Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Friday, August 20, 2010

Sahur


KAEDAH SAINTIFIK

Penekanan Nabi s.a.w supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.Kajian semasa menunjukkan bahawa makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi.BBC News melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Kajian oleh Dr.Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati,mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk,mendapat sakit jantung dan menghidap kencing manis.Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan meraka yang jarang bersarapan pagi.(Dr.Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik )
Penemuan –penemuan ini menambahkan bukti kehebatan Islam yang datang daripada Yang Maha Mengetahui.

SUNAT DILEWATKAN BERSAHUR


Sheikh Ibrahim al-Bajuri di dalam kitab Hashiyah al-Bajuri menyatakan bahawa waktu sahur bermula pada separuh kedua malam, maka makan sebelumnya tidak mendapat pahala sunah. Jadi, bersahur adalah satu sunah dan melewatkan sahur juga satu sunah yang sangat dituntut.
Para sahabat r.a. bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah.Mereka menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat Subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran.
Peristiwa ini dirfakamkan oleh Imam al-Bukhari no.1787 dan Muslim no.1837.Jelas daripada peristiwa itu menunjukkan Baginda s.a.w. melewatkan sahur sehingga hamper masuk waktu Subuh. Jadi bagaimana dengan sahur kita.

BERKAT BERSAHUR

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah,sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari no. 789 dan Muslim no. 1835)
Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup.Ketika mensyarahkan hadis keberkatan bersahur ini, Ibn Hajar Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:

1.Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
2.Menyalahi (tidak menyamai) kaedah ahli kitab.
3.Menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat.
4.Mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar.
5.Menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa keran awaktu itu sangat mustajab.
6.Dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur.

KELEBIHAN AKTIVITI DALAM BULAN RAMADHAN

Dalam bulan ramadhan anda akan mendapat banyak kelebihan yang anda dapati dalam bulan-bulan lain antaranya:
  • Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.
  • Peluang membaca al-Quran waktu tehgah hari atau malam sebelum tidur.
  • Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka.
  • Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga.
  • Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka.
  • Menguji ketabahan ketika bangun awal pagiuntuk makan sahur.
  • Bertadarus al-Qurandengan matlamat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun.
  • Menanti-nanti kemunculan malam Lailatulqadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan.
  • Menyertai iktikaf dan qiamulail di masjid terutam apada 10 malam terakhir.
  • Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com