Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT BERJUANG SAHABATKU!!!

msih teringat kisah dulu,sebelum bermulanya kehidupanku di smktaman melati...
mampukah aku menghadapi suasana luar?? suasana yang membunuh anak2 muda zaman sekarang..
dengan izin Allah,aku teringat lagu yang slalu memberi aku semangat.
aku jadi tak kesah ape akan berlaku.. berbekalkan dengan sedikit ilmu dari guru2 matri, aku pn melangkah kaki memasuki alam baru.. ya!Allah sentiasa mengiringi langkahku.. dan langkah kita semua...
aku tak takut berseorangan,kerana aku tak pernah berseorangan...
lagu ne ku hadiahkan khas buat sahabat2ku..... wlu di mana kita berada, Allah sentiasa ada untuk kita....
selamat berjuang sahabat2ku....
lagu ne klu tengok video,lebih paham kot...hehe..



I AM NOT AFRAID TO STAND ALONE...

Chorus
I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone…. If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone…. Everything will be alright
I am not afraid to stand alone…. Gonna keep my head up high
I am not afraid to stand alone….
If Allah is by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Single mother raising her children
Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Had a better education and it paid off

she was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love - they said...
They brought her in, told her she's the number one pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

this is a tough position that you put me in
Cause Ive been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith in my religion now will never bend

Chorus

I am not afraid to stand alone….
If Allah is by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resistin
Some days I felt I might give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

One day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when they’re jokes're cracking
Never see me cursin’ with my pants saggin’
I aint running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

CHORUS

Now , I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, but its peers they know
But I aint gonna run, I aint scared no more….

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With the help of Allah I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone

Chorus
(nativee deen)

Wednesday, September 15, 2010

Selamat berjuang sahabatku~



Khususan ila~
Nur Syafiqah Mohd Sabbri-Mesir
Nur Athifah Mohamad Basri- Mesir
Siti A'isyah Basir-Mesir
Nur Izzah Husna Romazi- Syria

Selamat berjuang sahabat2ku!
Antunna di sana, kami di malaysia sentiasa mendoa2kan kalian agar kalian sentiasa kuat, tabah dalam menghadapi pelbagai perkara yang di luar jangka. Meskipun duduk di negara orang lain, kita perlu membawa imej ISLAM yang amat membanggakan!
Imej Malaysia jugak~
Belajar elok2 di sana, jangan tersangkut dgn org sana sudahh laaa...hehe
Sampaikan salam kami kepada orang sana ya!!
Rindukan Malaysia, Kami , MATRI, dan Allah sokmo yerk!
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang beriman dan orang yang bersabar..

ehem3...jgn lupa bawak ole2 utk kami bila dah blk ke sini yerk..
hehehe...
Sebelum itu, sebelum terlewat..
Kami SAYANG kalian...

Tuesday, September 14, 2010

ya Allah,
jangan Kau hadirkan rasa benci ini setelah datangnya kasih sayang...
ku sayang sahabat2ku...
aku rindu kalian!!!!

 sofia hadi

Friday, September 3, 2010

Wacana PLM



Perhatian kpd semua PLM, terutamanya 15zikr, kedatangan anda amat dialu2kan untuk menghadiri program yang tertera di atas. Anda boleh mendaftarkan diri anda kepada
NURUL IFFAH M.A. ZAABA, pelajar UIA Petaling Jaya.
Untuk maklumat seterusnya,
anda boleh melayari

Harap maklum!~

Saturday, August 21, 2010

PeRiHal BuMi ItU

Hati ini sakitnya bagai disiat-siat,
Merah yang mengalir..
Bisanya,
Pedihnya,
Bagai keramat garam ditumpahkan ke atasnya,
Terkunci bicara,
bisu suara,
Tatkala,jauh keheningan sana,
Bumi lahirnya para anbiya'
tanah suci,junjungan diisra'kan,
Palestine tercinta,
Umatku di sana tetindas,
Maruahnya dirobek-robek,
Nasib..Perlarian di tanah sendiri,
pemandangannya cukup indah,
berlatarkan bebata keruntuhan,
lambang kejatuhan sebuah daulah,
aliran airnya juga cukup segar,
Campuran suci merah saga Syuhada',
Sehariannya juga cukup indah,
Kehadiran tamu-tamu tanpa diundang,
Peluru-peluru sesat,
titisan-titisan hujan putih,
Menanti membakar isi daging..

Tetapi..
Mereka yang seakidahku ini,
Orangnya hebat,
tidak gentar menghadapi thagut,
datanglah jentera sehebat mana,
Senjata tiada terlawan canggihnya,
Tapi tahu..
suara apa yang mereka zahirkan,
TANAH INI MILIK UMATKU,
BIAR JIWA TERKORBAN,NYAWA KEHILANGAN,
TIADA PERNAH KUREDHA BUMI INI TERJAJAH,
INI MARUAHKU,
BIAR KuTERHINA DI MATA MANUSIA,
ASAL MULIA DI MATA PENCIPTA..

Tiada yang hebat tentang pejuang-pejuangnya,
hanya..
kecil cilik bersama kerikil tajam,
membidas bersama lafaz bismillah jadi taruhan,
menyerang jentera milikan syaitan,
balingan-balingan kudus itu tiada terkesan,
Juga,
si tua lemah tidak berdaya,
Nadinya kian perlahan,
Menunggu dijemput pulang tuannya,
Pemuda-pemuda yang tiada gentar,
yakin dalam perjuangan,
kerna,
tekad mereka hanya satu,
BIAR MATI SYUHADA' JANGAN MATI TERJAJAH,

Dan kumerenung kosong pada saudara seakidah mereka,
Hidup penuh kenikmatan,
Dan terus dengan persoalan kosong,
Kononnya menanti penyelamat ummat
Menunggu hadirnya Salahuddin al-Ayyubi ke-2,
Mengapa?
Mengapa perlu menunggu?
Sahutlah cabaran itu,
Kita mampu,
Kuncinya,nyalaan azam dan tekad,
Tanah itu mampu kita selamatkan,
Syaratnya,jangan terus menunggu
tapi kita perlu menjadi,
Ya..jadilah penyelamat agama

Friday, August 20, 2010

Hikmat Puasa


Sekarang ini umat Islam wajib melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perintah ini adalah berdasarkan penjelasan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 dan sekarang sudah hampir 2 minggu kita menjalani ibadah puasa.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah menyihatkan. Bagi menambah pengetahuan teman-teman pada tahun 1984 seorang doktor telah membuat kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 orang perempuan yang berpuasa ramadhan. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar ‘coltisol’, ‘tostesterone’,’sodium’,’potassium’,’urea’,’glucose’,cholesterol dan asid lemak.

Bagaimana hasilnya? Ujian-ujian ini menunjukkan paras gula dalam darah ke tahap yang paling rendah tanpa mendatangkan mudharat. Kadar kolesterol yang memudharatkan menurun iaitu LDL (low density liproprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol yang baik iaitu HDL (high density liproprotein) meningkat.

Lihatlah bagaimana Allah telah susun yang terbaik untuk umatnya, sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam menyusun atur hidup makhlukNya.


Hasbunallah wa ni'malwakil....

Sahur


KAEDAH SAINTIFIK

Penekanan Nabi s.a.w supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.Kajian semasa menunjukkan bahawa makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi.BBC News melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Kajian oleh Dr.Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati,mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk,mendapat sakit jantung dan menghidap kencing manis.Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan meraka yang jarang bersarapan pagi.(Dr.Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik )
Penemuan –penemuan ini menambahkan bukti kehebatan Islam yang datang daripada Yang Maha Mengetahui.

SUNAT DILEWATKAN BERSAHUR


Sheikh Ibrahim al-Bajuri di dalam kitab Hashiyah al-Bajuri menyatakan bahawa waktu sahur bermula pada separuh kedua malam, maka makan sebelumnya tidak mendapat pahala sunah. Jadi, bersahur adalah satu sunah dan melewatkan sahur juga satu sunah yang sangat dituntut.
Para sahabat r.a. bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan kemudian menunaikan solat subuh berjemaah.Mereka menyatakan bahawa tempoh masa antara sahur dan solat Subuh adalah kadar membaca 50 ayat al-Quran.
Peristiwa ini dirfakamkan oleh Imam al-Bukhari no.1787 dan Muslim no.1837.Jelas daripada peristiwa itu menunjukkan Baginda s.a.w. melewatkan sahur sehingga hamper masuk waktu Subuh. Jadi bagaimana dengan sahur kita.

BERKAT BERSAHUR

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah,sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari no. 789 dan Muslim no. 1835)
Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup.Ketika mensyarahkan hadis keberkatan bersahur ini, Ibn Hajar Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:

1.Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
2.Menyalahi (tidak menyamai) kaedah ahli kitab.
3.Menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat.
4.Mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar.
5.Menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa keran awaktu itu sangat mustajab.
6.Dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur.

KELEBIHAN AKTIVITI DALAM BULAN RAMADHAN

Dalam bulan ramadhan anda akan mendapat banyak kelebihan yang anda dapati dalam bulan-bulan lain antaranya:
  • Solat Subuh berjemaah di surau atau masjid.
  • Peluang membaca al-Quran waktu tehgah hari atau malam sebelum tidur.
  • Berhimpun sambil bertemu dengan keluarga ketika bersahur dan berbuka.
  • Solat Tarawih dan Witir berjemaah dengan anak-anak dan keluarga.
  • Keceriaan membeli kuih-muih sebelum berbuka.
  • Menguji ketabahan ketika bangun awal pagiuntuk makan sahur.
  • Bertadarus al-Qurandengan matlamat mengkhatamkan al-Quran paling kurang sekali khatam dalam setahun.
  • Menanti-nanti kemunculan malam Lailatulqadar di mana jika beribadah pada malam tersebut akan mendapat ganjaran pahala seperti beribadah selama seribu bulan.
  • Menyertai iktikaf dan qiamulail di masjid terutam apada 10 malam terakhir.
  • Menanti datangnya malam raya yang merupakan malam kemenangan yang diisytiharkan melalui takbir hari raya bermula daripada terbenamnya matahari Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.
 

Template by BloggerCandy.com