Sekarang ini umat Islam wajib melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perintah ini adalah berdasarkan penjelasan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 dan sekarang sudah hampir 2 minggu kita menjalani ibadah puasa.
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah menyihatkan. Bagi menambah pengetahuan teman-teman pada tahun 1984 seorang doktor telah membuat kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 orang perempuan yang berpuasa ramadhan. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar ‘coltisol’, ‘tostesterone’,’sodium’,’potassium’,’urea’,’glucose’,cholesterol dan asid lemak.
Bagaimana hasilnya? Ujian-ujian ini menunjukkan paras gula dalam darah ke tahap yang paling rendah tanpa mendatangkan mudharat. Kadar kolesterol yang memudharatkan menurun iaitu LDL (low density liproprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol yang baik iaitu HDL (high density liproprotein) meningkat.
Lihatlah bagaimana Allah telah susun yang terbaik untuk umatnya, sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam menyusun atur hidup makhlukNya.
Hasbunallah wa ni'malwakil....
No comments:
Post a Comment