Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Saturday, August 21, 2010

PeRiHal BuMi ItU

Hati ini sakitnya bagai disiat-siat,
Merah yang mengalir..
Bisanya,
Pedihnya,
Bagai keramat garam ditumpahkan ke atasnya,
Terkunci bicara,
bisu suara,
Tatkala,jauh keheningan sana,
Bumi lahirnya para anbiya'
tanah suci,junjungan diisra'kan,
Palestine tercinta,
Umatku di sana tetindas,
Maruahnya dirobek-robek,
Nasib..Perlarian di tanah sendiri,
pemandangannya cukup indah,
berlatarkan bebata keruntuhan,
lambang kejatuhan sebuah daulah,
aliran airnya juga cukup segar,
Campuran suci merah saga Syuhada',
Sehariannya juga cukup indah,
Kehadiran tamu-tamu tanpa diundang,
Peluru-peluru sesat,
titisan-titisan hujan putih,
Menanti membakar isi daging..

Tetapi..
Mereka yang seakidahku ini,
Orangnya hebat,
tidak gentar menghadapi thagut,
datanglah jentera sehebat mana,
Senjata tiada terlawan canggihnya,
Tapi tahu..
suara apa yang mereka zahirkan,
TANAH INI MILIK UMATKU,
BIAR JIWA TERKORBAN,NYAWA KEHILANGAN,
TIADA PERNAH KUREDHA BUMI INI TERJAJAH,
INI MARUAHKU,
BIAR KuTERHINA DI MATA MANUSIA,
ASAL MULIA DI MATA PENCIPTA..

Tiada yang hebat tentang pejuang-pejuangnya,
hanya..
kecil cilik bersama kerikil tajam,
membidas bersama lafaz bismillah jadi taruhan,
menyerang jentera milikan syaitan,
balingan-balingan kudus itu tiada terkesan,
Juga,
si tua lemah tidak berdaya,
Nadinya kian perlahan,
Menunggu dijemput pulang tuannya,
Pemuda-pemuda yang tiada gentar,
yakin dalam perjuangan,
kerna,
tekad mereka hanya satu,
BIAR MATI SYUHADA' JANGAN MATI TERJAJAH,

Dan kumerenung kosong pada saudara seakidah mereka,
Hidup penuh kenikmatan,
Dan terus dengan persoalan kosong,
Kononnya menanti penyelamat ummat
Menunggu hadirnya Salahuddin al-Ayyubi ke-2,
Mengapa?
Mengapa perlu menunggu?
Sahutlah cabaran itu,
Kita mampu,
Kuncinya,nyalaan azam dan tekad,
Tanah itu mampu kita selamatkan,
Syaratnya,jangan terus menunggu
tapi kita perlu menjadi,
Ya..jadilah penyelamat agama

Friday, August 20, 2010

Hikmat Puasa


Sekarang ini umat Islam wajib melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perintah ini adalah berdasarkan penjelasan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 dan sekarang sudah hampir 2 minggu kita menjalani ibadah puasa.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah menyihatkan. Bagi menambah pengetahuan teman-teman pada tahun 1984 seorang doktor telah membuat kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 orang perempuan yang berpuasa ramadhan. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar ‘coltisol’, ‘tostesterone’,’sodium’,’potassium’,’urea’,’glucose’,cholesterol dan asid lemak.

Bagaimana hasilnya? Ujian-ujian ini menunjukkan paras gula dalam darah ke tahap yang paling rendah tanpa mendatangkan mudharat. Kadar kolesterol yang memudharatkan menurun iaitu LDL (low density liproprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol yang baik iaitu HDL (high density liproprotein) meningkat.

Lihatlah bagaimana Allah telah susun yang terbaik untuk umatnya, sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam menyusun atur hidup makhlukNya.


Hasbunallah wa ni'malwakil....

Sahur


KAEDAH SAINTIFIK

Penekanan Nabi s.a.w supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.Kajian semasa menunjukkan bahawa makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi.BBC News melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Kajian oleh Dr.Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati,mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk,mendapat sakit jantung dan menghidap kencing manis.Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan meraka yang jarang bersarapan pagi.(Dr.Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik )
Penemuan –penemuan ini menambahkan bukti kehebatan Islam yang datang daripada Yang Maha Mengetahui.

SUNAT DILEWATKAN BERSAHUR


Sheikh Ibrahim al-Bajuri di dalam kitab Hashiyah al-Bajuri menyatakan bahawa waktu sahur bermula pada separuh kedua malam, maka makan sebelumnya tidak mendapat pahala sunah. Jadi, bersahur adalah satu sunah dan melewatkan sahur juga satu sunah yang sangat dituntut.
Para sahabat r.a. bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah.Mereka menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat Subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran.
Peristiwa ini dirfakamkan oleh Imam al-Bukhari no.1787 dan Muslim no.1837.Jelas daripada peristiwa itu menunjukkan Baginda s.a.w. melewatkan sahur sehingga hamper masuk waktu Subuh. Jadi bagaimana dengan sahur kita.

BERKAT BERSAHUR

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah,sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari no. 789 dan Muslim no. 1835)
Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup.Ketika mensyarahkan hadis keberkatan bersahur ini, Ibn Hajar Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:

1.Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
2.Menyalahi (tidak menyamai) kaedah ahli kitab.
3.Menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat.
4.Mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar.
5.Menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa keran awaktu itu sangat mustajab.
6.Dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur.

KELEBIHAN AKTIVITI DALAM BULAN RAMADHAN

Dalam bulan ramadhan anda akan mendapat banyak kelebihan yang anda dapati dalam bulan-bulan lain antaranya:
  • Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.
  • Peluang membaca al-Quran waktu tehgah hari atau malam sebelum tidur.
  • Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka.
  • Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga.
  • Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka.
  • Menguji ketabahan ketika bangun awal pagiuntuk makan sahur.
  • Bertadarus al-Qurandengan matlamat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun.
  • Menanti-nanti kemunculan malam Lailatulqadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan.
  • Menyertai iktikaf dan qiamulail di masjid terutam apada 10 malam terakhir.
  • Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.

Friday, July 30, 2010

Peringatan Buat Diriku

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Sunday, July 25, 2010

Dengarlah wahai sahabatku

ASSALAMULAIKUM..

SAHABATKU..
seandainya kita bertemu,
inginku memeluk dirimu,
biar sehingga rasa aliran ukhwah,
menjalar di seluruh urat nadi,
agar dirimu dan diriku menjadi satu,
biar hatimu dan hatiku bertemu...
kenapa sahabatku?..
kerana hanya tuhan yang tahu,
betapa pentingnya sahabat dalam hidupku,
turunku,naikku..dia sntiasa di sisi..
menjadi penguatku did dunia ini..
bahkan sahabatku,
IA,kita dapat merasakan anugerah itu..
tapi,nanti....di syurga kelak..

Sunday, July 11, 2010

kem KAHFI 2010






moga usaha kalian mndpt balasan disisiNya..





























satu hati, untuk Islam!





terima kasih ntuk tenaga kalian!

moga Allah redha dgn usaha kita..







Dengan nama Allah yang Maha Mengasihi..
Assalamualaikum warahmatullah..
Allahumma solli ala muhammad..~

alhamdulillah, Allah izin saya menulis lagi..
kali nh, saya xnak cakap banyak..
saya cme nak share sedikit pic2 dari kem kahfi 2010..

da hampir sebulan kem nh habis..
tapi sejujurnya, kenangan sewaktu disana
masih segar dalam ingatan saya..
rakan2 fasi yang sangat memahami..
adik2 yang sangat bersabar dengan halangan2..
urusetia2 yang sangat komited dgn tugas msg2..
menjadikan saya dan diri serta akal saya berfikir..
bagaimana pula dengan pandangan Allah terhadap saya??

baiklah, ini adalah sebahagian gambar sewaktu di KAHFI..
maaf kepada yang tiada di dalam nh..
saya hanya ambil secara rawak..
sekiranya ada yang tak puas hati boleh hantar komen okeh??

insyaAllah, selamat menonton...
[ pixel dah dikecikkan, harap maklum]











moga Allah pertemukan hati2 kita lagi, ameen~

Saturday, July 10, 2010



Assalamua'laikum sahibah2ku..
Allhamdulillah hingga ke hari ini Allah masih beri saya dan anda berada dalam 2 nikmat terbesarNya..(nikmat IMAN & ISLAM)..mula2 saya fikir best dpt kwn2 baru..dgn harapan ada yang mampu membimbing saya yang sering terlencong sedikt dari landasan Islam..ternyata di luar sana masih ada hati2 yang ingin mendalami Islam..Walau siapa pun mereka..mereka x mampu untuk menggantikan tempat anda (sahibah2 MATRI) dalam hati saya..walaupun saya hanya belajar dalam bidang kejururawatn..selepas 2 hari blajar anatomy..SUBHANALLAH..betapa bersyukurnya saya dapat peluang belajar dalam bidang ini..Beribu2 orang yang memohon,saya antara yang dipilih oleh Allah untuk mendekatiNYA..seksaan yang saya hadapi masa minggu orientasi yang berlangsung selama 4 hari...Sungguh!! lebih terok dari PLKN..Tapi Allah Maha Besar..DIA mengingatkan saya ujian yang DIA beri adalah TARBIYAH dariNYA..ramai yang muntah2..sakit sana-sini..Alhamdulillah Allah lindungi saya daripada kekejaman senior2 itu..Minggu depan saya terpaksa hadapi HARI TELUR di mana semua junior akan mendapat akak @ abang angkat..Mohon doa kalian saya mendapat akak yang boleh membimbing saya..


p/s:saya sedang mengelak daripada sebarang jawatan..
saya seorang terlepas daripada aktviti kokurikulum..(semua wajib masuk kalau x..bayar rm20)
Allah sebaik2 perancang =)


 

Template by BloggerCandy.com