa yang ingin disampaikan oleh si B ini.”

Nampak macam ‘impossible’ saja modul itu tapi….

“Kakak nak panggil satu pasangan ke hadapan,” ujar lagi kakak fasilitator setelah memberi masa 15 saat untuk kami melaksanakan ‘mission’ kami.

Ada 1 pasangan bertuah telah dipanggil ke hadapan dan sesi soal jawab antara kakak fasilitator dengan pasangan itu berlangsung:

Kakak Fasilitator: Okey si A apa yang ingin disampaikan oleh sahabat kamu ini?

Si A: Saya gembira menjadi kawan awak

Kakak Fasilitator: Macam mana si B, betul atau tidak?

Si B hanya mengangguk

Kakak Fasilitator : Inilah hasil ikhlas. Walaupun hanya dengan padangan mata kita mampu mengetahui apa yang dibicarakan oleh seseorang.

..betul jawapan sahabatnya itu..hati ini begitu kagum dengan kekuatan ukhuwwah mereka sehingga kan mampu mengetahui apa yang dibicarakan oleh sahabatnya walaupun hanya dengan pandangan mata. Indahnya ukhuwwah+ikhlas…



P/s:dialognya bukan sebegini tapi lebih kurang..spontan saja situasi itu dimana tidak sempat dicatat

Posted by : ~nurizbah~

Tuesday, September 6, 2011

::.Terus Sujud Disisimu.::


Mendung berlalu pergi

Suria sinari alam ini

Meniti hari-hari

Kulemas dalam keresahan


Titisan embun pagi

Hilang ditelan hari

Bunga dalam jambangan

Namun tidak kelihatan dimata


Oh TUHAN

Kau tunjukkanlah padaku jalannya

Onak duri akan kuharungi

Dengan kerelaan dihati


Berikan kukekuatan

Untukku rempuh ranjau itu

Agar dapatku menghayati

Terus sujud di sisiMu


Restuilah langkah ini

PadaMu relaku serahkan

Jiwa ragaku kesisiMu

Hanya padaMu

Oh TUHAN.


By: http://wafazinnirah92.blogspot.com

6 SEPTEMBER 2011

-Bukit Mertajam, Pulau Pinang-



 

Template by BloggerCandy.com