Pages

Awaken

Sometimes, standing among millions of ghuraba people can raise up our holy and strong spirit to awake this ummah. Wait till we meet in jama'ah and we will hit this universe with the holiest and super incredible new system for the new programme generation. Let's raise our hand and pray for our world.


Total Pageviews

Jadual Tugasan 15zikr

  • Minggu 1 : Syuhada - Ruziah - Iffah Hanna - Aliya
  • Minggu 2 : Nabilah Kamal - Basyirah Ritzuan - Syafiqah Sabbri - Syahirah
  • Minggu 3 : Fatin Nabila - Izzati - Fatimah - Basyirah Z
  • Minggu 4 : Sofiah Hadi - Nadhirah - Nadiah - Fatinah

Monday, March 8, 2010

Result Dah Nak Keluar

Result dah nak keluar.
Ya, RESULT DAH NAK KELUAR!!!

Takut, risau, gementar, tak sabar... semua perasaan ada. Ish, time ni juga la nak pening. Perasaan yang dah lama kita tak rasa, tiba-tiba datang.

"Tak sedap hati..."

"Cam ne agaknya result aku ni"

"Eeee... Takut"

Pasti ramai yang timbul perasaan macam tu. Tapi... dalam banyak-banyak orang tu, berapa kerat je yang fikir...

"Ish... Sejauh mana agaknya persediaan aku untuk terima apa je yang Allah bagi?"

Ya, itulah perkara yang sepatutnya terlintas dalam benak pemikiran kita. Pasti kita pernah dengar, hamba Allah yang baik merupakan mereka yang terima whatever yang Dia nak bagi cuz apa yang Dia bagi tu pasti yang terbaik untuk kita. Mestilah... Allah yang cipta kita. Allah sayang sangat pada kita dan He knows everything. Takkan Allah nak buat sesuatu yang tak ada baiknya untuk hamba-hamba Dia. Walau apa pun result kita, terimalah dan anggaplah itu sebagai hadiah dari Allah.

Result yang kurang memuaskan pun suatu hadiah jugak sebab...

Rasa sakit bukan selama-lamanya tak berharga sampaikan mesti selalu dibenci. Tapi, rasa sakit itulah yang akan mendatangkan kebaikan untuk kita.

Apa kata kita sama-sama buat air yang manis dari limau yang masam...

Terlampau banyak nikmat yang terus datang untuk kita dan salah satunya nikmat peluang untuk cuba lagi. Jadi, kenapa kita mesti berdukacita atas kegagalan yang hanya satu. Lagipun, bersedih hati hanya akan memadamkan semangat kita, melemahkan azam kita, dan membekukan jiwa kita. Allah pun melarang kita bersedih hati. Nak tahu buktinya? Ada dalam surah Ali-Imran:139

'Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita....'

Allah juga ada describe sifat orang-orang mukmin dalam surah Al-Baqarah:38

'...maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka pula tidak akan bersedih hati.'

Ingat... Kita dah pun cuba the best yang kita boleh, dan Allah tahu tu. Allah tak pernah nak nilai kita dari hasil kerja kita, tapi Dia hitung usaha kita dan tak akan tinggal sikit pun. Orang yang ikhlas dalam beramal akan menerima apa je yang Allah tetapkan dengan penuh kerelaan. Kalau dulu kita usaha tak ikhlas, don't worry sebab belum terlambat lagi. Kita still de peluang untuk terima keputusan Allah dengan ikhlas lepas ni. Allah tetap akan kira keikhlasan tu.

Kita sama-samalah ingat untuk rasa bertuah tak kira apa pun result yang kita dapat sebab...

'Aku kagum terhadap urusan orang yang beriman kerana seluruh urusannya merupakan kebaikan baginya, jika mendapat kesenangan ia bersyukur, maka syukur adalah kebaikan baginya, jika ditimpa kesulitan ia bersabar, maka sabar itu merupakan kebaikan baginya, hal seperti ini tidak akan didapati kecuali pada orang-orang yang beriman'

(HR MUSLIM & SHUAIB)

So, sama-samalah kita teruskan kehidupan dengan penuh rasa tenang, berserah, dan sabar. Lets be happy no matter what sebab gembira dan hati yang tenang merupakan kunci untuk segala-galanya...



No comments:

 

Template by BloggerCandy.com