Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Tuesday, March 30, 2010

KAMAR HATIKU



Kudedikasi khas buat:


Ahli Halaqahku,Athifah,Matun,Fatin,Iffah,Ummi & Aisyah...Terima kasih menjadi cermin diriku..


Sahibah-sahibah yang kurindui celotehnya,Ruzie,Basyirah Zul,Biel,Atikah Rosli,Taqiah,Syuhada.


Yang memahamiku,Syahirah...


Kuanggap seperti adikku,Aliya,Yatun,Izzah Firdaus & Hazwani


Pelbagai ragam,Nabiha,Iffah hanna,Imtisal,Izzati,Dot,Nasuha..


buat puteri bongsu,Mardhiah,Sha,Aniqah


Temanku kecil-kecil cili padi,Una, Hajar,izzah A,Mas,Iman,Nabilah Hasnan,Hanna


Adik & kakak,Saffiyah,K Ju & K Nina


Teman seperjuang,Basyirah R & Syafiqah


Serta sahibah-sahibah yang dikasihi;Afiqah,Naiemah,Sue,Puteri,Fatinah,Nabilah Kamal,Nadzirah &Ayie


TERIMALAH DARIKU





"Kamar Hatiku"






Kamar hatiku,


Siapa yang tahu,


Dalam kemelut jiwa.




Kamar hatiku,


Indah berbunga luar,


Sepi menghantui mahligai.




Kamar hatiku,


Dihambat dek kenangan semalam,


Terimbau jejak usang,


Tinggalan masa,


Sukar menduga,


Putaran kala,




Kamar hatiku,


Bukannya tidak pasrah,


Bukannya tidak menerima,


Suratan azali tetap terlaksana.




Kamar hatiku,


melepasi lewat mimpi-mimpi purba,


Ukiran terbina mewarnai sirna,


Mencakup pengalaman yang mendewasa,


Tetapi riangnya hanya seketika.




Kamar hatiku,


Sunyi kembali tiada ternoktah,


Menghadapi satu realiti,


Yang semakin pasti.




Pernah dikhabarkan pada...


Kamar hatiku,


Tentang peritnya cinta.




Kamar hatiku,


tidak peduli,


Tetap yakin dengan cinta,


Terus mengharungi hari,


Mengatur langkah ke destinasi.




Kamar hatiku,


Mengumpul cebisan-cebisan kenangan,


Membentuk cantuman-cantuman,


Sumber inspirasi.




Kamar hatiku,


Tahu...


Mengerti...


Kenangan lalu mana bisa diulangi.




Tetap...


Kamar hatiku,


Pahatkan di lubuk dalam,


kasih-sayang kerana Allah tiada akhirnya,


Walaupun kini tinggal kenangan.




Kamar hatiku,


Jadikan kenangan sebagai cinta,


Kerana...




Kamar hatiku,


Yakin dan percaya,


Cinta itu inspirasi,


Cinta itu azam,


Cinta itu obor,


Cinta itu madu,


dan...


Cinta itu hingga ke syurga.


5 comments:

Anonymous said...

Nie mesti TIMAH nye keje..cayalah... kalah shukri..orang pinang memang terrer sastera ea? toce2. letak nama eden,first!!!!!

Anonymous said...

Mabrouk,tmah makin berkembang bakatnya..makin ramaila sahibah kita bakal jd sasterawati...lps ni..teringin juga nak pandai sastera macam kalian...

Anonymous said...

eden kat ats tu yang mana 1 ye..?

Anonymous said...

eden yang kat atas tu ialah orang yang nama dia first tu..huhuhuh

Anonymous said...

indahnya ukhwah..
tidak diukur dari puisi yang indah..
bukan dilihat dari tingginya himmah..

tetapi ukhwah yang indah..
tersimpan keikhlasan dibalik mehnah..
tersimpul cinta dan mahabbah..
hingga memancar sinar Ukhwah Islamiyah Fillah Wa Lillah..

bertemu dan berpisah..
sememangnya lumrah..
kerana itu mehnah..
mengajar erti redha dan pasrah..

tapi yakin dan terus yakin..
Allah pinjamkan sebentar..
untuk ajar diri erti..
Rindu dan Cinta..
pada sahabat yang Sejati..

Moga Allah Rahmati

 

Template by BloggerCandy.com